Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Jadual & Keputusan Piala AFF Suzuki 2012

Jadual Perlawanan dan Keputusan Terkini Piala AFF Suzuki 2012 di Malaysia. Perlawanan Piala AFF Suzuki 2012 bermula 24 November 2012 hingga 22 Disember 2012. Kejohanan paling berprestij bagi zon asia tenggara iaitu Piala AFF Suzuki bertemu bagi tahun 2012. Malaysia selaku juara bertahan dan Thailand akan menjadi tuan rumah bagi peringkat kumpulan yang akan bermula pada 24 November hingga 1 Disember.


Berikut adalah keputusan perlawanan dan jadual bagi Piala AFF Suzuki 2012. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Jadual Perlawanan dan Keputusan Piala AFF Suzuki 2012 

Peringkat Kumpulan

Sabtu, 24 November 2012 | Kumpulan A
5.30pm Vietnam 1-1 Myanmar
8.20pm Thailand 2-1 Filiphina

Ahad, 25 November 2012 | Kumpulan B
6.00pm Indonesia 2-2 Laos
8.45pm Malaysia 0-3 Singapura

Selasa, 27 November 2012 | Kumpulan A
5.30pm Vietnam 0-1 Filiphina
8.20pm Myanmar 0-4 Thailand

Rabu, 28 November 2012 | Kumpulan B
6.00pm Indonesia 1-0 Singapura
8.45pm Laos 1-4 Malaysia

Jumaat, 30 November 2012 | Kumpulan A
8.20pm Filiphina 2-0 Myanmar
8.20pm Thailand 3-1 Vietnam

Sabtu, 1 December 2012 | Kumpulan B
8.45pm Singapura 4-3 Laos
8.45pm Malaysia 2-0 Indonesia


Separuh Akhir 1

Sabtu, 8 December 2012
Filipina 0-0 Singapura

Ahad, 9 December 2012
Malaysia 1-1 Thailand


Separuh Akhir 2

Rabu, 12 December 2012
Singapura vs Filipina

Khamis, 13 December 2012
Thailand vs Malaysia


Akhir

Rabu, 19 December 2012
Perlawanan Akhir 1

Sabtu, 22 December 2012
Perlawanan Akhir 2

LIN DAN KINI PEMAIN NO 1 DUNIA

Lin Dan rampas kedudukan pemain no. 1 dunia. Selepas bertahan selama 191 minggu sebagai pemain nombor satu dunia akhirnya Datuk Lee Chong Wei terpaksa melepaskan kedudukan itu kepada seteru utamanya, Lin Dan beberapa minggu sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik London.


Dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan hari ini, jaguh China itu melonjak ke tangga teratas selepas mengumpul 93,313 mata, mengatasi Chong Wei 91,898 mata.

Kecederaan yang membelengu pemain berusia 29 tahun sehingga tidak dapat beraksi pada Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu lalu membuka laluan kepada Lin Dan untuk kembali merampas kedudukan.

Dua lagi jaguh China, Chen Long dan Chen Jin kekal di tangga ketiga dan keempat.


Kejatuhan kedudukan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Chong Wei di Olimpik London kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking pada 3 Mei, 2012. 

JADUAL PERLAWANAN EURO 2012 TV3 ASTRO

Jadual Siaran Langsung Perlawanan EURO 2012 (waktu Malaysia) yang akan disiarkan menerusi saluran TV3 dan juga Astro. Jadual Siaran Langsung EURO 2012 (waktu Malaysia) adalah sebagaimana dibawah.



SAFEE SALI JUTAWAN BOLA SEPAK PERTAMA MALAYSIA

Safee Sambung Kontrak Bernilai RM2 Juta Bersama Pelita Jaya FC. Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.


Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu. Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

Menurutnya, Safee turut mendapat penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Pada Selasa, akhbar Warta Kota Indonesia melaporkan Safee bakal menerima gaji sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan jika memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut. Kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).

