Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Berita. Show all posts

THE STORE MOHON MAAF ISU CARLSBERG RAMADHAN

Isu Carlsberg Ramadhan – The Store Mohon Maaf. Isu panas ini hangat seketika dua tiga hari ini. Akhirnya ‘tauke’ supermarket terkenal ini memohon maaf atas ketelanjuran mereka di akaun Facebook mereka.


Berikut adalah kenyataan rasmi dari Fanpage mereka:



PEMBERITAHUAN
Pelanggan Muslim Yang Kami Hargai

Pihak Pengurusan The Store memohon maaf atas keterlanjuran mempamerkan minuman ‘Carlsberg Can’ pada notis dan risalah promosi PRE-RAMADHAN SALE baru-baru ini.

Kami sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada semua pelanggan kami. Kesilapan ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal & kecuaian pengurusan dan ianya amatlah dikesali.

Kami, Pihak The Store mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kesetiaan anda selama ini.

Daripada
Pihak Pengurusan The Store
Cawangan Sri Petaling

PROMOSI ARAK CARLSBERG SEMPENA RAMADHAN?

Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.


Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi  telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

UNCLE SEEKERS DITAHAN POLIS

Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya baru-baru ini, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.


Turut ditahan seorang perempuan berusia 26, dikenali sebagai Siti Nadhirah Mohd Zain.

Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Mohd Akhir Ishak mengesahkan tangkapan itu.

"Polis menerima tujuh laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu. Susulan itu, dua pasukan polis telah melakukan tangkapan ke atas malam tadi.

"Kedua-dua yang ditangkap untuk siasatan lanjut bersangkut kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya pada pemberita di Johor Bharu, tengah hari tadi.

Mohd Akhir berkata, jika disabit kesalahan mereka boleh dipenjara setahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

Tangkapan ke atas mereka telah dilakukan semalam, lebìh kurang 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

sumber: Sinar Harian

KERETA MAEL LAMBONG DIBUKA BIDAAN

Bidaan Dibuka Kereta Mael Lambong. Excellent Pictures mencipta kejutan tersendiri apabila membuka bidaan untuk kereta yang digunakan oleh Mael Lambong dalam filem itu dengan harga permulaan RM5,000.


Setelah membuat pengumuman itu di slot Ceria Pagi di Suria FM, sebanyak 100 penyertaan telah diterima berkenaan bidaan ini.

Kereta Mael Lambong, lakonan Zizan Razak, yang digunakan dalam filem berkenaan, merupakan sebuah kereta ‘Drift’ jenama Toyota Soarer E MZ II dengan kapasiti enjin 2500 cc.

Bagi pembida tertinggi, satu majlis penyerahan kereta tersebut akan diadakan dalam satu majlis yang akan diumumkan kelak.

Untuk membida kereta Mael Lambong ini, peminat boleh melihat syarat bidaan di laman web syarikat iaitu www.excellentpictures.com.my juga di laman www.facebook.com/kisahmaellambong.

BERNAMA NAFI KELUAR BERITA BONUS HARI RAYA

BERNAMA tidak mengeluarkan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Hari Raya Puasa tahun ini, kata Ketua Pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong. 


Berita palsu itu disiarkan Isnin lalu dalam sebilangan akaun Facebook selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita "myMetro", untuk membuatkannya kelihatan sahih. "Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu. 

"Sementara BERNAMA sentiasa bersyukur apabila semua berita kami diakui dan diiktiraf, tapi ianya bukan sesuatu yang lucu apabila nama kami disalahguna," katanya. 

Yong berkata, satu laporan polis akan dibuat hari ini. - BERNAMA

VIDEO TINGKAT 21 MB SELANGOR TERSEBAR

Satu rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebar di Internet semalam selepas dimuat naik di laman You Tube.


Video bertajuk Selangor MB office CCTV video leaks dan berdurasi selama 15 minit itu bagaimanapun tidak menunjukkan apa jua pendedahan, aksi panas atau motif penyebaran video tersebut kepada umum.

