Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Blog. Show all posts

SEGMEN TUKAR LINK BULAN PURNAMA

BP nak satu bloglist untuk para blogger sekalian. Tujuaan BP buat segmen ini adalah untuk sama-sama kita menukar link blog masing-masing di dalam bloglist. Melalui cara ini, kita akan mudah mengetahui post-post terbaru daripada anda semua dan saling melawat ke blog rakan-rakan semua.

Selain itu juga, bagi sesiapa yang menyertai segmen ini, BP akan buat satu review khas blog masing-masing di setiap minggu. Sedikit sebanyak dapat memperkenalkan blog anda kepada pengunjung yang datang ke blog BP ini. :)

Okey, sape yang nak join ikut step di bawah ini:

1) Buat satu entry mengenai Segmen ini dan letakkan tajuk "Segmen Tukar Link Bulan Purnama". Letakkan gambar diatas (klik gambar dan save)

2) Cerita sedikit mengenai blog anda. Cerita je .. blog laki atau perempuan .. blog personal ke, blog doodle ke ataupun ape-ape je lah .. hehe

3) Masukkan link blog BP ke dalam bloglist korang. Lepas tu BP pulak masukkan blog korang di bloglist BP. :)

4) Tinggalkan link entry korang di bawah komen ini. Kalau nak tag kawan-kawan pon boleh je..

5) Siap! :)

Okey, tu je.. semoga kita saling kenal-mengenali blog masing-masing. Kalau sudi LIKE la Facebook BP nie.. :P

Tarikh tutup : bila-bila di rasakan perlu .. hehe 

p/s: Ade orang nak join ke? Cube dulu .. :)



Cara Pakai Selendang / Shawl Seperti Hana Tajima

Siapakah Hana Tajima nie? Adakah beliau adik beradik dengan Yuna? Hehe . . Kalau nak tahu pasal biodata Hana Tajima ni, boleh klik kt Abg Naz kita ni >> SINI

Sekarang nie dah jadi trend atau ikutan remaja perempuan memakai shawl ala-ala Hana Tajima nie. Cantek je dia pakai shawl, sangat bergaya. Walaubagaimanapun, kepada remaja-remaja perempuan di sana, jangan lah memakai shawl untuk bergaya sahaja, tetapi dengan niat kerana mengikut suruhan Allah dengan menutup aurat. Okey? :)

Sape yang tak kenal Hana Tajima tu, ha .. ni la dia

Cara Pakai Shawl Seperti Hana Tajima
Hana Tajima Style
selendangOkey, BP nak share video tutorial cara pakai shawl seperti hana tajima :)



(kredit : youtube dan uploader stylecovered)



(kredit: youtube dan uploader HijabDiaries)



(kredit : youtube dan uploader stylecovered)

BLOGGER: Jom Join Bloglist Blog Bulan Purnama

Assalamualaikum kepada pembaca blog BP. Harap-harap semua sihat la ye.. InsyaAllah, esok umat Islam akan menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Ha, BP ada satu perkara yang nak dikhabarkan. BP akan membuka segmen "Jom Join Bloglist Bulan Purnama" kepada semua blogger-blogger .. tak kira la .. baru atau pun lama. BP tidak paksa ya.. BP ingin menukar link-link blog anda dengan blog BP secara suka sama suka. Sape berminat baca di bawah ni ye .. :)

1. Klik gambar di atas dan masukkan dalam post. Buat satu post di blog dengan tajuk "Jom Join Bloglist Bulan Purnama". Anda boleh menulis apa sahaja di dalam entry tersebut. Mudah je .. tak payah panjang lebar.

2. Masukkan link blog BP di dalam entry tersebut.

3. LIKE fanpage Blog Bulan Purnama dan selepas like.. tinggalkan link entry anda di Fanpage Blog Bulan Purnama .. Bukan di sini ye.

4. Masukkan Blog BP di dalam bloglist anda.

Ha, mudah je kan? Jika semua syarat-syarat tersebut lengkap, BP akan masukkan di dalam Bloglist Blog BP okey... :). Selamat berblogging.



p/s: segmen ini akan tutup bila-bila masa saja.