LATAR BELAKANG

Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali
Tarikh lahir: 29 Januari 1984
Tempat lahir: Selangor
Tinggi: 1.70 meter
Posisi permainan: Penyerang
Kelab terkini: Pelita Jaya FC
Nombor jersi: 55

Kerjaya senior:

2003-2005 (Kuala Lumpur FA)
2005-2006 (Sarawak FA)
2006-2011 (Selangor FA)
2011 (Pelita Jaya FC)
2012-2013 (Pelita Jaya FC)

Pasukan kebangsaan:

2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)
2007 (Malaysia)

Anugerah:

- Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010
- Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol )

VIDEO NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA SUMBANGSIH 2012

KEPUTUSAN PIALA SUMBANGSIH 2012

Negeri Sembilan membuka tirai bola sepak Liga Malaysia dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan Kelantan 2-1 pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu.


Kelantan, yang juga juara Liga Super, menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam musim lepas untuk merangkul piala itu buat kali pertama.

Pasukan 'The Red Warriors' membuka tirai percubaan sejurus empat minit babak pertama bermula menerusi penyerang import barunya musim ini dari Lubnan, Mohd Ghaddar.

Penyerang import pasukan lawan, Jean Emmanuel Effa Owona, hampir meletakkan Negeri Sembilan di depan pada minit kesembilan menerusi tandukan, namun pemain pertahanan Kelantan Azizi Matt Rose menyelamatkan keadaan dengan menanduk keluar bola yang berpunca dari sepakan sudut.

Serangan bertali arus skuad Kelantan bimbingan jurulatih Peter James Butler akhirnya membuahkan hasil apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-20.


Gol itu berpunca daripada Muhamad Ghaddar yang bijak mencari peluang melorongkan bola kepada Norshahrul Idlan Talaha sebelum memperdaya dua pemain lawan dan melepaskan rembatan di depan gawang menewaskan Farizal Marlias.

Bagaimanapun, kegembiraan Kelantan tidak kekal lama apabila skuad Hoben Jang Hoben menyamakan kedudukan selang 10 minit kemudian hasil sepakan mengelirukan oleh Jean Emmanuel yang mengenai pemain pertahanan Kelantan Mohd Farisham Ismail sebelum masuk ke dalam gawang lawan.

Perlawanan kembali seimbang apabila kedua-dua pasukan saling mengatur serangan demi serangan untuk menambah gol, namun kekentalan barisan pertahanan masing-masing mengagalkan usaha tersebut.

Aksi tambah menarik pada babak seterusnya apabila kedua-dua pasukan saling membalas asakan untuk mencari gol kemenangan.


Jean Emmanuel kemudian menambah derita Kelantan pada minit ke-63 apabila melonjak tinggi melepasi pertahanan pasukan itu sebelum melakukan tandukan mengelirukan untuk menewaskan Khairul Fahmi selepas menerima hantaran Tengku Qayyum Ubaidillah.

Kelantan cuba bangkit mencari gol penyamaan namun benteng pertahanan skuad Rusa kental bertahan hingga tiupan wisel penamat oleh pengadil perlawanan Shokri Nor.

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan menyampaikan Piala Sultan Ahmad Shah kepada Negeri Sembilan.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. BERNAMA










LIVE STREAMING KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JANUARI 2012

Live Siaran Langsung Kelantan vs Negeri Sembilan Piala Sumbangsih

Kelantan selaku juara Liga Super 2011 akan menentang juara Piala Malaysia 2011,N.Sembilan malam ini,7 Januari 2012 jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam misi untuk merebut Piala Sumbangsih atau di’kenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah.


Kelantan yang juga,juara bertahan Piala Sumbangsih musim lalu, boleh di’klasifikasikan sebagai pasukan pilihan kerana mereka memiliki barisan pemain terhebat.Daripada posisi pertahanan hingga ke jentera serangan, watak-watak dalam skuad Kelantan boleh dianggap yang terbaik di negara kita ketika ini.