Video tersebut hanya menunjukkan aksi seorang lelaki berbaju kemeja bercorak didakwa Abdul Khalid yang masuk ke dalam pejabat, seterusnya duduk di kerusi dan meneliti beberapa helai dokumen di atas mejanya.

Gambar lelaki yang didakwa Abdul Khalid dalam video itu tidak begitu jelas kerana diambil dari arah belakang. 

Penyebaran video tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada ia sebahagian rakaman kamera tersembunyi di belakang langsir dalam pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, Bangunan SUK itu seperti didedahkan Abdul Khalid pada Ogos 2010.

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA KDS1M

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang berobjektif membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini mengurangkan kos sara hidup, dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin.


KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut hadir pada majlis itu berkata kad diskaun itu akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti.

"Bila sesi pengajian bermula kita mula edarkan kepada pelajar tahun akhir dahulu, diikuti pelajar-pelajar lain. Kita harap (pelajar) menggunakannya dengan bijak," katanya.

Katanya siswa hanya perlu menunjukkan KDS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun yang ditawarkan oleh syarikat yang menyertai program itu.

Beliau berkata kerajaan juga bercadang memperluaskan kad diskaun itu kepada pelajar asing di negara ini.

Maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh didapati di www.1pengguna.com. - BERNAMA

PENJELASAN ISU SALIB DOMINO PIZZA

Gambar Bangunan Domina Pizza Ada Salib. Hal ini telah mencetus kontroversi apabila wujudnya salib dan gereja atas restoran tersebut. Orang ramai boleh beranggapan bahawa orang melayu sekarang ini berpusu-pusu mengunjungi gereja sedangkan matlamat asal mereka ke sana adalah untuk makan Pizza. Berikut adalah gambar yang dimaksudkan.




Mengenai isu Domino’s Pizza berbumbung salib, Ustaz Hj. Abu Yaziz sebagai Penasihat Halal Domino’s Pizza Malaysia & Singapura tampil untuk memberikan penjelasan.



Terima kasih atas maklum balas dan pandangan yang diberikan mengenai kedai kami yang terletak di Manjung, Perak.

Merujuk kepada catatan blog dan laman sesawang yang dikongsi bersama, terima kasih kerana membawa perkara ini kepada perhatian kami. Kami memandang serius perkara ini dan telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan masyarakat tempatan untuk menjelaskan kedudukan kami berhubung perkara yang dibangkitkan.

Kami peka terhadap sensitiviti semua agama dan bangsa dalam menjalankan perniagaan dan operasi kami. Semua cawangan yang kami kendalikan tidak bersekutu atau bergabung dengan mana-mana kumpulan agama atau berkaitan dengan mana-mana parti politik. Malah, kami telah memilih lokasi cawangan kami berdasarkan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran pizza berkualiti kepada masyarakat tempatan.

Untuk makluman anda, Domino’s Pizza menandatangani perjanjian sewa premis kami yang sedia ada di Manjung, Perak pada 14 Mei 2012 dan kami telah memasuki premis tersebut pada 4 Jun 2012. Ini adalah sebelum kami dimaklumkan mengenai rumah ibadah yang beroperasi di tingkat atas premis semasa kerja-kerja pengubahsuaian kedai kami dilakukan. Kami ingin menekankan bahawa Domino’s Pizza tiada kaitan langsung dengan pertubuhan agama yang disebutkan kerana kami adalah entiti persendirian yang dikendalikan atas dasar perniagaan.

Untuk menangani selanjutnya beberapa perkara yang dikhuatiri masyarakat Manjung, Domino’s Pizza telah mengadakan sesi dialog untuk bertemu dan menjelaskan perkara ini dengan pihak berkuasa dan masyarakat tempatan pada 14 Jun 2012. Sesi dialog tersebut diadakan untuk menyelesaikan salah faham dan spekulasi kerana kami peka terhadap keperluan pelanggan kami.

