Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Juara Masterchef Selebriti Malaysia

Angah atau Dato' Fazley? Siapakah pilihan anda? Siapakah Juara anda? Jangan lupa saksikan MasterChef Selebriti Malaysia, Sentuhan Bintang, 9 malam ini di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134)


Kedua-dua mereka ini mempunyai kehebatan memasak masing-masing. Dato Fazley terkenal dengan masakan dari Barat mempunyai pelbagai idea yang unik akan berentap dengan Angah yang terkenal dengan kehebatan memasak masakan melayu citarasa Asia.

Siapa Pilihan Anda?


Keputusan:  JUARA MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama ialah DATO' FAZLEY! Dato' Fazley menerima piala MasterChef Selebriti Malaysia secara rasmi malam ini di Malam Penghargaan MasterChef Selebriti Malaysia

Mesej Romantik Lisa Surihani Dan Yusry

So sweet apabila pasangan suami isteri, Yusry & Lisa Surihani bermesej. Setelah lama berkahwin, nampaknya kebahagian masih lagi terpancar melalui gaya sistem pesanan ringkas antara Lisa Dan Yusry. Jom baca mesej mereka dan nampak sangat sweet.



sumber: Media Malaya

Rumah Sharifah Shahira Di Samun

Rumah Sharifah Shahira di samun dan dipecah masuk oleh penjenayah yang melarikan sejumlah mata wang asing dan barang kemas.


Penjenayah yang terdesak tidak kira rumah siapa yang hendak dipecah masuk dan terbaharu, rumah artis popular, Sharifah Shahira atau Shira di Taman Melawati di sini menjadi mangsa perompak yang melarikan sejumlah mata wang asing dan barang kemas bernilai RM1,500 semalam.


Kejadian tersebut disedari Shira ketika dia bersama suaminya, Ijoy Azhari pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi selepas menjalani sesi penggambaran di Miri, Sarawak.

Ketika kejadian, tiga anaknya berusia antara tiga hingga lapan tahun berada di tingkat bawah kediaman berkenaan bersama pembantu rumah.

Shira berkata, dia yang keluar rumah pada pukul 7.30 pagi kelmarin terkejut apabila mendapati pintu balkoni di bilik tidur utamanya di tingkat atas telah diumpil.

Katanya, pemeriksaan mendapati sejumlah mata wang asing dan barang kemas miliknya telah dilarikan.

"Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan tidak disedari pembantu rumah yang ketika itu berada di tingkat bawah bersama tiga anak saya.

"Suspek dipercayai memecah masuk rumah saya dengan memanjat balkoni tingkat atas rumah sebelah," katanya ketika dihubungi semalam.

Malaysia Book Of Records Senarai Mia Sara

Mia Sara Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records. Tahniah diucapkan kepada pelakon cilik negara kita, Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan, 7, di atas kejayaannya yang dianugerahkan sebagai pelakon termuda dalam Festival Filem Malaysia (FFM) yang juga disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records.


Kejayaannya itu banyak dikongsi bersama peminat-peminat di laman sosial Twitternya sendiri.

“Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan ;),” tulis Mia dalam Twitternya semalam.

Beberapa keping gambarnya juga dimuat naik untuk berkongsi kegembiraannya bersama para peminat yang sentiasa mendoakan kejayaannya.


Setakat ini, Mia sudah pun dianugerahkan dengan tiga anugerah iaitu; Pelakon kanak-kanak terbaik dalam Festival Filem Malaysia 24; Best Kid Actress oleh TV# Kids Awards; dan Youngest Actress Winning Festival Film Malaysia oleh Malaysian Book of Records.

Mia juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011.

Arina Gadis Dipeluk Justin Bieber

Arina Gadis Bertuah Dipeluk Justin Bieber. Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend.


Ditemani pemain gitar, Justin Bieber mula membuat persembahan secara akustik dan dimulakan dengan lagu terbarunya Die In Your Arms sebelum meneruskan mini showcase tersebut dengan lagu One Less Lonely Girl.

Dewan diselang seli dengan jeritan para peminatnya apa bila dia menyanyikan lagu yang membawanya terkenal di mata dunia iaitu Baby. Kemudian dia meneruskan persembahan dengan lagu berjudul Fall yang menurutnya merupakan pertama kali dia membawakanya secara live.

Sebuah lagi lagu daripada album terbaru iaitu Be Alright didendangkan oleh Justin sebelum memperdengarkan single terbarunya iaitu As Long As Love Me.

Usai menyanyikan tujuh buah lagu daripada album terdahulu dan Believe, majlis diteruskan dengan sesi temuramah dimana Justin Bieber membuka peluang kepada peminat untuk bertanyakan soalan kepadanya.

Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang akhbar mengatakan bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi apabila dipilih untuk naik kepentas dan mendapat pelukan daripada idola ternama dunia tersebut.

sumber: Portal Murai

Gambar Honeymoon Irma Hasmie dan Redza

Gambar Irma Hasmie Dan Syah Redza Berbulan Madu di Gold Coast Australia. Selepas berakhirnya majlis persandingan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer di Kelab Darul Ehsan pada 7 Julai 2012 lalu, pasangan ini telah pergi berbulan madu di Australia.


Untuk pengetahuan semua pasangan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer telah selamat sampai ke tanah air semalam. D'Haja jenama tudung terkenal dan Myzarra Travel telah menaja pakej bulan madu Irma dan Reza.





Gambar Kereta Audi Tasha Shila?

Ini adalah dakwaan melalui Gosip Cari yang terserempak dengan kereta kononya milik Tasha. Kereta AUDI yang dimaksudkan itu adalah ni bermodelkan Audi a5 cabriolet s line dengan nombor plat pendaftaran TASH4 yang diamik photonya oleh seseorang yang lalu dihadapan sebuah kedai.


Kalau betul ini kereta Tasha, baguslah, kami pon tumpang gembira kalau lalu berdekatan kereta ni, orang cantik dengan kereta bergaya ni, pasti lebih cocok. Kalau tak silap admin, harga sebuah kereta Audi A5 Cabriolet mencecah RM300, 000. Bukan calang-calang orang yang mampu pakai kereta mahal camni.


Elly Mazlein Cantik Bertudung

Terkini, Elly Mazlein yang telah menjadi tunangan orang pada 29 Mei 2012 yang lalu tampil bertudung. Walaubagaimanapun, Elly Mazlein tampil bertudung bukanlah atas dasar prinsip mahu bertudung sepenuhnya tetapi untuk lakonan dalam drama Bazar Al-Mubarak untuk bulan puasa nanti.


Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang?

Ketika ini saya sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran drama dan telefilem. Yang terbaharu, saya kini menjalani penggambaran drama sitkom berjudul Bazar Al-Mubarak yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

Asyik sibuk dengan dunia lakonan, bagaimana pula dengan karier sebagai penyanyi?

Karier nyanyian saya masih lagi diteruskan dan banyak terlibat dengan beberapa projek seperti merakamkan lagu runut filem iaitu Awan Dania The Movie dan Aku, Kau Dan Dia.

Pada bulan puasa ini saya akan berehat sebentar daripada dunia lakonan kerana akan masuk studio untuk menghasilkan single terbaharu. Cuma, saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenainya, tetapi lagu sudah ada dan kini tinggal masa untuk merakamkannya sahaja.

Anda dilihat bertudung. Adakah ini penampilan terkini anda?

Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan penampilan saya sekarang ini kerana menjalani penggambaran drama yang sedang saya lakonkan sekarang. Dalam drama ini saya membawakan watak sebagai Milah, seorang janda yang berniaga kuih-muih di bazar semasa bulan Ramadan.

Sama-sama kita doakan moga Elly Mazlein akan terbuka hati untuk bertudung kelak

Justin Bieber Dan Selena Gomez Di Wangsa Walk

Awal tengah hari ini, heboh peminat di Twitter tentang sekeping gambar yang menunjukkan Justin Bieber bersama kekasih Selena Gomez berada di sebuah kompleks membeli belah.


Pasangan ini di’lihat berjalan berpimpinan tangan di Wangsa Walk dan kehadiran Justin Bieber ini pasti’nya satu kejutan buat pengunjung pusat membeli belah itu.

Kami tidak pasti pemilik asal gambar yang sedang bertebaran ini tetapi kami akan cuba dapatkan lebih gambar lagi akan kelibat Justin Bieber di Malaysia.



Lisa Surihani Kena Penyakit Mata

Pelakon Lisa Surihani terpaksa bercuti daripada berlakon selama dua minggu gara-gara mengalami viral conjunctivitis iaitu sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh virus.


Lisa berkata, masalah itu berpunca daripada suaminya, Yusry Abdul Halim yang dijangkiti penyakit berkenaan pada hujung Jun lalu sehingga mengambil masa selama tiga minggu untuk pulih.

“Lisa menghidap penyakit itu berpunca daripada Yusry. Disebabkan dia alah kepada ubat, dia hanya pulih selepas tiga minggu. Selepas itu, penyakit tersebut merebak pula kepada Lisa.

“Ia bermula dengan mata sebelah kiri. Kemudian merebak kepada mata kanan. Kedua-dua mata Lisa merah dan pedih. Nak buka pun sakit,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas pelancaran portal perniagaan dalam talian iaitu 701pages.com di Hotel Westin di sini, Khamis.