Manakala pasukan Negeri Sembilan memiliki Mohd. Azraai Khor Abdullah dianggap antara jurulatih tempatan terbaik kerana memiliki sentuhan luar biasa untuk membawa Negeri Sembilan ke puncak kegemilangan.

Apa yang pasti pertembungan malam ini pastinya akan dipersembahkan satu perlawanan yang menarik khususnya untuk penyokong kedua-dua pasukan ini

Perlawanan ini akan di’siarkan secara langsung di RTM 1 dan juga Astro Arena seawal jam 8.00 malam Bagi yang tidak dapat mengikuti di’kaca tv anda juga boleh menonton secara live streaming di’internet dengan melayari “link” di’bawah


Link -2 Live Streaming Astro Arena

Link -3 Wwitv


via: enciknakal.com

GAMBAR KEPULANGAN HARIMAU MUDA DI SAMBUT MERIAH

KEPULANGAN HARIMAU MUDA DI SAMBUT MERIAH

Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini hari ini. Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.


Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno. [KLIK SINI]


Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas. Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).











MALAYSIA VS INDONESIA FINAL SUKAN SEA 2011

Keputusan Terkini Malaysia VS Indonesia Sea Games 2011

Malam ini menjadi detik terakhir buat skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara itu berkunjung ke gelanggang keramat tersebut apabila membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final Sukan SEA 2011.


Atas kertas, kedua-dua pasukan sudah memiliki ramuan tersendiri untuk bergelar 'sang juara' pada temasya Sukan SEA yang telah memasuki edisi ke-26.

Bagaimanapun, barisan Harimau Muda tidak harus terpedaya dengan provokasi daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda sepanjang perlawanan berlangsung kerana dikhuatiri mampu menjerat mereka di kandang lawan.

Kemenangan 1-0 yang dilakar ke atas Indonesia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A sebelum ini juga tidak harus dijadikan sebagai 'modal' untuk mereka tampil mendabik dada. [KLIK SINI]

Sebaliknya, anak-anak buah Ong Kim Swee itu seharusnya menganggap aksi final malam ini sebagai medan pertarungan yang baharu bagi mereka.


MALAYSIA ( 1 ) - ( 1 ) INDONESIA

PENALTI


Malaysia ( 4 ) – ( 3 ) Indonesia

Tahniah Malaysia Juara pingat emas!!!

STADIUM GELORA BUNG KARNO
21/11/2011
8.30 MALAM

Keputusan akan diupdate secara Live Score sebaik sahaja sepak bermula!

[Final SEA Games 2011] Gunawan Goal



[Final SEA Games 2011] Asrarudin Goal


[4-3 Penalti] Final SEA Games 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS INDONESIA SUKAN SEA 2011

Keputusan Malaysia VS Indonesia Live Sukan SEA 17 November 2011. Malaysia Menang 1-0 Indonesia



Malaysia berjaya menewaskan pasukan Indonesia 1-0 sekaligus menjadi juara bagi Kumpulan A dalam aksi temasya Sukan SEA yang ke-26.

Gol Malaysia dijaringkan oleh gerakan solo yang menarik oleh Syahrul Azhuari pada minit yang ke 23.

Indonesia 0-1 Malaysia [SEA Games 2011] Syahrul Azwari Goal

KEPUTUSAN MALAYSIA VS THAILAND SUKAN SEA 2011


LIVE KEPUTUSAN MALAYSIA VS THAILAND SUKAN SEA 9 NOVEMBER 2011

Jurulatih skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee boleh menghela nafas lega apabila barisan kendaliannya mengutip satu mata ketika seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA 2011. [KLIK SINI]

Sekalipun gagal mengutip tiga mata berharga, Kim Swee tetap menganggap mata ‘keramat’ itu mampu menjelmakan semangat buat anak-anak buahnya untuk tampil lebih garang bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Justeru, Kim Swee menuntut barisan Harimau Muda bangkit memburu tiga mata penuh apabila membuat perhitungan dengan musuh tradisi, Thailand di Stadium Gelora Bung Karno hari ini.

