Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Penjelasan Johan Luahan Cinta Untuk Nabila

Pelakon Johan As'ari menjelaskan luahan hati yang dibuat dalam Twitter miliknya pada 20 Julai lalu adalah sememangnya ditujukan kepada aktres Nabila Huda.


Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 26, berkata, luahan yang mempunyai unsur-unsur cinta dan sayang itu adalah menggambarkan hubungan akrabnya dengan wanita berkenaan buat masa ini.

"Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.

"Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih.

"Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, petang Selasa.


Tambah Johan, dia meletakkan ungkapan cinta itu sebagai satu perasaan yang besar untuk dilalui bagi sesebuah pasangan dan lebih suka sekiranya perasaan cinta antaranya dan Nabila mula terbit apabila kedua-dua mereka berkahwin.

"Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak.

"Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah.

"Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung," tuturnya yang meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 28 tahun.

Dalam pada itu, walaupun ramai yang mempersoalkan keberaniannya meletakkan entri tersebut, Johan tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu kerana ia adalah salah satu tanda penghargaan kepada Nabila yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.

Sementara itu, Johan akan muncul dengan drama Shahadah Cinta menerusi saluran TV Al-Hijrah dan Oh Haram Tu (TV3) pada September depan. -mStar Online





Zed Zaidi Kemalangan Hanya Lakonan Drama

Zed Zaidi Kemalangan? Gambar Kemalangan Zed Zaidi Hanya Sekadar Untuk Lakonan Drama.


Sekeping gambar eksiden yang melibatkan Zed Zaidi telah pun tersebar di Twitterjaya. Kalau di’lihatkan kepada sekeping gambar yang tersebar luas di Twitter ketika itu, memang keadaan Zed Zaidi sangat parah dan menimbulkan kerisauan di hati peminat.

Ini terbukti apabila hashtag #PrayForZedZaidi menjadi trending topic di Twitter dalam masa kurang sejam sebelum berita sebenar sampai ke pengetahuan umum.

Beberapa pihak yang rapat dengan Zed Zaidi mengesahkan kemalangan yang di’dakwa terjadi itu hanyalah sebahagian daripada babak lakonan untuk sebuah drama.


Jadi, tiada apa yang perlu di’risaukan buat masa ini kerana apa yang terjadi kepada Zed Zaidi awal pagi tadi merupakan satu salah faham.

Hina Agama Islam Dalam Facebook

Hina Islam dalam Facebook. Ketika umat Islam menyambut Ramadan dengan melakukan ibadah, seorang pesara tentera dikejutkan dengan kata-kata penghinaan terhadap Islam dalam Facebook, semalam.


Halil Rahman berkata, dia terkejut apabila terbaca kata-kata penghinaan terhadap ALLAH SWT, Rasul dan Nabi ketika melayari Facebook.

Menurutnya, kata-kata yang dilemparkan tidak dapat diterima kerana hinaan penulis itu boleh membawa ketegangan.

“Penulis tersebut sepatutnya diambil tindakan dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini,” katanya. – Sinar Harian Online

Nora Danish Tak Terburu-buru Kahwin Lagi

Pelakon berkulit putih, Nora Danish memberitahu dirinya tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.


Bagi Nora, dia beranggapan setiap wanita yang pernah menjalani kehidupan rumah tangga pastinya inginkan pernikahan sekali lagi setelah gagal dalam hubungan yang pertama.

Cuma, Nora tidak mempunyai kepentingan untuk memikirkan kembali berumah tangga kerana memikirkan dia perlu memberikan perhatian penuh kepada anak lelakinya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 3.

“Perempuan mana yang tak nak kahwin lagi. Cuma bagi saya sekarang ini, tak ada apa-apa yang hendak saya kejar. Contohnya, saya ada anak seorang dan ada keluarga,” kata Nora yang dipetik dari akhbar Pancaindera hari ini.

Apa-apa pun, Nora hanya berserah tentang soal jodoh kepada Allah S.W.T.