Lisa memberitahu penyakit yang dialaminya itu amat berbahaya dan pihak doktor memberikannya cuti sakit selama dua minggu sehingga menyebabkan dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama bersiri Mana Hilangnya Juita.

sumber: mStar

Irma Hasmie Dan Redza Mahu Anak Kembar

Muka depan majalah Media Hiburan di mana Irma dan Redza rupa-rupanya mahukan anak kembar. Pasti comel macam mak dan ayahkan? Semoga impian serta harapan Irma dan Redza untuk mendapat anak kembar akan tercapai. Kami doakan agar rumah tangga mereka akan cepat-cepat diserikan dengan kehadiran cahaya mata. 


GAMBAR NASHA AZIZ YANG TETAP CUN

Meskipun sudah melewati usia 40-an, model juga pelakon popular Nasha Aziz berkata hidupnya yang sentiasa dikelilingi dengan cinta, berfikiran positif, ceria serta menjalani gaya hidup sihat menjadikan beliau sehingga kini kekal cantik dan masih mempunyai bentuk badannya, macam anak dara sunti.


Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Nasha Aziz mengakui yang diri beliau kini masih solo dan sebenarnya tidak terlalu memikirkan soal jodoh buat masa ini.

“Saya masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya”

“Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,” ujar Nasha Aziz yang di’temui pihak media di satu pelancaran produk kesihatan.

Dan, pastinya ramai ingin tahu rahsia Nasha Aziz yang mampu kekal cantik sehingga ke hari ini. Model dna juga pelakon ini mendedahkan yang perasaan cinta adalah rahsia beliau.

“Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta,” tambah Nasha Aziz lagi.





kredit kepada Malaysian Digest

AC MIZAL AJAK ABBY ABADI BERDEBAT

Dato' AC Mizal Ajak Abby Berdebat. Ekoran kelantangan aktres yang kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik, Abby Abadi di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas', Dato' AC Mizal mengajak Abby Abadi berdebat berhubung isu terbabit.


Kenyataan itu dikeluarkan oleh AC  menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi;


Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.

Antara kata-kata yang dilaungkan Abby seperti yang terkandung di dalam rakaman video (http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=LX5Hw7LZrYg) ketika perhimpunan tersebut adalah;

"Memang diorang ( pegawai2 warden yang bertugas ) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu .... dikira bershubahat.

"Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo .. Saya tak pernah tahu pun ..

"Bayangkanlah diri masing2, yang berada didalam tu .... kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni ... maksudnya mendera tu ...semua MENTERI YANG SURUH ! Mungkinlah suruh ... tapi dia lebihkan lagi."


sumber: Media Hiburan

SUPER SPONTAN VS HARIMAU MALAYA

Super Spontan VS Harimau Malaya Ditunda September Ini - Berakhirnya program Super Spontan (SS) pada awal Jun lalu bukan saja telah mengumumkan Zizan Razak sebagai juara pertamanya, tetapi pihak SS turut memaklumkan wujudnya perlawanan bola sepak antara peserta SS dengan pasukan Harimau Malaya.


Pun begitu, sehingga setakat ini, masih belum nampak bayang pengesahan perlawanan ini walaupun pada awalnya pertempuran berkenaan dijadualkan bermula pada 15 Julai ini.

Menjelaskan mengenai hal ini, Penerbit Eksekutif SS, Adi Sulaiman memberitahu perlawanan bola sepak ini terpaksa ditunda pada September depan.

"Memandangkan jadual pemain bola sepak kebangsaan kita sangat ketat, kami terpaksa menangguhkan perancangan ini pada September depan. Bagaimanapun, kami masih belum mempunyai tarikh yang sah untuk mengumumkannya.

"Sebenarnya, perlawanan ini bukanlah perlawanan di antara SS dengan Harimau Malaya. Sebaliknya ia adalah perlawanan yang menemukan pasukan artis SS dengan pasukan Safee Sali bersama rakan-rakannya.

"Insya-Allah, program ini bukan saja ada perlawanan bola tetapi turut mewujudkan karnival yang sememangnya mampu menarik perhatian peminat SS dan Harimau Malaya," katanya.

Apa yang pasti, program ini bakal menyaksikan perlawanan bola sepak yang dijalankan mengikut konsep SS yang kelakar dan menghiburkan.

Mungkin jua, pada perlawanan itu nanti, anda dapat melihat pengacara SS iaitu Adibah Noor bertindak sebagai penjaga gol manakala pengulas SS, Amir diamanahkan sebagai gadis sorak.