Ditanya kekuatan yang dimiliki Thailand, Kim Swee mengakui, lawan mereka itu masih layak bergelar jaguh di pentas Asia Tenggara biarpun barisan negara tampil selaku penyandang juara di bumi Jakarta.


Jika kekal dengan formasi 4-4-2, Kim Swee pasti meletakkan Izzaq Farris Ramlan dalam kesebelasan utama andai penyerang tinggi lampai itu sudah pulih daripada masalah cirit-birit yang dihidapinya sejak beberapa hari lalu.

Izzaq yang hanya beraksi seba- gai pemain gantian kelmarin, bakal bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani bagi menggempur kubu Thailand.

Peranan ‘arkitek’ tengah kembali diisi Irfan Fazail dan K. Guru- samy, manakala kapten Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari Ibrahim pula menggalas tugas di posisi sayap kiri dan kanan.

Benteng pertahanan pula kekal ditunjangi empat tonggak berpengaruh, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar (bek kiri) dan Mahali Jasuli (bek kiri), manakala Khairul Fahmi Che Mat terus diberi tanggungjawab menjaga gawang negara.

*Perlawanan Tamat*

Malaysia [ 2 ] vs [ 1 ] Thailand
Baddrol Bakhtiar , T.Natarid, Izzaq Faris

9 November 2011 SEA Games-26


@Keputusan akan dikemas’kini dari masa ke semasa sehingga tamat perlawanan secara LIVE SCORE

Jaringan Baddrol Bakhtiar


Jaringan Natarid



Jaringan Izzaq Faris



Highlight All Goal



kredit video to sokernet.com

KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPURA SUKAN SEA 2011

TERKINI LIVE RESULT MALAYSIA VS SINGAPORE SUKAN SEA 2011

KATA orang, menang emas bagi acara bola sepak adalah jauh lebih bermakna berbanding muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan SEA. Justeru, ia memang satu cabaran yang cukup besar buat pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee pada temasya Sukan SEA 2011.


Tambahan pula, turun selaku juara bertahan selepas jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berjaya menamatkan kemarau selama dua dekad di Vientiane, Laos dua tahun lalu.

Petang ini, Harimau Muda bakal melayan cabaran Singapura bagi aksi pembuka tirai Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pukul 4 petang (5 petang waktu Malaysia), sekali gus menjadi penentu sejauh mana kemampuan skuad Kim Swee pada temasya kali ini.

Tiga mata berharga perlu diraih bagi mengelak skuad negara terpaksa menempuh ranjau penuh berliku pada aksi seterusnya kerana tuan rumah, Indonesia dijangka tidak berdepan masalah untuk menewaskan cabaran Kemboja dalam satu lagi aksi Kumpulan A pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Dibawah merupakan senarai pemain yang dijangka beraksi pada perlawanan ini:

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.

Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz.

Penyerang: Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani.

*Perlawanan Tamat*

Malaysia [ 0 ] – [ 0 ] Singapura

Sukan SEA ke 26 7 November 2011


@Keputusan perlawanan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sehingga tamat perlawanan secara “Live Score”

Highlight Perlawanan










kredit to sokernet.com

HARGA TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2011 RM50

Tiket RM50 Bagi Semua Tempat Duduk

Kehangatan bahang Final Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober ini,makin lagi terasa kehangatannya. Apabila tiket untuk perlawanan ini berharga RM50,Kenaikan harga tiket ini terus menjadi pedebatan hangat di’kalangan kedua-dua penyokong final Piala Malaysia 2011 menerusi laman-laman sosial,yang paling ketara ialah di’laman Facebook


Berita ini juga dikongsikan di’laman Facebook FAM,Kenaikan ini berpunca bagi menampung kos baikpulih Stadium Shah Alam untuk keselesaan bersama.Dalam petikan berita terkini dari Utusan Online turut membuat laporan mengenai jumlah harga tiket ini.


"Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini akan mula dijual esok dengan harga RM50 bagi semua tempat duduk."

Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam. – Utusan

SAFEE SALI KAPTEN BARU PELITA JAYA

Safee kapten baru Pelita Jaya

TUGAS penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali bersama Pelita Jaya FC (PJFC) semakin mencabar apabila dilantik kapten kelab Liga Super Indonesia itu yang bercita-cita tinggi untuk muncul juara liga musim ini.

Pelantikan Safee itu diumumkan sebelum latihan pusat PJFC bermula di pangkalan mereka di Sawangan, Jakarta semalam menerusi pemilihan ketua jurulatih, Misha Radovic.


Penyerang berusia 27 tahun itu yang akan tampil dalam musim kedua bersama PJFC selepas berpindah dari Selangor Februari lalu menyifatkannya pengiktirafan tertinggi bagi dirinya apabila muncul pemain Malaysia pertama menjadi kapten bersama kelab luar di Indonesia.


“Saya sungguh terharu dan mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan pihak kelab yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas sebagai kapten kelab ini.

“Bagi saya ini tanggung jawab cukup besar dan amat mencabar kerana pasukan Pelita Jaya kali ini mempunyai ramai pemain import jadi saya berharap akan mendapat kerja sama yang baik dengan rakan sepasukan.


“Saya berjanji akan memberikan persembahan terbaik bagi memastikan kelab ini layak beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2013,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Arena Metro semalam.

Pemilihan Safee ini dilihat keputusan bijak yang dilakukan pengendali dari Serbia itu memandangkan impak dan pengaruh yang kuat dihasilkan pemain itu sejak menyertai PJFC.

GAMBAR TERKINI SAFEE SALI CARDIFF CITY

Kemuncak debaran Safee Sali

DEBARAN penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali (gambar) pastinya semakin lama semakin memuncak.

Apa tidaknya, hari ini merupakan hari terakhir Safee menjalani ujian pemilihan bersama Cardiff City sebaik tiba di bumi England sejak dua minggu lalu.



Teka-teki persoalan sama ada bakal menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di sana bagaimanapun hanya akan terungkai sebaik pengumuman rasmi daripada pihak Cardiff sendiri.

Apa yang pasti, perjuangan Safee sepanjang berada di sana telah menerbitkan rasa positif peminat bola sepak tempatan lantaran aksinya dikhabarkan mencetus rasa minat pengendali Bluebirds, Malky Mackay sebelum ini.

Namun, jika benar Mackay enggan ‘bersusah payah’ mendapatkan khidmat Safee lantaran isu permit kerja, apa ada hal kerana yang penting pengalaman sepanjang berguru di sana boleh dijadikan azimat buat Safee bagi meningkatkan kariernya selaku pemain bola sepak.



Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim tidak dapat menjelaskan sejauh mana teka-teki Safee bakal menyarung jersi Cardiff atau pun tidak bakal terjawab.

“Buat masa ini, Safee masih menjalani latihan seperti biasa yang dijangka berakhir esok (hari ini).

“Keputusan rasmi juga saya tidak pasti sama ada diumumkan serta merta sebaik latihan berakhir ataupun ia hanya akan diumumkan Cardiff selepas Safee pulang semula ke pangkuan majikannya, Pelita Jaya,” katanya semasa dihubungi semalam.



Zakaria memberitahu, Safee juga dijangka tiba semula di tanah air pada tengah hari Rabu (lusa) selepas menjayakan sambutan Hari Malaysia di Cardiff yang dijadualkan berlangsung esok.

Sebelum pulang ke Indonesia, katanya, Safee juga dijangka mewakili bekas majikannya, Selangor bagi aksi Piala Sultan Selangor menentang Singapura terlebih dahulu pada 1 Oktober depan, selain turut membawa cabaran pasukan kebangsaan bagi aksi persahabatan menentang Australia di Sydney selepas itu.



