Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Raja Lawak. Show all posts

VIDEO RAJA LAWAK 6 AKHIR | FINAL

Raja Lawak 6 Final Full Video. Peserta Akhir yang telah berentap pada Raja Lawak musim 6, ialah Kumpulan Zero, Kumpulan Cuit, Kumpulan 2Yol, dan Kumpulan Shiro.  Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 telah berlangsung di Dewan Sivik MBPJ setelah sembilan minggu bersama.


Walaupun  mereka mencuba sedaya upaya menambat hati penonton dan juri akhirnya Juara Raja Lawak musim 6 telah dimenangi oleh kumpulan Shiro dan menepati ramalan banyak pihak.

Johan: Shiro

Naib Johan: Zero

Tempat Ketiga: Cuit

Tempat Keempat: 2yol

Berikut adalah video final Raja Lawak Musim Ke-6:

SENARAI PESERTA RAJA LAWAK 6

Raja Lawak Musim ke-6

Raja Lawak adalah rancangan untuk mencari bakat-bakat komedi yang baru di negara ini. Di pentas Raja Lawak ini, para peserta akan membuat persembahan/ tugasan yang di berikan bagi memastikan mereka layak di angkat sebagai Raja Lawak Astro. Setiap minggu mereka akan diberikan tema tugasan dan para peserta di kehendaki membuat satu persembahan lawak dalam masa yang di tetapkan.


Persembahan mereka akan dikritik oleh pengkritik tetap. Di dalam program ini juga di paparkan segala usaha dan pelakuan mereka dalam menyahut segala tugasan yang diberika. Selain daripada menyiapkan tugasan yang diberikan, program ini juga memaparkan aktiviti luar para peserta dan juga kejutan yang bakal diterima oleh mereka.

Pembaharuan yang dibuat adalah dengan penambahan tenaga pengajar iaitu Cif Besar dan Cif Kecik yang bertanggungjawab untuk mengasah bakat dan membantu peserta merangka persembahan komedi mereka. Para penonton berpeluang untuk memilih peserta pilihan mereka dengan menggunakan SMS.