Nuffnang: Info Buffered Earning dan Metered Earning

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sedang sudi membaca blog BP. Kali ini BP ingin berkongsi info Nuffnang mengenai Buffered Earning iaitu BE dan Metered Earning iaitu ME. Di harap dengan info ini, kita semua dapat memahami serba sedikit mengenai kempen-kempen yang ada pada iklan Nuffnang ini.

Apa itu Buffered Earning?

Buffered Earning (BE) ni adalah suatu campaign Nuffnang yang akan terdapat satu column lagi pada bahagian atas yang di namakan BE. BE ni merupakan campaign yang berbeza sama sekali dengan campaign iklan biasa. Sekiranya dapat BE ini duit masuk lebih banyak berbanding dengan campaign iklan biasa. Tidak hairanlah blogger akan post entri mengenai BE yang mereka dapat, kerana Earning nya sememangnya berbeza sama sekali dengan campaign iklan biasa.

Anda akan mendapat BE sekiranya ada pihak pengiklanan yang berminat untuk sewa blog bagi meletakkan iklan mereka dalam tempoh yg tertentu. Contohnya, anda dapat BE Digi Super Reload Youth LR. Iklan ni akan selalu keluar dalam blog anda dan incomenya memang terbaik sekiranya blog anda mempunyai traffic yang terbaik. Apabila sampai suatu tempoh BE ni akan stop dan bertukar menjadi Metered Earning (ME).

Apa itu Metered Earning?
Metered Earning (ME) menandakan campaign dah berakhir dan di saat inilah pendapatan terkumpul anda akan di masukkan ke dalam account Nuffnang. Seterusnya boleh cashout sekiranya Total Earning melebihi RM 50.00 . Sebaiknya jika anda nak cashout, masa yang paling sesuai adalah pada hujung bulan. Bila dah cashout RM 1.00 akan di cas dan anda perlu bersabar kerana ia mengambil 30 hari masa bekerja untuk cek dari Nuffnang sampai.

Diharap, anda semua dapat memahami apakah itu BE dan apa itu ME. Sebelum ini BP ada menulis mengenai "Terjah : Sebab Utama Blog Tidak Dapat Buffered Earning!! ?". Sekiranya anda belum membacanya, bolehlah klik link tersebut. Selamat berblogging!


rujukan: ceriterahmad


Suke entri ini? Klik +1 dibawah

Kenyataan Nuffnang setelah laman web di godam

Semalam BP ada menulis mengenai "Kesan Laman Web Nuffnang di godam oleh GaySec" yang mana tujuan mereka menggodam laman sesawang Nuffnang adalah untuk memberitahu bahawa laman-laman sesawang di Malaysia ini masih mempunyai security yang rendah dan berharap berlaku penambahbaikan disamping menguatkan lagi sistem security.

Oleh itu, pihak Nuffnang telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu godam ini di laman web Nuffnang untuk menjawab segala kebimbangan yang berlaku.. So, kepada Nuffnangers .. Jangan risau la kerana pihak Nuffnang telah mengambil beberapa langkah yang efisyen untuk mengelak daripada perkara ini berulang lagi.


Dear Nuffnangers,

Petang semalam pada hari Jumaat (22 Julai), kami mendapati pencerobohan haram dan tidak sah ke dalam rangkaian kami, yang terbaru dalam siri kejadian hacking oleh individu-individu yang juga mendakwa telah disasarkan Streamyx, CIMB, TV3 dan beberapa laman web tempatan yang lain sebelum ini . Dalam kes kami, para hacker untuk mengambil bahagian maklumat akaun blogger kami dan mengeluarkan e-mel beberapa akaun Nuffnang.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda ketahui:
1. Kata laluan anda adalah selamat.
Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang sedia ada, semua kata laluan pengguna dalam pangkalan data kami sentiasa dilindungi dengan enkripsi satu hala. Namun begitu, kita masih menggalakkan anda untuk menukar kata laluan anda (terutamanya jika anda menggunakan kata laluan yang sama untuk laman-laman lain) sebagai langkah berjaga-jaga dalam hal penggodam mampu untuk mendapatkan yang lalu penyulitan.