“Soal dipilih Cardiff atau tidak terserahlah kepada pengurusan kelab, dan kami tidak mahu memberi tekanan kepada mereka dalam membuat sebarang keputusan.

“Apa yang pasti, kegagalan menyarung jersi Cardiff bukan bermakna karier Safee berakhir, perjalanannya masih panjang justeru marilah kita sama-sama mendoakan kejayaannya,” katanya.



VIDEO GOL JEPUN VS MALAYSIA 2-0 |YOUTUBE

Skuad Olimpik Malaysia Tewas 0-2 Kepada Jepun

PASUKAN Olimpik Malaysia gagal menyaingi kepantasan skuad Olimpik Jepun apabila tunduk 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Jepun pada Rabu.

Gol pertama skuad Samurai Biru itu dihasilkan oleh Higashi Keigo pada minit ke-9 perlawanan.

Bagaimanapun kecekapan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pasukan tuan rumah itu memberi sedikit kelegaan kepada barisan negara untuk bangkit pada separuh masa kedua.


Ternyata hantaran tepat dan kepantasan yang dipamerkan skuad muda Jepun ini telah membuatkan benteng pertahanan negara terpaksa bekerja keras.

Sepanjang 45 minit pertama, skuad Jepun berjaya melakukan lebih kurang sebelas percubaan, manakala tidak ada percubaan ke arah gol oleh pasukan Malaysia.

Minit ke-40 juga menyaksikan pemain Malaysia Wan Zack Haikal Wan Nor diusung keluar kerana mengalami kecederaan dan digantikan oleh Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Sementara itu, babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan kendalian Ong Kim Swee ini belum cukup kuat untuk menembusi kubu pertahanan Jepun dan hanya satu percubaan dilakukan sepanjang perlawanan ini.

Pada minit ke-75, pasukan yang dilatih oleh Suzikuza Takashi ini sekali lagi merobek gawang Malaysia menerusi jaringan kemas oleh Yamazaki Ryohei.

Sehingga tamat permainan, skuad Malaysia gagal meraih sebarang gol.

Skuad Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan bertemu Syria pada 23 November ini.

KEPUTUSAN MALAYSIA VS JEPUN 21 SEPTEMBER 2011

LIVE RESULT, KEPUTUSAN TERKINI, SEMASA, PENUH PERLAWANAN JEPUN VS MALAYSIA 2011

Hari ini, menjadi titik permulaan skuad Harimau Malaya dalam misi memburu slot Olimpik apabila berdepan Jepun pada aksi pembukaan Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Fukuoka pukul 8 malam (7 malam waktu Malaysia).

Walau apa jua keputusan perlawanan yang dicatatkan anak-anak buah Ong Kim Swee malam ini, pastinya ia masih belum cukup untuk menutup mulut suara-suara sumbang yang sering 'berbunyi' dari luar padang.



Bagi perlawanan malam ini, posisi menjaga gawang negara hampir pasti digalas oleh Khairul Fahmi Che Mat, manakala Mohd. Zubir Azmi, Mohd. Fadhli Mohd. Shas, Mahali Jasuli dan Muslim Ahmad di- jangka mengemudi benteng pertahanan negara daripada dirobek jentera serangan Samurai Biru.

Segala corak serangan yang dijana dari tengah padang juga dijangka diterjemahkan oleh Abdul Shukor Jusoh, Wan Zack Haikal, Mohd. Fandi Othman dan K. Gurusamy, manakala A. Thamil Arasu dijangka digandingkan bersama Izzaq Faris Ramlan di jentera penyudah.

Cabaran Jepun di bawah kendalian Taka- shi Sekizuka pasti tidak dipandang mudah apabila dijangka menurunkan bintang muda Arsenal, Ryo Miyaichi bagi mengucar-ngacirkan benteng pertahanan negara.