FOTO SITI NURHALIZA DI FESYEN 5TARS

Siti Nurhaliza Di Pertunjukan Fesyen 5tars - Siti Nurhaliza merupakan tetamu khas untuk pertunjukan fesyen 5Stars yang telah berlangsung di Muzium Tekstil Negara. Pertunjukan busana hari raya hanya bermula apabila Siti Nurhaliza mengambil tempatnya di runaway. Seperti biasa, Datuk Siti sentiasa gorgeous apabila menghadiri event-event sebegini. Cantik sangat-sangat!!!







Kredit foto kepada Ryaniez Moments Photography

AIZAT BERSEDIA TUNAI HAJI TAHUN INI

Aizat Sedia Tunaikan Haji Tahun Ini - Penyanyi Aizat Amdan merancang ingin menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas berasa diri sudah bersedia untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima itu.


Aizat, 23, berkata, hatinya mula terbuka selepas dia menunaikan umrah bersama-sama dengan Noh (Hujan) dan Altimet bagi menjayakan program TV9, Umrah Kita pada Mac lalu dan menganggap usia bukanlah satu penghalang untuk dirinya beribadah.

"Pada pendapat saya, jika ada simpanan kewangan yang lebih serta keizinan kesihatan yang baik, adalah lebih baik untuk kita menunaikan haji semasa umur masih muda.

"Tidak perlu menunggu pada hari tua. Ketika muda inilah, dengan tubuh badan yang sihat dan masih kuat, ibadah kita menjadi lebih mudah.

"InsyaAllah, saya juga berhasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini jika tiada aral melintang," katanya yang akan menemui penonton menerusi Umrah Kita yang disiarkan pada bulan Ramadan ini setiap Isnin pukul 11 malam.

Tambah Aizat, dia juga ingin menyarankan kepada golongan muda untuk tidak melengahkan masa melaksanakan tanggungjawab tersebut sebagai umat Islam.

"Ada setengah orang, faktor umur dijadikan ukuran utama dalam ibadah haji kerana ketika badan masih sihat, kuat dan bertenaga inilah antara perjuangan jihad kita dapat dilakukan dengan cukup sempurna.

"Bagaimanapun, lakukanlah ibadat umrah dahulu sebagai permulaan. Memang seronok apabila berada di sana, rasa tenang," ujarnya.

Sementara itu, Aizat berkata, dia juga sedang membuat persiapan untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang muzik di Garnish School Of Sound, United Kingdom, pada Ogos depan.

"Selepas menangguh keinginan untuk mengikuti kursus muzik di UK, akhirnya tercapai juga hasrat itu.

"Rasa tidak sabar pula ke sana. Saya akan mengambil kursus itu untuk jangka masa enam bulan," katanya.

Dalam kesibukan mengikuti kursus muzik tersebut, Aizat turut mempersiapkan pembikinan album terbarunya yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

FOTO NAZIM OTHMAN TUNAIKAN UMRAH

Nazim Othman Mengerjakan Umrah - Sebelum ini kami ada berkongsi gambar Neelofa yang mengambil peluang untuk mengerjakan umrah semasa penggambaran drama terbarunya "Kau Yang Terindah" arahan pengarah berbakat Erma Fatima. Kini giliran Nazim Othman pula yang turut mengambil peluang ini mengejarkan umrah disamping pelakon lain iaitu Aqasha dan Johan Asari.





Kredit gambar kepada : Blog Wassupz!

RAMBUT HANGIT FARA FAUZANA

Rambut Hangit Fara Fauzana - Semalam, kami telah melaporkan bahawa Fara Fauzana telah menukar penampilannya kepada berambut pendek, tetapi itu semua adalah gimik daripada Fara Fauzana sahaja.


Menerusi status laman sosial facebook Hot Fm semalam :


Rupa-rupanya gaya rambut yang Fara tampilkan semalam adalah sekadar lawak dan gimik dari Fara Fauzana buat peminat-peminatnya sahaja.

ANITA SARAWAK SUDAH BERTUDUNG?

Anita Sarawak Hilang, Ditemui Sudah Bertudung? Menjelang Ramadan, genap dua tahun penghibur sensasi, Anita Sarawak, 60, meninggalkan tanah air tanpa diketahui di mana dia berada atau punca penyanyi Seksis itu menghilangkan diri.

gambar hiasan

Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegs itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah. 

Namun, ketika itu, Anita yang mesra dipanggil Kak Nita dilihat berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah,

Salah seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, mereka melaungkan nama Kak Nita dua kali dan penyanyi itu sempat menoleh sekali sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.

sumber: BHarian

FOTO RAMBUT TERKINI FARA FAUZANA

Foto penampilan terbaru Fara  Fauzana yang kini telah menggayakan potongan rambut pendek. Gambar ini telah dikongsikan menerusi akaun facebooknya di Realfafau. Apa pandangan anda?