Penantian peminat untuk melihat klip video bagi lagu 'Terukir Di Bintang' nyanyian Yuna berakhir apabila penyanyi ini melancarkan klip video lagu tersebut, baru-baru ini.
Menggunakan konsep klasik, peminat Yuna pasti terhibur dengan paparan visual yang memukau hasil arahan Zul Luey dari Luey Motion Lab.
Populariti penyanyi warganegara Lebanon, Maher Zain di Malaysia memang tak perlu disangkal lagi apabila album debutnya berjudul ‘Thank You Allah” menerima jualan berjumlah 250 000 cetakan di seluruh negara.
Didokong oleh sokongan penuh daripada peminat setianya, Maher Zain mengorak langkah dengan melancarkan album keduanya berjudul ‘Forgive Me’ di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.
Album terbaru ini mengandungi 14 lagu kesemuanya. Lagu kedua berjudul ‘Number One For Me’, dijadikan hit single pertama yang akan menjadi siulan pendengar Muslim seluruh negara. Apa yang istimewa, album ini mengandungi 2 buah lagu Melayu berjudul ‘Ku Milik Mu’ dan ‘Tuntutan Kepada Mu’. Selain daripada lagu berbahasa Melayu dan Inggeris, Maher Zain turut memuatkan beberapa lagu Arab yang menjadi trademark kepada mana-mana album spiritual seumpamanya.
Album yang diterbitkan oleh Awakening Worldwide LTD dan diedarkan oleh InTeam Records Sdn Bhd dan Warner Music telah pun menjengah pasaran mulai 2 April 2012 yang lepas.
Tidak tahu dari mana datangnya gadis bernama Tasha Manshahar, tiba-tiba saja kecoh di laman sosial mengenai lagu yang berjudul “Be Mine” ini.
Menurut sumber yang dipercayai, Tasha kini sedang menjalani pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Video yang berdurasi sepanjang 2.12 minit menampilkan Tasha bersama 2 orang pemain gitar di Clora Studio.
Apa yang menarik ialah liriknya yang mempunyai maksud tersendiri dan juga mneggabungkan 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.
Lirik : Tasha Manshahar - Be Mine
Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu
You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh
Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja
c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you
Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever
Youtube | Lagu Putus Di Twitter Ending Lagu Cinta Muka Buku
Tajuk : Putus Di Twitter Artis : Encik Mimpi
Dulu kita berkenalan hanya dengan muka buku
Ku hantar pesan cinta tiap hari padamu
Ohh.. Indahnya saat itu
Tapi bila ku katakan nak follow twittermu
Kau cuba mengelak dengan alasan seribu
Ohh.. Curiga rasa hatiku
Bagaimana sakitnya rasa
Bila mendapat tahu kau ada twitta
Rupa-rupanya kau dan orang ketiga
Di belakangku sedang bermanja mesra
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Hati kata jangan otak pula kata ya
Resah kerna kau sedang main kayu tiga
Banyak soalan yang ku tujukan padamu
“Eh lelaki mana yang U selalu tweet itu?”
“Setiap yang berlaku ada ke patut tanya?”
Itu jawapan yang engkau beri padaku
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku tahu kau dah bersedia nak putuskan ku
ohh.. geramnya sungguh hatiku
Dan pabila kau katakan kau dah tak sukaku
Ku terdiam terkedu dan terus tumbuk mukamu
Lebam.. Baru kau tahu apa itu
Cinta di buku lima…
Kumpulan MBLAQ (Music Boys Live in Absolute Quality) yang diasaskan oleh Rain dibawah J.Tune Company, mereka sedang mencipta nama dan sedang mengejar populariti Super Junior yang popular dengan lagu “Sorry, Sorry”.
Baru-baru ini, kumpulan yang dianggotai oleh Seung Ho, G.O, Joon, Cheondoong/Thunder dan juga Mir ini telah menerima sambutan dan sokongan padu oleh peminat mereka di Brazil sempena “K-Pop Cover Dance Festival 2011″. Mereka yang sedang berada didalam bilik hotel di Sao Paulo telah dikejutkan dengan jeritan peminat yang berada di jalanraya berhadapan balkoni bilik hotel mereka.
Peminat-peminat mereka menjerit-jerit memanggil nama anggota kumpulan MBLAQ dan juga “We want MBLAQ”. Kebanyakan peminat mereka adalah wanita dan juga pada minit 0.55, kelihatan seorang wanita Brazil memakai spek berbaju ungu sedang menjerit-jerit sambil membuat isyarat “love”. Ouh, kami ketawa melihat gelagat wanita itu sebenarnya. Haha. Saksikan video amatur penuh ‘histeria’ peminat MBLAQ selepas ini!