Bagaimanapun, dia sedar sebagai hambaNya, Nora juga berusaha mencari jodoh yang sesuai untuk dirinya.

Justeru itu, dia hanya berserah kepada masa untuk menentukan segala-galanya.

“Dalam soal jodoh, biarlah saya berserah pada Allah. Tapi sebenarnya kena berusaha juga.

“Apa pun, saya tak perlu terburu-buru sebab saya tak terdesak. Biarlah masa menentukan,” katanya.

-mynewshub

[Video] Lirik Lagu AdaMu - Najwa Latif

Najwa Latif - AdaMu | Official Music Video : Najwa Latif telah melancarkan single religi beliau yang berjudul “AdaMU” serentak dengan video muzik.


Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, Najwa Latif telah melancarkan single religi beliau yang berjudul “AdaMU” serentak dengan video muzik yang dilancarkan di saluran YouTube-nya.

Lagu “AdaMU’ dinukilkan pada Ramadan lepas manakala liriknya ditulis oleh kakaknya, Ika. Menurut Najwa, lagu ini hadiah khas buat peminat yang merindui kemunculannya di khalayak ramai kerana berehat daripada aktiviti seni serta sedang membuat persiapaan untuk peperiksaan SPM akan dihadapinya nanti.

Satu kelebihan single ini ialah mesej yang ingin di sampaikan dan di harap dapat memberi manafaat kepada pendengar.


AdaMU

Merenung ke luar jendela

Melihat kebesaranNya

Mensyukuri segala nikmat

Yang dikurniaNya di dunia


Kau berikan ku kekuatan

Untuk berpegang pada jalan

Walau penuh dengan cabaran

Ku tahu ku adaMu Tuhan


Kerna Kau yang satu

Yang setia bersamaku

Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu

Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu

Ku adaMu selalu


Lagu: Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)

Lirik: Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)

Rozita Che Wan Hiasi Majalah Nona Edisi Ogos

Nampaknya sempena Ramadhan dan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, hampir kesemua majalah-majalah tempatan menampilkan penghias muka depan yang memakai penutup kepala sebagai tanda menghormati bulan mulia ini. Terbaru, Majalah Nona menampilkan Rozita Che Wan sebagai cover majalah ini untuk edisi Ogos 2012.


Banyak info-info menarik seperti busana hari raya, resipi juadah berbuka dan macam-macam lagi. Jangan lupa mendapatkannya di kedai buku berhampiran anda sebelum kehabisan stok.

Gambar Diana Danielle Cuti Di Eropah

Diana Danielle Cuti-Cuti Ke Eropah. Gambar-gambar percutian Diana Danielle dan rakan-rakan ke Eropah baru-baru ini. Diana sempat menjelajah London, Barcelona dan Amsterdam. Nampak sangat meriah dan sangat seronok. Perkembangan terbaru Diana Danielle ialah dia akan muncul di dalam filem Hantu Gangster yang diarahkan oleh Namewee.









Irma Hasmie Ulas Isu Status Suami

Isu mengenai status suami kepada pelakon Irma Hasmie, Redza Syah bahawa dia kononnya adalah seorang duda telah menimbulkan kontroversi di kalangan peminat seni hiburan tanah air. Namun, ia sedikit pun tidak mengecewakan hati pasangan yang baru saja bernikah pada 29 Jun lalu ini.


Malah, Irma Hasmie yang kini telah kembali aktif berlakon semula selepas berbulan madu di Australia telah bersedia menjawab persoalan tersebut menerusi kiriman SMS yang dihantar kepada salah seorang krew murai.com.my.

"Baiklah, isu status suami saya tidak menjadi masalah apa-apa pada saya dan keluarga saya. Cuma kami tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang boleh membawa kepada keburukan.Biarlah kita mengajak orang untuk berbuat baik, Insya-Allah, kita akan mendapat pahala, begitu juga jika sebaliknya," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Irma Hasmie yang sedang menjalani penggambaran Destinasi Cinta bersama Air Asia di Semarang, Indonesia untuk Astro berpendapat bahawa berdiam diri adalah tindakan wajar yang perlu dilakukannya.

