Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Motor dan Kereta. Show all posts

Gambar Konsep Proton Satria Neo S2000

Mungkin inilah model jalanan untuk Satria Neo yang dijelmakan dari jentera perlumbaan rali, sebuah model konsep Proton Satria Neo S2000. Bahagian luaran hadapan dan belakang Satria Neo S2000 Concept ini kelihatan sangat sporty dan mengekalkan karakter agresif, ditambah lagi unit enjin dengan sistem pendesak ‘supercharged’.


Anda boleh lihat perkataan ‘supercharged’ di bahagian pintu bonet belakang. Model ini sedang dipamerkan di mini karnival Proton di Plaza Angsana, Johor Bahru sempena minggu Rali Malaysia 2012 yang sedang berlangsung. Sumber gambar dari Proton Motorsports FB.









sumber: Arena Kereta

(Gambar) Proton Saga FLX dan Info

Gambar Proton Saga FLX










Macam mana? Cantik tak design Proton Saga FLX ini. Menurut info yang BP baca daripada laman web Saga FLX, model baru Saga FLX ini adalah lebih jimat minyak dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Saga FLX ini juga mempunyai ruang yang lebih besar, sesuai untuk satu keluarga. Di bawah ini, adalah sedikit maklumat tentang Proton Saga FLX :


1. Continuously Variable Transmission uses a belt instead of fixed gears to turn engine torque into
power. This means smooth gearshifts, better fuel economy, less engine wear and tear,
and eco-friendly emissions.

2. In case you're in the mood for it, the SAT (Stepped Automatic Transmission) switch instantly
simulates the feel of a standard 6-speed automatic transmission.

3. In case of emergencies, the Anti-Lock Braking System help keep your car stable under hard
braking to prevent accident and injury.

4. The Electronic Brake Distribution maximises stopping power and stability by adjusting force
applied to brake on each wheel.

5. The Saga FLX is tuned for a safer, surer drive through every twist and turn.

6. Reduce the risk of severe injuries in the event of collision with the equipped dual SRS airbags.

7. The Saga FLX boasts class-leading cabin space. It's designed to house your family and friends comfortably.

8. Our power windows are a convenience that now comes with a lifetime warranty. Accessibility is now guaranteed.



sumber info: Proton Saga FLX



Suka entry ini? Klik +1 dibawah. :)

(Gambar) Skuter YAMAHA EGO LC 125CC







(Gambar) Skuter YAMAHA EGO LC

Spec : Engine

Type Liquid-cooled 4-stroke, SOHC 2valve

Cylinders Forward-inclined single cylinder

Displacement 124.9 cm3

Bore x Stroke 52.4mm x 57.9mm

Compression Ratio 10.9:1

Maximum Horsepower 7.8kw @ 8000 rpm

Maximum Torque 10.0 N.m @ 7000 rpm

Starting System Electric start & kick starter

Lubrication System Wet sump

Engine oil capacity 0.9 L

Fuel tank capacity 4.1 L

Carburetion BS26

Ignition system C.D.I. (digital)

Transmission

Primary reduction ratio 2.625

Secondary reduction ratio 3.750

Gear ratios 2.540-0.838

Clutch type Dry, centrifugal automatic, Coil spring

Transmission V-belt automatic

Chasis

Frame Type Steel tube underbone

Overall Length 1,850mm

Overall Width 685mm

Overall Height 1,060 mm

Seat Height 750mm

Wheelbase 1,260 mm

Min. Ground Clearance 125mm

Weight (with oil and a full fuel tank) 104kg

Kereta sport paling mahal kini milik Lamborghini


LONDON - Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta).

Ia dibina pada tahun ini di Sant'Agata Bolognese, Itali.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann, model itu pertama kali dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Paris Oktober lalu.

Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.

Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan.

Hanya 20 buah nit kereta itu akan dibina.

Kereta Bugatti Veyron dikeluarkan di Molsheim, Alsace, Perancis. - Agensi

sumber: kosmo

The Real MPV Proton Exora








ADAKAH kenderaan dengan lima ruang duduk mencukupi? Kalau dikirakan, sepasang suami isteri, dua anak dan seorang pembantu rumah memang sudah mencukupi, tetapi bagaimana pula dengan barang-barang keperluan seperti kereta sorong bayi , beg pakaian dan sebagainya.

Walaupun kenderaan pelbagai guna (MPV) sebuah kenderaan yang mempunyai ruang luas bagi menampung penumpang yang ramai, perlu juga difikirkan tentang ruang untuk menempatkan barang-barang dengan teratur tanpa perlu bersesak.

Selain itu fikirkan juga aspek keselamatan dengan jumlah penumpang dan barangan yang banyak.

Bagi wanita bekerjaya yang juga ibu kepada tiga orang anak, Fairuz Hana Anuar, 35, dan suaminya, Shahrul Nizam Radzi, 35, sebuah kenderaan MPV harus mempunyai ciri-ciri tertentu dalam menjalankan rutin harian dengan sempurna.

"Mungkin ada yang bertanya jumlah ahli keluarga saya cuma lima orang dan kenapa saya memerlukan MPV dengan tujuh ruang duduk?

"Sememangnya MPV mempunyai kelebihan tersendiri. Apabila saya membeli MPV dengan tujuh ruang duduk ini, saya juga mengambil kira ruang bagi menyimpan barang keperluan dan ruang penumpang tambahan yang diperlukan apabila ibu bapa saya datang berkunjung.

"MPV yang saya miliki sekarang sangat senang disenggara apabila saya memerlukan ruangan untuk menyimpan barang.

"Saya cuma perlu menarik satu pelaras kerusi dan secara automatik, kerusi akan terlipat dan ke hadapan. Ini memberikan ruangan yang lebih selesa bagi penumpang memasuki tempat duduk di baris ketiga. Fleksibiliti ini juga dapat memberikan tempat yang luas bagi menyimpan barang-barang," katanya.

Selain itu, apabila ibu bapanya datang dia tidak perlu risau tentang baris ketiga di dalam MPV kerana ruang kaki tidak sempit dan mempunyai ruang lapang yang luas.

Justeru buatlah pilihan yang bijak dalam memilih sebuah MPV yang memenuhi keperluan hidup anda.