Antara yang hadir ialah Jawatankuasa Halal dan Penasihat Halal Domino’s Pizza, Imam dari Masjid Daerah Manjung, Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Masjid Daerah Manjung, wakil daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang beribupejabat di Kuala Lumpur, wakil dari Pejabat Kesihatan, Majlis Agama Islam Bahagian Manjung, dan masyarakat tempatan Manjung yang terdiri daripada pegawai bank, guru sekolah dan pembantu kedai. Sesi tersebut juga memaparkan latar belakang Domino’s Pizza sebagai sebuah syarikat perniagaan dan pengendali perkhidmatan makanan HALAL di Malaysia. Domino’s Pizza ialah sebuah organisasi yang diiktiraf sebagai “HALAL” oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), badan yang bertanggungjawab terhadap piawaian pensijilan halal bagi semua premis makanan. Kami memikul tanggungjawab ini secara serius dan memastikan bahawa semua cawangan kami beroperasi mengikut prosedur yang ditetapkan setiap hari. Kami juga mengambil langkah teliti untuk memastikan bahawa kami tidak melanggar Akta dan Peraturan Makanan HALAL, dan ini termasuk menjamin status HALAL bagi bahan makanan mentah, penyediaan makanan dan kebersihan premis, dapur dan kedai secara keseluruhan dan juga proses penyediaan makanan.

Kami peka terhadap keperluan pelanggan di Malaysia dan memahami betapa pentingnya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM. Kami ingin memaklumkan pelanggan kami bahawa premis kami diperiksa oleh pegawai JAKIM dari masa ke masa untuk memastikan pematuhan sepenuhnya kepada peraturan. Di samping itu, bahagian audit dalaman menjalankan audit HALAL setiap tiga bulan di semua premis Domino’s.

Sekali lagi, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda atas maklum balas yang diberikan dan sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi saya di halaman Facebook:
http://www.facebook.com/ustaz.abu.yaziz atau En Shamsul Amree, Timbalan Pengurus Besar Domino’s Pizza Malaysia & Singapore di email: shamsul.amree@dominos.com.my.

Yang ikhlas,

Ustaz Hj. Abu Yaziz @ Mohamad Bin Shafie.
Penasihat Halal
Domino’s Pizza Malaysia & Singapura.
(Mikenwill Group of Companies).

Kenyataan di atas dikeluarkan melalui fanpage Facebook Ustaz Abu, sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui fan page tersebut juga.

OSMAN KERING MENINGGAL DUNIA

Pelakon dan pelawak Osman Kering,58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat.


Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu.

Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun.

Anak kedua Allahyarham iaitu Nur Ain,25, yang dihubungi mStar Online petang Jumaat berkata, sejak dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan tenat serta tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia.

“Keadaan ayah amat kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh sehinggalah dia meninggalkan kita semua,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan jadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, di sini.

Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan aktif berlakon sejak tahun 1986 dan membintangi lebih daripada 20 buah filem dan drama.

Filem terakhir beliau ialah Kantoi, arahan Mat London dan memegang watak sebagai pelakon pembantu.

TEMA HARI KEMERDEKAAN 2012

Tema Hari Merdeka 2012. "Janji Ditepati" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.


Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya. - BERNAMA

3 LAGI ARTIS SERTAI PARTI POLITIK

Pelakon yang kini popular dengan drama bersiri 'Waris', Hairie Othman dikatakan telah menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Turut sama mengikut jejak langkahnya adalah pelakon Zulkifli Ismail dan pelawak, Leman Raja Lawak 5.


Dipetik daripada potal berita parti ini, Hairie dan Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak pada 6 julai ini.

Atas faktor kesedaran diri membuatkan Hairie terdorong untuk menyertai parti politik tersebut.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin ketika memberi ceramah di Batu Gajah, baru-baru ini.

Selain itu, beliau mengakui keputusan ini akan memberi kesan kepada karier lakonan namun sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki adalah Allah ," jelasnya lagi.

BAHAYA DUDUK ATAS DOMPET

Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Salah ke letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?


Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.


Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

UJIAN MEMANDU GUNA KENDERAAN AUTO DITANGGUH

Pelaksanaan ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik yang sepatutnya dilaksanakan bulan lepas terpaksa ditangguhkan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

gambar hiasan

Beliau berkata penangguhan itu disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.