Jepun turut diperkuatkan muka-muka lama yang membantu pasukan itu mendapat- kan pingat emas Sukan Asia tahun lalu seperti Kensuke Nagai, Hotaru Yamaguchi, Kazuya Yamamura, Daisuke Suzuki, Yusuke Higa, Takuya Masuda dan Shunsuke Ando.




KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN 21 SEPTEMBER 2011

-Perlawanan Tamat
Olimpik 2012 Kelayakan Asia Pusingan 3 Perlawanan 1
September 21, 2011 (Rabu)
Japan
2 - 0
Malaysia
7mlm (WM), Tosu Stadium, Tosu

GAMBAR SAFEE SALI DI CARDIFF CITY

Safee dihantui kecederaan lama

KECEDERAAN otot yang selama ini membelenggu penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali kini kembali menghantui pemain itu dalam usaha menyarung jersi kelab England, Cardiff City.

Safee kembali dihantui masalah kecederaan tersebut semasa menjalani ujian pemilihan di pusat latihan Cardiff kelmarin, sekali gus sedikit menjejaskan rentak persembahannya dalam usaha memikat pihak pengurusan kelab.



Kecederaan tersebut menyebabkan Safee kurang selesa, terutamanya semasa melakukan percubaan jaringan, selain turut menganggu konsentrasi penyerang prolifik itu semasa cuba mengatasi asakan pemain pertahanan sehingga menyebabkannya terpaksa berehat seketika sebelum kembali menyambung sesi latihan.

Masalah tersebut bagaimanapun ternyata tidak menghalang Safee daripada mempamerkan aksi yang terbaik apabila masih berjaya menjaringkan satu gol semasa sesi latihan itu.



Malah, pengendali Bluebirds, Malky Mackay juga sudah pasti tidak memandang keupayaan Safee 'sebe- lah mata' apabila tonggak kebangsaan itu mula mendapat liputan meluas media tempatan yang menggelarkannya 'David Beckham Malaysia' sebaik menjejaki bumi England baru-baru ini.

Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim yang mengesahkan kecederaan Safee berkata, masalah kecederaan itu bukanlah satu 'malapetaka' apabila Safee dilihat masih berupaya menjaringkan gol semasa sesi latihan tersebut.



"Safee mungkin sedikit tidak selesa dengan kecederaan kecil itu, terutamanya ketika melakukan percubaan semasa sesi latihan.

"Justeru, saya menyeru kepada semua peminat supaya mendoakan agar Safee kembali berada dalam keadaan terbaik, sekali gus dapat menonjolkan segala bakat yang beliau ada," kata- nya menerusi laman rasmi Facebook Safee semalam.

Safee yang berlepas ke bumi England, Isnin lalu dalam misi menjadi rakyat pertama Malaysia beraksi di sana selepas mendapat 'lampu hijau' daripada maji- kannya, Pelita Jaya.



Zakaria memberitahu, Safee juga setakat ini tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan, selain dilihat cepat serasi bersama pemain-pemain lain sepanjang sesi latihan.

"Selain itu, Safee juga tidak mendapat layanan isti- mewa kerana semua pemain dilayan sama rata ketika turun berlatih.

"Saya juga percaya ia mampu membantu meningkatkan corak permainan Safee selepas ini apabila berlatih bersama pemain- pemain Cardiff yang jauh lebih tinggi keupayaannya," katanya Zakaria yang mengakui peraturan di pusat latihan Cardiff agak ketat.




GOL PERTAMA SAFEE SALI DI CARDIFF CITY

SAFEE SALI PAMER TARING DI CARDIFF CITY

Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.

Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.


SESI ujian Safee Sali ke Cardiff City mendapat liputan meluas di Britain yang menyiarkan berita mengenainya pada halaman utama ruangan sukan dengan menyifatkan penyerang kebangsaan itu sebagai 'David Beckham Malaysia.'

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.

"Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.
 "Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.
 "Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.


Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.

"Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.

"Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain," katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.

Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai 'David Beckham Malaysia', Zakaria berkata: "Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.

"Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City," katanya.