2. Pendapatan blog dan rekod pembayaran tidak terjejas.
Pendapatan semasa dan sejarah pembayaran untuk semua pengguna adalah selamat dan tidak terjejas dalam apa-apa cara.

3. Loading daripada blog yang memaparkan Nuffnang iklan tidak terjejas.
Pada 1:00 malam tadi, pasukan Tech kami mengambil laman web untuk penyelenggaraan dan untuk beberapa jam, iklan tidak berfungsi. Pagi ini walaupun, semuanya berjalan dengan lancar dan lagi dan kembali normal. Semua blog yang menggunakan iklan Nuffnang yang dimuatkan seperti biasa dan tidak terjejas oleh pelanggaran ini.



Nota BP:Haa .. Dah baca kan? So, jangan risau lagi dan selamat berblogging ya!!

Kesan Lawan web Nuffnang digodam semalam oleh GaySec

Selamat petang kepada pembaca blog BP. Petang ni BP nak kongsi sedikit artikel mengenai Laman web Nuffnang yang tiba-tiba tidak boleh diakses dan apabila di buka .. maka, akan keluar seperti imej di atas. Pagi tadi bila BP buka, dah boleh diakses semula. Siapakah yang melakukan semua ini? Adakah geng Anynomuos? Haha.. Bukan .. Sebenarnya, ia telah digodam oleh GaySec. Yang bagusnya, kumpulan yang menggelarkan GaySec ini bukan menggodam untuk merosakkan laman web Nuffnang, tetapi untuk mereka mahukan laman-laman sesawang di Malaysia meningkatkan tahap security agar menjadi lebih kebal supaya tidak lagi digodam oleh golongan-golongan tertentu.

Menurut info yang BP baca dari aliffcullen, sistem keselamatan laman web Nuffnang masih berada di tahap yang rendah dan seperti yang kita tahu, pengguna Nuffnang telah mencecah ratusan ribu pengguna. Jom baca petikan GaySec mengenai masalah yang terjadi pada laman Nuffnang semalam.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setelah beberapa hari menyepi, akhirnya kami telah kembali dengan rekaan laman web, sistem dan beberapa fungsi yang baru. Kami akan cuba membantu anda selagi termampu di halaman facebook kami iaitu jika anda mempunyai masalah komputer, tahap keselamatan laman web atau komputer, bahasa pengaturcaraan, atau apa sahaja, kami akan cuba untuk membantu.

Bercerita tentang nuffnang, mungkin di malaysia ini sudah semestinya ramai blogger yang menggunakan laman sesawang nuffnang untuk mendapatkan duit daripada jumlah pelawat, trafik dan pelbagai lagi dengan menggunakan servis pengiklanan daripada nuffnang.com.my.
Hari ini kami bersempatan untuk melawat halaman nuffnang dan kami telah mendapati laman sesawang nuffnang.com.my tidaklah sebegitu selamat. Kami mulai risau jika suatu hari nanti ada seseoarang yang dapat memasuki ke dalam server(pelayan) nuffnang dan manipulasikan antara servis pengiklanan nuffnang untuk melepaskan virus dengan menggunakan iframe dan skrip javascript yang telah tertanam di dalam setiap laman web yang melanggan iklan servis nuffnang. Kami risau jika suatu hari nanti nuffnang akan dijadikan sasaran utama untuk menyebarkan virus yang merebak melalui halaman seperti laman sosial facebook yang dijangkiti virus koobface.

