Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Unik. Show all posts

Video Terlampau Pelajar UiTM Kena Buli

Video Terlampau Pelajar UiTM Kena Buli. Tindakan pantas dari pihak universiti yang menyiasat video ini memang patut dipuji. Ini kerana, kejadian ragging atau buli seperti yang disiarkan melalui video ini memang sangat keterlaluan terutama sekali bab lempang-melempang tu. Suka-suka je nak lempang anak orang.


Kalau dah tak reti nak buli secara berhemah [senda yang tidak keterlaluan] baik tak payah teruskan tabiat seperti ini. Buat sakitkan hati orang je la. Mohon siapa tahu pasal kes ni bagitahu kat admin. Boleh komen dibahagian komen dibawah ini.


Banduan Tersangkut Dalam Konkrit Dinding Penjara

Banduan Gagal Larikan Diri Di Brazil? Banduan ini cuba melarikan diri daripada sebuah penjara yang sudah pasti mempunyai dinding dan konkrit yang kukuh. Di Brazil seorang banduan menggunakan teknik yang sama untuk melarikan diri dari penjara di Ceres.


Dalam kejadian beberapa hari yang lalu si banduan dan seorang teman berjaya mengorek sebuah lubang. Teman di banduan berjaya meloloskan diri tetapi banduan kedua tersekat pada lubang kerana beliau mempunyai perut yang buncit. Banduan-banduan yang lain di belakang beliau cuba menolak beliau keluar tetapi gagal. Kerana kesakitan beliau mula menjerit dan pengawal penjara menyedari ada percubaan melarikan diri di penjara mereka.




Gambar Kereta Polis Kantoi Perangkap AES

Baru-baru ini sebuah blog telah menyiarkan bagaimana kereta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas daripada perangkap kamera AES.


Menurut blog Ohtidak.com, pengirim gambar-gambar ini mahu namanya dirahsiakan. Dalam erti kata lain, sesiapa saja boleh disaman waima pihak berkuasa pun sekiranya didapati melanggar peraturan had laju yang ditetapkan itu.

Memang isu AES ni banyak pro dan kontranya. Untuk lebih adil, apakata kita beri peluang untuk kerajaan mengkaji keberkesanannya dan pada masa yang sama pandangan serta rungutan orang ramai pun diambil kira.



Video: Majlis Perkahwinan Diganggu Lelaki Bogel

Sebuah perkahiwnan gereja di Australia melalui satu detik lucah apabila seorang lelaki bogel secara tiba-tiba muncul di majlis perkahwinan tersebut awal bulan ini. Bogel sepenuhnya, lelaki berkenaan membuka sebuah tingkap di belakang altar perkahwinan.

Majlis yang sedang berlangsung itu terhenti dan tetamu mulai bising dengan kejadian itu. Beberapa ketika selepas kemunculan lelaki berkenaan, pengantin perempuan itu didengari berkata ‘bawa dia keluar, tolong bawa dia keluar’.

Lelaki berkenaan atau ‘flasher’ terbabit mematuhi permintaan wanita itu pada asalnya sebelum bertindak membuka tingkap berkenaan untuk kali kedua dan memberikan ‘persembahan terakhirnya’.

Pengantin perempuan itu menjerit lebih kuat lagi pada kali kedua dan kemudiannya menutup mukanya dengan tangan kerana malu dan sedih dengan apa yang berlaku pada hari perkahwinannya.

Menurut satu komen di Youtube, majlis perkahwinan berkenaan sebenarnya amat membosankan sehinggalah kemunculan lelaki itu. #LOL


Lelaki Ini Angkat Tangannya Lebih 38 Tahun

Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973. Bekas kerani, Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya pada tahun berkenaan sebagai menghormati Tuhan Hindu, Shiva.

Man Raised Arm in 1973

Manhant meninggalkan keluarganya pada 1970 selepas berhenti kerja untuk mengabdikan diri pada Shiva. Tiga tahun kemudian, kerana merasakan masih terikat dengan gaya hidup lamanya, Manhant mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda taat kepada Tuhannya.

Dan hari ini, selepas 38 tahun, dia masih tidak menurunkannya, Pengikutnya berkata, dia enggan menggunakan tangannya itu bagi memisahkan dirinya dengan keseronokan hidup. Ramai mengikut jejak Manhant dengan mengangkat tangan dan tidak menurunkannya selama beberapa tahun. – Agensi

Man Raised Arm

Manhant Amar Bharti Ji

Guru Tadika Yang Kejam Macam Iblis (8 Gambar)

Gambar di bawah ialah gambar Yan Yanhong, seorang guru tadika di Blue Peacock Kindergarten di provinsi Zhejiang China. Gambar beliau mendera kanak-kanak di bawah jagaan beliau  tersebar di internet dan akibatnya beliau dipecat serta merta. 


Warga internet kemudian menjumpai laman sosial milik Yan Yanhong dan menemui beberapa lagi gambar beliau mendera kanak-kanak. Apabila disoal kenapa beliau mendera kanak-kanak malang ni berliau berkata "ianya sekadar suka-suka"




sumber: Blog Serius .Laporan asal ChinaSmack

Video Baru MatLuthfi90 - ‘Drama-Drama Sebelum Kahwin’

Tahukah anda, pengguna Youtube, MatLuthfi90 turut tercalon dalam anugerah ‘Shout Aloud Award’ dibawah kategori ‘Social Media’ untuk Shout Award 2012?

Mempunyai lebih 87 ribu pengikut di laman Youtube dan lebih 15 juta jumlah tontonan untuk kesemua videonya, MatLuthfi90 sememangnya seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan para pengguna Youtube. Pada 24 Oktober yang lepas, Mat Luthfi sekali lagi memuatnaik sebuah video viral yang bertajuk, ‘Drama-Drama Sebelum Kahwin’.


Berdurasi 6.09 minit, video ini menunjukkan tentang situasi-situasi yang berlaku dikalangan masyarakat sebelum berkahwin. Namun, seperti biasa, tak semuanya benar dan Mat Luthfi turut menyelitkan unsur-unsur komedi yang menarik.

Bahagian paling menarik bagi kami ialah cinta Illuminati, bagaimana pula anda? Mari tonton video selepas ini ya!