Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Motivasi dan Agama. Show all posts

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2013M/1434H

Jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak tahun 2013M/1434H untuk seluruh negeri. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa.


Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi negeri - negeri di seluruh Malaysia bagi tahun 2013. Takwim bagi tahun 1434 Hijrah ini adalah untuk semua negeri seperti Terengganu, Kelantan, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak. Jadual waktu berbuka puasa ini telah dikeluarkan oleh JAKIM secara rasmi untuk panduan kepada semua rakyat Malaysia untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan.

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2013

  1. Negeri Sabah
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Negeri Sarawak
  4. Negeri Johor
  5. Negeri Pahang
  6. Negeri Terengganu
  7. Negeri Kelantan
  8. Negeri Sembilan
  9. Negeri Melaka
  10. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
  11. Negeri Selangor
  12. Negeri Perak
  13. Negeri Pulau Pinang
  14. Negeri Kedah
  15. Negeri Perlis
Sila klik pautan link di atas mengikut negeri yang anda pilih. Anda juga boleh download jadual buka puasa 2013 ini mengikut zon - zon di setiap negeri di Malaysia. Semoga bermanfaat.

Salam Ramadhan 2013 dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



sumber: Bukit Besi Blog

[IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.


Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?

Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...


Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. (Copy pasted - Warta Dari Hati)

Koleksi Gambar Ustaz Don Dan Isteri (8 Gambar)

Pasti ramai yang merindui untuk melihat gambar terbaru Ustaz Don dan isterinya tercinta. Ini adalah beberapa gambar Ustaz Don dan Husna yang telah dimuatnaik dalam laman sosial mereka ketika mereka bercuti dan seumpamanya.


Pengacara dan pendakwah TV al Hijrah, Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Husna yang dinikahkan pada bulan Ogos 2012 yang lalu pastinya ramai peminat yang setia kepada penampilan dan juga rancangan Ustaz Don di kaca TV lebih-lebih lagi rancangan 30 Minit.








Cinta Selepas Kahwin Lebih Indah – Ally Iskandar

‘Bercinta Lepas Kahwin Lebih Indah’ – Ally Iskandar. Walaupun tidak menjalinkan hubungan cinta sebelum berkahwin, namun pasangan ini berjaya membuktikan pilihan keluarga mampu memberi kebahagiaan. Bagi pengacara terkenal, Ally Iskandar, tidak pernah mengungkap rasa cinta sebelum disatukan bukanlah halangan untuk membahagiakan isteri tercinta, Nurfarahin Romli, 22.

Membina bahtera rumah tangga bersama insan pilihan keluarga, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mirdza Mohd Radzi, 36, tidak pernah menduga mampu memiliki insan istimewa seperti Farah sebagai pendamping hidup.


Malah, bagi Ally, hubungan yang dibina tanpa berpandukan cinta sebelum kahwin ini mampu memberikan seribu satu nikmat buatnya.

"Alhamdulillah, saya menerima jodoh yang ditentukan keluarga dan terbukti mereka membuat perkara tepat dalam memilih Farah sebagai isteri. Walaupun sudah hampir setahun hubungan perkahwinan ini, namun ia masih 'baru' dan indah.

"Mengenali Farah membuatkan saya kenal diri sendiri. Segala kelemahan dan kekurangan sama-sama kami perbaiki dalam kehidupan. Kami sama-sama belajar memahami diri masing-masing dan cuma memberikan yang terbaik.

"Maklumlah, cinta kami disemai selepas kahwin, jadi di saat ini kami masih bercinta. Namun bagi saya, cinta selepas kahwin lebih indah berbanding cinta tanpa ikatan," katanya yang disatukan pada 20 Januari lalu di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.


Pegang prinsip, jaga batas

Mungkin ramai yang menggelengkan kepala apabila berbicara mengenai hubungan jarak jauh bagi pasangan suami isteri.

Namun, bagi Ally, tiada istilah jauh atau dekat sekiranya masing-masing utuh dengan prinsip dan sentiasa menjaga batas-batasnya.

"Kami saling mempercayai dan menganggap ia sebagai sebahagian daripada dugaan alam perkahwinan. Lagipun, dia perlu berada di Korea untuk menghabiskan pengajian yang masih berbaki sehingga hujung tahun ini.

"Rindu memang rindu, tetapi saya harus bersabar dan berkorban buat ketika kerana masing-masing mempunyai komitmen sendiri.