Mungkin seseorang itu boleh menggunakan teknik “ActiveX java” untuk menamkan virus seperti stealer(pencuri), rat(remote administration tool) dan pelbagai lagi virus yang boleh menyebabkan sesebuah komputer pelawat itu dijangkiti oleh virus yang telah di tanamkan di dalam halaman skrip javascript nuffnang tersebut.
Kami cuma akan berkongsi sebanyak 34,531 ribu database
yang sedang berada oleh kami sekarang di atas sebab kesalamatan dan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Kami cuma mahu memberi kesedaran terhadap sistem admin dan web master itu tentang keselamatan laman web sendiri, sebelum menuduh dan menyalahkan kami, sila gunakan kepandaian atau duit anda untuk mengupah sesiapa sahaja yang memberikan servis “security pentest” di malaysia ini, kami rasa terlalu banyak syarikat yang membuat servis “security pentenst” bagi menyemak dan melakukan pengimbasan terhadap keselamatan sesuatu sistem dan laman sesawang itu...."

anda boleh terus membaca di aliffcullen


Ha, jadi selepas ini .. BP harap laman-laman sesawang di Malaysia dapat menambahbaik tahap security laman web mereka supaya di masa suatu hari ini, laman ini tidak digodam oleh golongan hacker-hacker yang tidak bertanggungjawab.

Nuffnang: Kenali Apa itu Nuffnang, Sejarah Penubuhan Nuffnang

SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.


Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.

Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.


"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.


"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.

sumber: kosmo

Terjah : Sebab Utama Blog Tidak Dapat Buffered Earning!! ?


Salam, kepada semua pembaca blog BP. Harap semua sihat-sihat belaka. Okey, street to the point. Sejak kebelakangan ini, BP tengok ramai blogger-blogger yang mengeluh kerana iklan CPM iaitu Buffered Earnings tidak muncul atau lama tidak muncul dalam Earning Nuffnang mereka. Alhamdulillah, blog BP ada juga iklan BE yang singgah. Untuk menjawab persoalan mengapa sesebuah blog itu tidak mendapat iklan BE ini, maka BP telah menerjah Nuffnang dengan menghantar soalan panas itu kepada pihak Nuffnang . Haha .. Dan dengan pantasnya, pihak Nuffnang telah memberi respon terhadap soalan BP. Berikut adalah jawapan dari pihak Nuffnang :

........................................................

Hi BP,

Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

1) Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami!


2) Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

3) Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

4) Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!


Cheers,
Thara Sofian
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd


.....................................................................

Haa, dah baca semua jawapan di atas. Semua faktor-faktor di atas menjadi penyebab sesuatu iklan BE ini muncul atau tidak di blog anda. Traffic bukan lah faktor utama untuk menyebabkan blog anda mendapat iklan CPM (BE) ini. So, jangan lupa untuk melakukan semua perkara yang telah disebut oleh pihak Nuffnang di atas . Jangan mengeluh lagi, lambat laun pasti iklan BE ini akan singgah di blog anda. Okey? Good luck dan selamat berblogging! Hihi ..

p/s: Kongsi dengan kawan-kawan yang lain . Kalau nak share klik button share facebook disebelah ^_^

Cara Buat Burung Twitter Terbang di Blog

Burung Twitter
Cara meletakkan burung twitter yang sedang terbang ini:

1. Klik Design > Edit HTML

2. Cari kod </body> . Untuk memudahkannya, tekan Ctrl+F untuk mencarinya.

3. Copy kod dibawah dah paste sebelum kod </body>


<script type="text/javascript" src="http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/tripleflap.js"></script>
<script type="text/javascript">
var birdSprite="http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png";
var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span");
var twitterAccount = "http://twitter.com/techgyo";var tweetThisText = "Twitter - techGyo http://www.techgyo.com/";tripleflapInit();
</script>
<a id="theBird" href="http://twitter.com/TWITTERANDA" target="_blank" style="display: block; position: absolute; width: 64px; height: 64px; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; z-index: 947; left: 0px; top: 587px; background-position: 0px 0px; background-repeat: no-repeat no-repeat; "></a>
<a id="theBirdLtweet" href="http://twitter.com/home?status=Twitter%20-%20techgyo%20http%3A//www.techgyo.com/" target="_blank" title="tweet this" style="position: absolute; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; width: 58px; height: 30px; z-index: 951; left: 49px; top: 583px; display: none; opacity: 0; background-position: -64px 0px; background-repeat: no-repeat no-repeat; "></a>
<a id="theBirdLfollow" href="http://twitter.com/TWITTERANDA" target="_blank" title="follow me" style="position: absolute; background-image: url(http://techgyo.com/wp-content/FlyingTwitbird/birdsprite.png); background-attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; width: 58px; height: 20px; z-index: 952; left: 54px; top: 613px; display: none; opacity: 0; background-position: -64px -30px; background-repeat: no-repeat no-repeat; "></a>


