Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Eja Kini Bertudung Selepas Pulang Dari Umrah (10 Gambar)

Eja Kini Bertudung Selepas Pulang Dari Umrah. Pelakon popular Eja kini telah mengambil keputusan untuk berhijab penuh sekembalinya dari umrah sejak lima hari yang lalu. Kini pelakon berusia 41 tahun ini kelihatan semakin anggun dengan imej barunya itu.


"Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya. Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi. 

"Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi. Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan dan menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini," kata Eja.











(8 Gambar) Rosyam Nor Terima Menantu

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon serba boleh Rosyam Nor yang namanya tidak asing lagi di dalam industry hiburan tanahair kerana telah pun selamat menerima menantu sulung hujung minggu lalu. Anak perempuannya Arniesha Azureen telah dinikahkannya sendiri dengan seorang jejaka pilihan hati di Felda Villa, Kuala Lumpur. Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan beberapa teman artis.


Ryaniez Moments Photography telah dipilih meraka sebagai jurufoto rasmi untuk majlis bersejarah itu.









Hetty Sarlene Kini Sudah Bertudung? (3 Gambar)

Gambar Hetty Sarlene Bertudung


Hetty Serlene difahamkan kini sedang perlahan-lahan dalam memakai tudung pada dirinya, beberapa gambar yang dia memakai tudung sudah dimuat naik dalam laman instagram miliknya. Dan kecantikan jelas ternampak apabila dia memakai untuk bertudung sebelum mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya itu.




p/s: Bertudung ok. Cuma...pegang-pegang bahu lelaki yg bukan muhrim tu elakkan la yek... :)

Gambar Pra-Perkahwinan Beego, Linda Hashim

Beego dan Linda Hashim kongsi gambar pra perkahwinan. Hanya tinggal sebulan lagi, pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim, akan melangkah ke gerbang perkahwinan. Ternyata keduanya teruja dengan perkara itu dan bersedia untuk berkongsi berita gembira bersama peminat mereka melalui beberapa keping gambar pra perkahwinan.


Menerusi portal online, Beego meluahkan perasaannya dan kini bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua.

"Saya berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.“Sebagai lelaki saya mahu menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga keharmonian rumah tangga,” ujar Beego.

Pasangan itu bakal bernikah pada 6 Jun ini dan majlis resepsi perkahwinan mereka akan berlangsung dua hari kemudian di ibu kota.










Majlis Kesyukuran Kelahiran Anak Irma Hasmie (14 Gambar)

Majlis Kesyukuran Redza Syah Irfhan, Anak Sulung Irma Hasmie. Tersenyum kami melihat gambar keluarga bahagia Irma Hasmie ini. Memang sejuk mata memandang. Rasa terharu pun ada jugak melihatnya. Semoga kebahagiaan mereka berkekalan sehingga ke syurga. Pasti kehadiran Redza Syah Irfhan menambahkan lagi seri di dalam kehidupan Irma dan suaminya. 


Sekali pandang, Irfhan memang menyerupai wajah Irma. Yang penting, memang comel sangat-sangat. Lagi gambar keping gambar sekitar majlis kesyukuran Redza Syah Irfhan yang telah berlangsung Sabtu lepas dengan membaca entri ini sepenuhnya.















Kredit gambar HarianIslam.

(Gambar) Adira AF Kini Sudah Bertudung?

Adira dikatakan tampil dengan imej bertudung dalam satu program di Wangsa Melawati di sini baru-baru ini menimbulkan tanda tanya sama ada itu adalah penampilan terbaharunya atau sekadar sementara.


Bagaimana pun Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata, penampilan bertudung itu sebenarnya ketika dia menghadiri kelas agama di bawah program Usrah Fitrah. Katanya, dia mengikut kelas agama itu selepas dicadangkan oleh rakan artis, Heliza Helmi.


“Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini.

“Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu bersama Hafiz itu berkata, walaupun dia bertudung ketika menghadiri kelas agama, itu tidak bermakna dia akan terus bertudung. Jelas Adira, untuk tempoh ini dia lebih senang tampil dengan imej sedia ada dan apabila tiba masanya, dia juga akan mengenakan tudung seperti yang dituntut oleh agama Islam.


"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa.

"Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," katanya yang kini aktif berlakon.