VIDEO GOL PIALA MALAYSIA 10 SEPTEMBER 2011

Youtube gol Kelantan 2-1 Johor FC | Selangor 2-0 PDRM | Terengganu 3-2 PKNS FC | Negeri Sembilan 5-0 Sime Darby | dan lain-lain perlawanan

Retak garang pada babak kedua memastikan Selangor mengutip tiga mata berharga dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia.

Fadzli Saari meledakkan dua gol untuk membantu Gergasi Merah menang 2-0 ke atas PDRM di Stadium Shah Alam.

Selangor bermula lembab meskipun menguasai permainan kerana terbatas dengan sentuhan kreatif dan lebih banyak mengatur serangan di bahagian serangan.

Felda United berjaya mengekalkan rentak kemenangan di dalam kempen Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan kedua dengan membenam pasukan pelawat Sarawak 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Selangor malam ini.

Md Nizam Abu Abu Bakar muncul wira Felda apabila meyumbat gol tunggal buat pasukan tuan rumah menerusi rembatan kencang jarak jauh pada minit 68 untuk menewaskan penjaga Sarawak Aidil Mohamad yang sekadar melihat bola menerjah ke jaring.

Gol Perlawanan Piala Malaysia 10 September 2011

Link- Keputusan Penuh Perlawanan 10 September 2011

Kelantan 2-1 Johor FC



Felda United 1-0 Sarawak



Perak 2-1 Johor



Selangor 2-0 PDRM



Terengganu 3-2 PKNS FC



Negeri Sembilan 5-0 Sime Darby



kredit video to sokernet.com

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 10 SEPTEMBER 2011

KEPUTUSAN TERKINI, SEMASA, PENUH PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2011

MESKIPUN dilabel sebagai pasukan pilihan, juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan tetap merendah diri.

Mereka tidak mahu mengambil mudah pertemuan dengan Johor FC dalam aksi kedua peringkat Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu mahu barisan pemainnya meneruskan rentak cemerlang seperti yang dipamerkan ketika menumbangkan Sarawak 2-0 dalam aksi pembukaan minggu lalu.

“Kejayaan menumbangkan Sarawak dalam perlawanan pembukaan itu merupakan permulaan yang baik buat Kelantan, jadi saya harap kita dapat meraih tiga mata dalam pertemuan malam esok (malam ini).

KEPUTUSAN TERKINI PIALA MALAYSIA 2011 10 SEPTEMBER

Bagi skuad Terengganu, kelebihan selaku tuan rumah masih belum mampu memberi kelegaan kepada pengendali Terengganu, Irfan Bakti apabila menanti kunjungan Selangor PKNS pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia malam ini.

Sebaliknya Irfan mengakui, pertembungan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu pasti menjanjikan kesukaran berdasarkan reputasi lawan selaku juara Liga Premier.

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 10 September 2011
-Keputusan akan diupdate dari masa ke semasa. Harap maklum.
[Semua Perlawanan Telah Tamat]
Perlawanan
Skor
10 September 2011 8:45 pm Stadium Darulaman
KEDAH VS SABAH
1 : 2
10 September 2011 8:45 pm Stadium Ipoh
PERAK VS JOHOR
2 : 0
10 September 2011 8:45 pm Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
TERENGGANU VS SELANGOR PKNS
3 : 2
10 September 2011 8:45 pm Stadium Tuanku Abdul Rahman
NEGERI SEMBILAN VS SIME DARBY
5 : 0
10 September 2011 8:45 pm Stadium Sultan Mohd Ke-IV
KELANTAN VS JOHOR FC
2 : 1
10 September 2011 8:45 pm Stadium PBKL Cheras
FELDA UNITED VS SARAWAK
1 : 0
10 September 2011 8:45 pm Stadium Shah Alam
SELANGOR VS PDRM FA
2 : 0
10 September 2011 8:45 pm Stadium PBKL Cheras
KUALA LUMPUR VS T-TEAM
2 : 1