4. Save Templates anda. Edit link twitter dengan link twitter anda. Selamat Mencuba

Cara Mempercepatkan Loading Blog Menggunakan Google Chrome Frame

Loading blog

1.Log ke dashboard anda - design-> ->Edit HTML

2.Click pada "Expand Template Widget"

3.Scroll turun ke mana anda melihat ini
<head>

4.Copy kod di bawah ini dan paste tepat dibawah kod <head>


<meta http-equiv='X-UA-Compatible' content='chrome=1'/>


5.Kemudian cari kod </head>

6.Copy kod di bawah ini dan paste tepat setelah kod </head>



<!--[if IE]>
<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/chrome-frame/1/CFInstall.min.js"></script>
<style type='text/css'>
.chromeFrameOverlayContent{top:10px;margin-top:10px;}
</style>
<script>
window.attachEvent("onload", function() {
CFInstall.check({
mode: "overlay"
});
});
</script>
<![endif]-->


7.Sekarang Simpan Template anda.

Cara pasang related post tanpa ada gambar


Setelah anda login pada blogger.com cari kode dibawah ini : </head>

Kemudian gantikan dengan kode di ini :



<!--Related Posts Scripts and Styles Start-->
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<style>
#related-posts {
float:center;
text-transform:none;
height:100%;
min-height:100%;
padding-top:5px;
padding-left:5px;
}
#related-posts .widget{
padding-left:6px;
margin-bottom:10px;

}
#related-posts .widget h2, #related-posts h2{
font-size: 1.6em;
font-weight: bold;
color: black;
font-family: Georgia, &#8220;Times New Roman&#8221;, Times, serif;
margin-bottom: 0.75em;
margin-top: 0em;
padding-top: 0em;
}
#related-posts a{
color:blue;
}
#related-posts a:hover{
color:blue;
}
#related-posts ul{
list-style-type:none;
margin:0 0 0px 0;
padding:0px;
text-decoration:bold;
font-size:15px;
text-color:#000000
}
#related-posts ul li{
background:transparent url(http://2.bp.blogspot.com/_u4gySN2ZgqE/SnZhv_C6bTI/AAAAAAAAAl4/Rozt7UhvgOo/s200/greentickbullet.png) no-repeat ;
display:block;
list-style-type:none;
margin-bottom: 13px;
padding-left: 30px;
padding-top:0px;}
</style>

<script type='text/javascript'>
var relatedpoststitle="Related Posts";
</script>
<script src='http://mastergomaster.googlecode.com/files/related.js' type='text/javascript'/>

</b:if>
<!--Related Posts Scripts and Styles End-->
</head>


**Tulisan Related Posts boleh anda ganti mengikut kesesuaian dan keinginan anda.

Sekarang cari kode ini : <div class='post-footer-line post-footer-line-1'>

Kalau tak jumpa,cuba yang satu ini : <p class='post-footer-line post-footer-line-1'>

Letakkan kode dibawah ini dibawah kode di atas :


<!-- Related Posts Code Start-->

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='related-posts'>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>

<b:if cond='data:label.isLast != &quot;true&quot;'>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>

<script expr:src='&quot;/feeds/posts/default/-/&quot; + data:label.name + &quot;?alt=json-in-script&amp;callback=related_results_labels&amp;max-results=6&quot;' type='text/javascript'/></b:if></b:loop><a href='http://www.mastergomaster.com/2010/03/related-posts-tanpa-gambar-atau-image.html' style='display:none'>Related Posts Widget</a>

