Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Unik. Show all posts

FUH BUKU! HURUF Z UNTUK ZAKAR

Teringat ketika gua zaman tadika. Masa tu gua belajar ABC. Dah menjadi kebiasaan, huruf Z akan diajar Zebra, Zirafah, Zip .. bla bla.  Rupanya zaman sekarang lagi semakin expert. Z for Zakar! #Daafuqq



Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥

FUH COMEL! MAKANAN YANG KIUT MIUT

Memang comel! Bayangkan jika makanan ini berada di hadapan anda. Sudah tentu anda akan rasa untuk menyimpannya sebab terlalu comel #lol . Layankan sahaja gambar-gambar di bawah ini.













Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥

GAMBAR PESTA BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA 2012

Untuk pengetahuan semua Pesta Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi menampilkan 25 belon udara panas dari 12 negara. Edisi keempat pesta bermula dari 15 hingga 18 Mac 2012. Dibuka pada pukul 7am-9pm, bertempat di Monumen alaf Baru, Precinct 2 Putrajaya.


Pastinya memberikan inspirasi kepada para penonton sekali lagi dengan belon-belon udara panas ini yang datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. 

Untuk Pesta Belon Udara Panas Putrajaya edisi tahun lepas pelawat telah dianggarkan berjumlah 250,000. Belon Udara Panas Putrajaya 2012 dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin.











sumber: cthoney.blogspot.com

RUMAH TERBALIK (UPSIDE DOWN HOUSE) DI BORNEO

Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia Dengan Mesej Alam Sekitar. Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.


Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.


Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.


Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.
















Yee menunjukkan rumah terbalik yang dibinanya di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. 

kredit gambar: Facebook Rumah Terbalik

Kongsi gambar ini dengan rakan-rakan anda dengan klik "Share" button di bawah. Terima Kasih. :)

VIDEO BUDAK KENA GILIS LANGGAR KENDERAAN CHINA


Youtube video budak 2 tahun digilis dua kenderaan di China. Memang kejam dan ngeri jika ditonton dan memang tidak dapat diterima akal. Rakaman cctv merakamkan kejadian seorang budak lelaki berusia 2 tahun dilanggar dan digilis oleh dua kenderaan yang melalui kawasan tersebut tanpa rasa perikemanusiaan. Lebih teruk lagi apabila tiada seorang pun yang membantu budak berkenaan malah hanya memandang dan berlalu pergi. Mujur ada seorang insan sebagai pengutip sampah peka dengan kejadian malang tu dan membantu. Kanak-kanak malang itu dikejarkan ke Hospital dalam keadaan yang kritikal. Tonton video dibawah jika anda bersedia untuk menontonnya.

GAMBAR KALIMAH ALLAH KEJADIAN BULAN HALO

Imej Kalimah Allah Pada Bulan Fenomena Halo Moon

Halo Moon adalah fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin dan ianya berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira 5 hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.

Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu merupakan cahaya bulan yang terserak seperti gambar di atas. Fenomena Halo Moon bukanlah sesuatu yang luar biasa malahan sering berlaku apabila bulan melalui keadaan tertentu.

Gambar Fenomena Lingkaran Bulan Halo Pada 9 Oktober 2011

Fenomena "Halo Bulan" iaitu fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais pada awan jenis sirus yang dirakamkan di Ampang, Selangor. - Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

Namun lain pula kejadiannnya apabila seorang hamba Allah yang berjaya menangkap fenomena Halo Moon yang mempunyai  kalimah Allah swt seperti gambar di bawah ini. Cuba lihat gambar kalimah Allah kat bawah ni. Memang jelas kelihatan.

Gambar Kalimah Allah Dalam Kejadian Bulan Halo

KOMIK KL GANGSTER 2011























kredit all komik to fukkenlol.blogspot