"Namun, kami sentiasa menyokong kerjaya masing-masing dan saling memberi sokongan moral. Walaupun saya bergelar selebriti, namun Farah memahami dunia kerjaya saya," katanya yang sesekali terbang ke Korea untuk melepaskan rindu.

Farah yang melanjutkan pelajaran di Universiti Inha, Incheon, Korea Selatan, bakal menamatkan pengajiannya pada bulan depan.

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya melahirkan rasa keterujaan untuk memiliki cahaya mata.

Bagi Ally, walaupun sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai bapa, namun dia harus memikirkan beberapa perkara termasuk situasi isterinya yang sedang belajar.

"Memang saya teringin nak anak, tapi saya harus fikirkan keadaan Farah pula. Ini bukanlah masa sesuai untuk berbicara mengenai cahaya mata kerana tidak mahu Farah terbeban.
"Biarlah dia habis belajar dulu, barulah kami akan fikirkan perkara ini. Insya-ALLAH, selepas Farah pulang, kami akan berbincang," katanya.


Tidak mengongkong

Sebagai selebriti, tidak pernah terlintas di fikiran Ally untuk 'menarik' Farah menceburi kerjaya seninya.

"Saya pernah membawa Farah dalam program, Singgah Sahur, untuk memperkenalkan dunia saya kepadanya. Namun, bukan untuk mengajarnya menceburi dunia seni.

"Dengan cara itu, dia akan lebih faham kerja saya dan kami saling memahami tugas masing-masing," katanya.

Namun, akui Ally, walaupun dunia mereka berbeza, namun jika diamati, ia lebih kurang sama kerana Farah juga mempunyai kelompok pengikut dalam dunia blognya.

"Saya tidak pernah menghalang minat Farah, jika dia selesa menulis, dia boleh teruskan aktiviti itu.

"Namun, saya tidak mahu tulisan itu lebih menjurus kepada kesempurnaan dan menggambar betapa baiknya kita kerana kami juga manusia biasa. Saya bimbang jika penyampaiannya mengundang rasa tidak puas hati pihak lain," kata Ally yang enggan dilabel sebagai otai dalam bidang pengacaraan.

Ceburi perniagaan online

Bijak mengatur langkah untuk mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan, kini Ally dan Farah memiliki perniagaan online sendiri, Farah Iskandar.

Mula beroperasi pada 10 November lalu menerusi tempahan online, perniagaan ini mendapat sambutan daripada golongan Muslimah.

Memetik kenyataan daripada laman Facebook milik Farah, sebagai permulaan, mereka memperkenalkan selendang bawal yang dijual menerusi online secara tempahan.

"Pertama kali membuka tempahan, masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam menguruskan koleksi.

"Jadi kami mengambil keputusan untuk tidak menerima terlalu banyak order, khuatir tidak terlayan dan berlaku kecuaian.

"Insya-ALLAH kami akan kembangkan perniagaan secara beransur-ansur. Maafkan kami jika gagal memuaskan semua pihak," kata Farah menerusi laman Faceboknya, Farah Iskandar.

USTAZ AZHAR IDRUS MASUK ASTRO OASIS

Alhamdulillah, penantian kemunculan Ustaz Azhar Idrus di kaca TV bakal berakhir tidak lama lagi apabila beliau telah dilamar oleh Astro Oasis untuk slot ‘Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus.”


Rancangan ini bakal disiarkan bermula pada 3 Julai 2012, setiap Selasa, Rabu dan Khamis, pada pukul 7.30 petang. Siaran ulangannya pula pada pukul 11 malam. Khabarnya, antara mereka yang terlibat mengaturkan program ini ialah Sham Kamikaze.

Jangan lupa untuk menonton Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus nanti. Tahniah Astro. 

KISAH 4 ARTIS INI MULA BERTUDUNG


1. Catriona Ross

~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.

Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.

"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?

"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie

~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia

Berdoa di Mekah

Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.

“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.

“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi

~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.

Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan

.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah
.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir

~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

8 SEBAB KENAPA BERTUDUNG LEBIH BAIK


1) Tuntutan agama
- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Info : facebook

"AKU DAN DIA DAH PUTUS..."


Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.

dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”

p/s :  Semoga bermanfaat :)

Manusia : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

81 RAHSIA TAHI LALAT

Rahsia Tahi Lalat

1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah


5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana

Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