<script type='text/javascript'>
var currentposturl=&quot;<data:post.url/>&quot;;


var maxresults=5;
removeRelatedDuplicates(); printRelatedLabels();
</script>
</div>

</b:if>
<!-- Related Posts Code End-->


**Pada var maxresults=5; gantilah angka 5 jika anda mahu atau lebih mengikut kesesuian anda inginkan.

Simpan dan klik Save Template,
Sekian, dan terima kasih kerana sudi mencuba tutorial yang tak seberapa ini.


JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !



Sila jelaskan kenapa anda berblog ?

Firstly, masa mula-mula sekali .. gua memang tak minat langsung pasal blog nih .. kalau orang asyik sebut pasal blog-blog .. gua rasa macam nak penyepak je .. tak de benda laen ka? Sehingga lah pada suatu hari .. lecture gua beri tugasan assignment untuk membuat blog .. pastu dalam blog tu kena letak puisi atau sajak .. Di sebabkan itu adalah tugasan .. so, gua mula godek-godek macam mana nak buat blog nih .. sehingga la gua berjaya register sendiri .. masa tu nama blog gua .. aku budak hensem ..

Bila dah ada blog .. gua pun letak la sajak ciptaan gua .. tajuk ape ntah .. tapi yang nyata .. sajak tu memang jiwang karat .. meleleh kalau perempuan bace ..

Then, daripada sini .. gua jumpa macam-macam blog .. hari-hari gua baca blog orang .. dan secara tibe-tibe .. gua rasa macam best gak eh blog nih .. boleh share macam-macam .. boleh letak gambar .. letak video .. ada contest .. ada segmen ..best wooo ..

Dan hari-hari berikutnya , gua cuba menulis dalam blog .. gua terus update dan update sehinggalah hari ini ..


Kenapakah blogger lelaki lebih kreatif dan blog lelaki lebih mudah dapat perhatian dari blog wanita ?

Mengikut pendapat gua .. tak semestinya blog lelaki lebih kreatif .. blog perempuan pun da banyak yang kreatif .. mane tak nya .. boleh kate hari-hari gua stalker blog perempuan .. hemoh hemoh

Em, mungkin lelaki lebih suka melawak .. open minded .. mood tidak berubah-rubah (haha) .. dan lebih santai .. sebab itu gua rasa blog lelaki lebih kreatif dari perempuan ..


Blog wanita yang anda suka baca ...

Gua suka baca blog nih cik mimmie .. (jangan bagitau dekat dia) . gua stalker blog lu.. kih3



Jana Pendapatan Lumayan Dengan Heartbeat !!!

Arggghhh!! Okey .. mulakan hari anda dengan menjerit sehingga terkeluar anak tekak .. Ini supaya anda sentiasa sihat dan cergas dengan sendirinya .. haha, hemoh hemoh


Ekcelli, hari ini gua nak citer tentang Heartbeat . Menatang ape heartbeat nih ?? Gua rasa ada yang dah penah dengar .. tapi tak tahu ape kah itu .. Meh sini gua nak citer ..

Heartbeat nih macam sebuah syarikat pengiklanan jugak la macam Nuffnang .. SEKALI unique visitor click banner/iklan kite .. maka korang akan dapat RM0.04 .. Kalau beratus-ratus ribu klik .. ? Maka jadi jutawan la korang .. haha, hemoh-hemoh . Seterusnya kalau ade orang klik iklan tu then die sign up plak.. korang dapat Rm2 /person.. aiyoooo .. ammmaa .. Tak ke korang jadik kaya raya tu.. kih kih kih

Citer banyak-banyak pon tak guna .. meh gua ajar cara nak daftar .. senang je .. Free of charge!! Tempek je iklan tu dekat blog .. dan korang boleh kembang hidung bile dah jadik kaya.. haaha . Mama Zharfan pun dah dapat RM400+ .. aiyooo



Step 1 : Klik banner di bawah ini dan korang akan masuk ke web heartbeat








Step 2 : Klik Icon Hearbeat seperti di bawah ini




Step 3 : Klik CREATE ACCOUNT dan isi semua maklumat yang diminta
seperti di bawah

Step 4 : Setelah semua maklumat telah di isi , klik kotak I agree HeartBeat's Terms of Service . Kemudian klik continue.