"Kurikulum baru sudah tersedia dan kita jangkakan pelaksanaan ujian mungkin dibuat dalam tahun ini juga," katanya kepada Bernama, pada Selasa.

Abdul Rahim berkata peruntukan yang diperlukan untuk mencetak buku dan membeli peralatan adalah kira-kira RM5 juta.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan pada bulan Mei sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Kurikulum baru itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya. -BERNAMA

GERHANA BULAN SEPARA 4 JUN 2012

Gambar Gerhana Bulan Separa 4 Jun 2012 kali ni jelas kelihatan dari beberapa negeri di Malaysia. Gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib sehingga 9.18 malam pada 4 Jun 2012.

Semporna - Sabah

Kejadian gerhana bulan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi. Ini adalah gambar ehsan dari fanpage Malaysia Lunar Eclipse yang sanggup berkongsikan pengalaman mereka untuk fenomena gerhana bulan separa pada hari ini.

Sandakan - Sabah

Pulau Pinang

Selangor

Ishinomaki - Utara Jepun

Menara Tv Sapporo - Jepun

Sydney - Australia

NILAI WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF AKADEMIK

Berikut Adalah Senarai Harga Hantaran Perkahwinan Mengikut Taraf Pendidikan. Nilai wang hantaran mengikut taraf akademik ini adalah seperti yang dibincangkan dilaman sosial.


Bagi Wanita Yang Mempunyai Status Akademik:

UPSR dan PMR: RM2000- RM4000

SPM: RM4000- RM8000

STPM dan Diploma: RM8000- RM 12000

Ijazah: RM12 000- RM 15000

Ijazah Sarjana: RM 15 000- RM20 000

Ijazah Kedoktoran: RM20 000- RM 30 000

GAMBAR AIRBUS A380 PERTAMA MILIK MAS

Ketibaan Airbus A380 semalam dilihat sebagai permulaan baharu dan lembaran kejayaan bagi Malaysia Airlines (MAS). Pasukan MAS yang terdiri daripada eksekutif tertinggi mereka sehingga kaki tangan dan anak kapal berdedikasi telah berkerja 24 jam untuk menerima penghantaran pesawat penumpang terbesar dunia ini.


Pada 3.55 petang semalam, pesawat itu tiba di KLIA, dengan sambutan meriah pekerja MAS.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya, yang mengetuai penerbangan pertama superjumbo itu selepas menerimanya daripada pengeluarnya di Toulouse, Perancis berkata kehadiran kumpulan pesawat A380 akan memberi MAS laluan kukuh untuk menawan semula hari-hari kegemilangannya.

"Kumpulan A380 akan menjadi yang terbaharu di rantau ini. Kami juga akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang kami percaya adalah lebih baik daripada pesaing kami," kata beliau ketika ditemu bual dalam pesawat itu dalam perjalanan pulang.




AMY SEARCH SERTAI UMNO

Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.


“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,” kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno di ibu pejabat Umno di sini Selasa.

Turut sama menyertai parti itu Mus (May) atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim.


Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, Amy berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja,” katanya.

Selain Amy, dua lagi penyanyi yang mendaftarkan diri sebagai ahli adalah vokalis kumpulan rock May iaitu Mus (dua, kanan) dan penyanyi 80-an Ibnor Riza Ibrahim (paling kiri). Ketiga-tiga artis ini dipelawa oleh Jamal Abdillah yang sudah setahun menyertai parti itu.

Sumber: mStar Online

VIDEO AKSI BUDAK SEKOLAH GEDIK DI MALAYSIA


Video aksi budak sekolah perempuan yang paling gedik di Malaysia.Sangat memalukan apabila sekumpulan pelajar perempuan ini telah menunjukkan aksi tidak senonoh didalam kelas. Tidak cukup dengan itu, mereka membuat rakaman dan muat naik di laman youtube.

GAMBAR HANTU DALAM KERETA WARTAWAN SINAR HARIAN

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.


Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.


Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

1MALAYSIA PAD SPESIFIKASI DAN GAMBAR

MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.


Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger. 

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara. 

"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. 

"Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya. 

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa. 

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. - BERNAMA