"Kalau kita buat perkara keburukan dan ramai orang terlibat nanti, takut kita kena tanggung dosa semua orang.Maka sebaiknya kita bersabar dan diam saja. Seperkara lagi, sebuah perkahwinan itu sendiri adalah sunnah besar Rasullullah SAW.

"Seeloknya marilah kita sama-sama berdoa untuk semua yang mendirikan rumah tangga, mudah-mudahan Allah akan memberkati dan menghimpunkan semuanya dalam kebaikan," ujarnya.

sumber: Portal Murai

Gambar Diana Danielle Bercuti Di Sabah

Gambar Diana Danielle Bercuti Di Sabah? Baru-baru ni pelakon manis, Diana Danielle bercuti di Semporna, Sabah.


Baru-baru ni pelakon manis, Diana Danielle ada pergi ke Semporna, Sabah ditemani rakan-rakan baiknya untuk bercuti di Semporna Sabah. Sememangnya Semporna memang terkenal dengan pusat peranginan yang paling indah iaitu Pulau Sipadan. Pulau ini juga merupakan pulau yang paling indah di Asia. Kehadiran Diana menjadi perhatian ramai di sebuah perkampungan atas laut yang sungguh mengasyikkan sekali.












kredit gambar kepada izyan.com

Gambar Baby Kedua Catriona Ross

Catriona Ross Lahirkan Anak Kedua: Catriona Ross Selamat Lahirkan anak kedua yang diberi nama Jammal Raess Ross-Iddin.


Setelah beberapa hari menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keduanya, akhirnya aktres jelita Catriona atau nama penuhnya Catriona Bahrin Ross telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang bernama Jammal Raess Ross-Iddin dengan berat 3.6 kilogram, tepat jam 6.16 petang di Naluri Medical Centre pada Isnin lalu (16 Julai 2012).

Catriona sendiri telah menghubungi pihak murai.com.my untuk berkongsi kegembiraannya terhadap kelahiran bayi tesebut demi peminat yang sering menyokong serta mengikuti perkembangannya itu.

"Saya berasa sangat gembira. Walaupun ini adalah kelahiran kedua bagi saya, tetapi setiap tempoh mengandung dan bersalin itu ada kelainannya dan saya juga dapat meraih pengalaman baru yang berbeza.

"Macam tak percaya saya sudah mempunyai dua cahaya mata. Jammal Raess sangat senyap dan diam. Sangat manja dan jarang menangis, memberikan saya lebih masa untuk berehat . Setiap kali selepas diberi susu, dia akan diam dan mahu saya ada di sampingnya.

"Dan yang paling unik pasal Jammal Raess ini, walaupun baru berusia tiga hari, dia sudah boleh berkomunikasi dengan saya menggunakan matanya,"ujar Catriona

Nazim Othman Dihentam Kata UKM Usang

Nazim Othman Kata UKM Usang? Pelakon Nazim Othman dihentam gara gara menulis di twitternya mengenai UKM di sifatkan usang.


Pelakon Dejavu di Kinabalu Nazim Othman dihentam gara gara menulis di twitternya mengenai UKM yang disifatkan sebagai usang dan macam rumah hantu.

Nazim Othman tiba di UKM pada awal pagi untuk membuat pengambaran di situ, jadi dia menulis mengenai suasana di situ ketika itu, tetapi ada pihak yang tidak senang dan salah faham dengan ayat Nazim dalam twitternya.

Nazim menjelaskan dia nampak bangunan usang semasa dia tiba di awal pagi dan susana amat lengang seperti tiada orang di situ persis rumah hantu.



Namun, Nazim Othman telah pun memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kata-katanya. Yang penting, Nazim Othman tidak berniat langsung untuk mencari publisiti murahan menerusi tweetnya itu.


Sah Abby Abadi Kini Sertai Pas

Akhirnya Sah Abby Sertai PAS: Setelah pelbagai kontroversi timbul, Abby Abadi akhirnya sah sertai PAS menjadi ahli seumur hidup PAS.


Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan mengisytihar masuk  PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.


Abby juga telah membuat pengesahan mengenai perkara itu melalui akaun Twitter miliknya.

“Penyertaan saya adalah kerana menghargai & menghormati TG Nik Aziz/TG Hj Abd Hadi Awang/semua jemaah yang berjuang untuk agama ALLAH,” katanya melalui akaun berkenaan.

Abby menyerahkan borang untuk menjadi ahli seumur hidup PAS.


Alyah Akui Berkawan Dengan Ramli MS

Alyah berkawan dengan Ramli MS? Alyah akui kini 'berkawan' dengan pemuzik tersohor tanah air, Datuk Ramli MS.


Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, penyanyi popular Alyah akhirnya mengakui kini 'berkawan' dengan pemuzik tersohor tanah air, Datuk Ramli MS.

"Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau(Ramli MS) dan kini masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan,"katanya ketika dihubungi Media Hiburan.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Kisah Hati' ini turut berharap agar hubungannya dapat berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

"Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat,"kata Alyah yang kini muncul dengan single terbarunya, 'Lena Sahara'.

Ning Baizura Nafi Dakwaan Sertai Pas

Ning Baizura sertai Pas? Ning Baizura nafi dakwaan bahawa beliau menyertai parti politik Pas melalui akaun Twitternya.


Penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura melalui akaun Twitternya mengecam tindakan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mendakwa beliau sudah pun menyertai parti politik itu.

Melalui status twitternya;

“PAS sebar fitnah katanya saya Ning Baizura sudah masuk parti pembangkang & sebarkan gambar saay bertudung untuk drama tahun lepas dari koleksi gambar!”

"Orang islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?"

Ning Baizura turut kongsikan keratan akhbar Sinar Harian yang menunjukkan kenyataan salah seorang pemimpin tertinggi PAS tentang dakwaan yang Ning Baizura bakal menyertai PAS tidak lama lagi.



Diana Amir Hiasi Majalah Lisa Julai 2012

Diana Amir hiasi muka depan Majalah Lisa, Diana Amir nampak cantik bertudung hiasi muka depan Majalah Lisa edisi Julai 2012.


Diana Amir ternyata semakin anggun dan menawan di apabila tampil menghiasi muka depan majalah Lisa edisi Julai 2012. Pasti ada cerita menarik yang telah Diana Amir kongsikan dengan pihak editor Lisa selepas penghijrahannya. Kalau nak tahu, dapatkanlah majalah Lisa ini di kedai buku berhampiran anda.

Gambar Terkini Anak Tomok Dan Ayu

Gambar Terkini Anak Tomok dan Ayu, Arrian: Arrian Shah Akid adalah anak sulung bagi pasangan Tomok dan Ayu. Gambar Arian sangat comel.


Pada tanggal 29 Mei lalu, lahirlah putera sulung bagi pasangan Tomok dan Ayu yang diberi nama Arrian Shah Akid. Semasa awal kelahiran Arrian,  bayi lelaki ini kelihatan sangat comel  dan kini setelah berusia sebulan setengah, kecomelan Arrian kian terselah. Terima kasih buat Tomok kerana sudi berkongsi gambar terbaru anaknya kepada peminat.


kredit kepada Blog Wassupz!

Gambar Kilafairy Bercuti Di Melbourne

Berikut gambar Kilafairy bercuti di Melbourne, Australia: gambar Kilafairy bercuti di Australia dikongsikan oleh Kilafairy untuk peminatnya.


Kilafairy kini berada di Melbourne, Australia untuk bercuti disana selama sebulan sebelum pulang ke Malaysia pada Ogos nanti kerana mahu menghantar kakaknya yang melanjutkan pelajaran sambil mengambil kesempatan bercuti di negara itu.

"Sambil bercuti boleh juga mengintai peluang atau mencari idea bagi mempelbagaikan produk Rack," ujarnya.