Step 5: Bila akaun dah create . Then, klik Join HB!Affiliate
seperti kotak di bawah



Step 6 : Klik Online Application seperti di bawah. Kemudian isi semua maklumat.

Step 7: Masukkan semua maklumat blog anda dan isikan cara pembayaran . Klik kotak agree dan continue



Step 8 : Klik MY HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan anda . Kod ini untuk diletakkan di blog anda.



Step 9 : Klik Get A Code untuk dapatkan kod iklan


Step 10 : Copy kod-kod yang di kehendaki . Terdapat 4 jenis iklan yang boleh anda masukkan dalam blog anda .

Step 11
: Copy kod iklan tersebut dan letakkan di dalam blog anda . Caranya seperti biasa iaitu
Design >> Add a Gadjet >>HTML/ Java Script >> Save

Ulangi cara yang sama untuk meletakkan iklan yang seterusnya. Okey ? Mudah je kan..:)
Mengenai status Gliterri Nuffnang anda .. jangan risau .. Nuffnang tak marah .. tak kan ade effect ape-ape .. Mama Zharfan dah tanya Nuffnang.. hehe .. Tunggu ape lagi .. daftar cepat!!



Join Bloglist Ujang9897


Sape kenal header di atas ?? Vespa siapakah di atas ini ?? Vespa haji samad kah ?? Tidak .. tapi ia merupakan vespa milik Nyah Ujang .. uit , tetibe keluar nyah ujang .. bukan salah gua .. tapi salah jari gua yang menaip .. kih3

Seperti yang dinyatakan oleh ujang .. bloglist beliau telah di serang oleh sejenis virus chikungunya .. so , memang bahaya untuk blog .. so, lepas nih .. gua harap, lepas masukkan blog gua dalam bloglist beliau .. maka blog beliau akan kena penyakit lain pulak .. haha

Gua nak review sikit .. header cool! Okey dah .. haha

Sape yang nak join .. klik SINI


SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA


Saya sokoonnnnng!!! Kuat tak gua jerit? Gile betul gua nih .. Okey, semalam merupakan detik-detik sejarah mengenai isu Vlog .. Ape ittu vlog ? Senang citer macam ni la .. blogger nie buat video .. cerita tentang ape-ape la .. tentang blog dia ke .. tentang peribadi dia ke .. pastu upload dalam internet .. atau lebih mudah upload dalam 1Tube.my ..

Gua rasa ramai yang dah tahu kes seorang blogger bernama yuyu yang kecil saiznya , comel , wangi , suka senyum , (hihi) telah di komen oleh lensa perosak (jgn klik sebab link tipu) yang tidak puas hati tentang vlog yang di buat cik yuyu .. katanya , ianya hanya memalukan diri sendiri .. owh, shit!! demn yu lensa perosak .. kalau tak suka jangan la tengok !! demn demn demn

Okey la .. korang nak kritik jugak .. kritik la ..tapi kritikan itu mestilah kritikan yang bijaksana .. jangan samapai menjatuhkan motivasi dan perasaan blogger lain .. tidak menggelarkan seseorang itu dengan panggilan yang terukk!! grrr

Kesimpulannya , kepada yang nak buat vlog tu .. buat lah .. itu hak korang .. cerita je la ape yang patut dalam video tu .. yang penting dengan vlog tu dapat mempromosikan blog anda ..
Kalau orang suka .. tengok .. kalau tak suka .. tekan butang pangkah .. adaa paham ?

Saya sokong vlogger Malaysia !!! Chalow betey!!

Saya tak rela di perkosa.. arggghh!!



kah kah kah.. cube bayangkan anda tiru gaya di atas..
boleh kan? hehe

Gambar nih gua cilok dekat blog nih..






Tunggu ape lagi.. Jom la kenal dengan bloger nih.. Best blog dia! :)

Biar sayang macam binatang, Jangan jadi perangai macam binatang


IBU. Seorang yang mempunyai naluri kasih sayang terhadap anaknya sendiri. Seorang yang selalu menjaga anaknya.. membelai anaknya.. melindungi anaknya.. Seseorang ibu tidak dapat dipisahkan dengan anaknya..





Tapi zaman sekarang ini amat berbeza sekali. Gua tidak tahu mengapa seorang yang bergelar manusia sanggup membuang anaknya..
Ya, mungkin dengan alasan mendatangkan aib kepadanya.. Dosa penzinaan ditambah dengan dosa pembunuhan.. Oh.. tidak..







Binatang yang hanya mempunyai naluri tanpa akal masih mampu menyayangi anaknya..
Menjaga anaknya daripada di ancam.. Menjaga setiap masa..








Argghh.. gua terkesima sebentar. Memikirkan masa-masa akan datang.. Gua harap kita terhindar daripada segala benda buruk.. dan kembali hidup berkasih sayang..


p/s: Love my mum

Tak ku sangka ya..


Sedar tak sedar .. rupa nye follower gua dah sampai angka 2000. Terima kasih kepada korang semua yang sudi singgah membaca di blog gua ini .. Terima kasih yang datang komen .. Terima kasih! Tanpa anda , siapalah saya .. Sayang korang semua.. heehe :)

FOLLOWER BERTUAH TERSEBUT





Tunggu apa lagi , jom kenal-kenal dengan blogger nih :)

Ayuh, kenali Blogger Ini ..

"Senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum .. tapi gua nak kata jugak, senyum .. gua nak suruh korang senyum, senyum" hehe, mulakan pagi anda dengan senyuman .. :)

Okey, ekcelli hari ini gua berasa amat berbangga lah dan begitu teruja disebabkan kelas pada pagi ini dibatalkan.. haaha, hemoh hemoh.. tapi tak pe.. semangat gua harus diteruskan .. semangat untuk menyambung tidur.. kih3

Bebalik pada tajuk, gua sebenarnya nak kite semua sebagai blogger mengenali dan dikenali antara sesama lain. Ye lah kan, mengikut kajian .. dengan jangka masa sehari .. beribu-ribu blog lahir di dunia ini.. ye ke nih? gua pun tak tahu sebab kajian nie otak gua punya kajian..heehe

Mangsa pertama yang menjadi mangsa gua ialah beliau berdua ini. Ce cuba .. ce cube tengok profile pic mereka .. bagai pinang dibelah dua kan kan.. haaha, so, tunggu ape lagi.. jum la usha blog berliau berdua ini.. chalow betey!! yiiii haaaahh!





p:s nnt gua pilih blog lain pulak

Ape tu SyoknyerBlogging hah?


Huh? Ape tu syoknyer blogging? Haa.. hari nie gua nak gitau tentang kewujudan satu forum yang baru je diperkenalkan iaitu syoknyer blogging. Ape yang best kat sini? Apa keistimewaan forum ini? Mesti soalan ini yang sedang bermain-main difikiran korang kan.. haha.

Ok, street to the KLCC, sebenarnya.. forum ini amat sesuai sekali bagi sesiapa yang baru menceburi bidang blogging ini macam gua. Yang dah lama pon, lagi best kalau dapat join sebab dapat berkongsi-kongsi blog. Dalam forum ini, korang boleh la promote blog korang yang cantik dan kiut miut itu dalam forum ini. . hehe.. Senang jer.. just register dan anda boleh lah menyertai forum syoknyer berblogging ini...

Jom la join.. tak rugi punye.. lagi pon, macam-macam adaaaa.. kih3


Nak join? Klik gambar bawah ni..
Syoknyer Blogging