Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com
Showing posts with label Berita. Show all posts

Senarai Menteri Kabinet Baru 2013-2018

Berikut adalah senarai menteri bagi Kabinet baru penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Senarai menteri kabinet 2013 tersebut ialah:


Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin


JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)
MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)
MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu Terbakar (12 Gambar)

UMT Kecoh Bilik Naib Canselor Terbakar. KUALA TERENGGANU: Tiga anggota bomba dan penyelamat cedera apabila memadam kebakaran di bangunan canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pagi tadi. 

Difahamkan ketika mereka sedang memadam sisa kebakaran, tiba-tiba kerangka sokongan bumbung bangunan runtuh menyebabkan tiga dari lapan anggota yang sedang berada di tingkat tiga itu cedera. 



“Salah seorang kena hempap sikit dengan bumbung yang roboh. Dua lagi hanya calar-calar, tetapi keadaan mereka tidak serius. Mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapat rawatan,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Md Salleh Sarbini.

Kebakaran yang bermula kira-kira 11.30 pagi itu dipercayai mula merebak dari bilik naib canselor di tingkat tiga.

Beliau berkata hampir 90 peratus kawasan di tingkat tiga itu terbakar namun puncanya belum dapat dipastikan.

Seorang kakitangan Lailatul Akmal Abdul Rahman berkata dia yang sedang berada di tingkat dua terdengar bunyi loceng kecemasan tetapi menyangka ia hanya latihan kebakaran.


“Masa itu saya terus buat kerja sebab tidak nampak apa-apa yang pelik, tetapi tidak lama lepas itu, saya dengar rakan-rakan lain menjerit suruh saya keluar.

“Bila berkumpul di luar bangunan, baru saya nampak asap tebal dan tidak lama lepas itu terdengar bunyi benda meletup,” katanya.

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Mohd Effendi Abdul Wahid berkata antara yang terbakar ialah bilik naib canselor, bilik mesyuarat, bilik fail dan dua bilik pegawai tadbir.

Katanya sewaktu kebakaran terdapat sembilan kakitangan sedang bertugas sementara naib canselor sedang berada di luar negara.










(VIDEO) Tukang Urut Nyaris Terlondeh Tuala Ketika Diserbu

Tukang urut nyaris terlondeh tuala ketika diserbu. Dengan gaji RM1000, seorang warga emas berusia 64 tahun sanggup bekerja sebagai penjaga luar pintu pusat pelacuran. Berbekalkan walkie talkie, pergerakan pihak berkuasa diperhatikan melalui maje luar premis.

Namun, hasil risikan dan penyamaran polis kegiatan itu berjaya dibongkar polis dalam satu serbuan malam tadi. Ternyata aktiviti persundalan ada di dalam premis satu tingakat ini selepas beberapa pasangan di cekup ketika sedangan melakukan seks.


Lima GRO warga asing di cekup dalam serbuan di dua premis di Bukit Rahman Putera Sungai Buloh malam tadi. Dalam serbuan yang dilakukan unit risikan dan operasi perancang pencegahan jenayah IPK Selangor yang di ketuai oleh Insp. Emmi Shah Fadhil turut menemui rumah penginapan GRO terbabit.

Pemeriksaan lanjut, polis menemui kondom yang dibuangakan dalam lubang jamban dan sebungkus kondom tidak digunakan ditemui semakan empat wanita warga vietnam tidak memiliki paspot manakala seorang darinya warga Thailand. Dua penjaga premis berusia 30 hingga 62 tahun ditahan. Soal siasat mendapati bayaran seks dikenakan 130 ringgit sekali perkhidmatan.

Tawaran seks pula dipromosikan melalui pemilihan gambar pelacur berpakian seksi. Sindikit dipercayahi beroperasi dari pukul 12 tengah hari sehingga 3 pagi yang mengaut keuntungan dari 7 pelanggan untuk seorang pelacur.

Kesemua wanita 20 hingga 30 tahun itu di bawah IPD Sungai Buloh untuk tindakan lajut.


Gambar Bukti Pengganas Sulu Bunuh Polis Dengan Kejam

Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara. Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.


Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.


Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

(7 Gambar) Mayat Penceroboh Yang Ditembak Mati Di Semporna

SEMPORNA 4 Mac - Mayat-mayat kumpulan penceroboh yang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan di Kampung Simunul di sini Sabtu lalu sehingga kini masih belum dialihkan.


Tinjauan Utusan Online hari ini mendapati beberapa mayat bergelimpangan di kawasan rumah penduduk kampung tersebut dan ada diantaranya dalam keadaan mengerikan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, enam anggota polis terkorban selepas mereka diserang hendap oleh kumpulan penceroboh di Kampung Srijaya, Simunul. Enam penceroboh turut terkorban.

Keadaan mayat penceroboh yang ditewaskan Pasukan Gerakan Am.

Penduduk Kg. Simunul turut melihat satu lagi mayat yang masih berada di salah sebuah rumah di kampung berkenaan selepas pertempuran dengan anggota PGA semalam. 

Terdapat satu klip peluru senapang M16 di sebelah penceroboh yang ditembak mati.



Penduduk Kg. Simunul turut melihat mayat yang masih berada di salah sebuah rumah di kampung berkenaan selepas pertempuran dengan anggota PGA semalam.


Terkini: Gambar Penceroboh Dipukul Sehingga Mati Oleh Penduduk Semporna

Polis Sahkan Seorang Penceroboh Mati Dibelasah Oleh Penduduk Kampung. Polis mengesahkan seorang lelaki bersenjata M16 yang maut dibelasah penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna adalah seorang daripada anggota kumpulan penceroboh bersenjata yang menyelinap masuk ke negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata siasatan polis mendapati penceroboh itu merupakan seorang lelaki berbangsa Sulu dan berumur 60-an.


Lelaki itu yang turut membawa pelancar roket menyelinap masuk melalui jalan pantai ke Kampung Senallang Lama kira-kira pukul 5 pagi, katanya pada sidang akhbar di Residental Falda Sahabat kira-kira 30 kilometer dari sini, Ahad.

Beliau berkata penceroboh itu telah mengarahkan kira-kira 80 penduduk kampung berkenaan untuk keluar berkumpul di satu kawasan lapang berhampiran sebuah surau dan menjadikan mereka tebusan. "Ekoran itu, 20 pemuda kampung telah bertindak dengan menyerang dan menangkap lelaki itu sebelum memukulnya hingga mati. "Pada saya, tindakan itu walaupun dari segi undang-undang nampak salah, tetapi kita perlu ingat mereka dianggap tawanan. Mereka mengambil tindakan balas untuk menyelamatkan diri," katanya.

Sementara itu, Hamza berkata polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia sedang menyediakan perincian akhir sebelum mengambil tindakan drastik terhadap kumpulan penceroboh yang masih enggan menyerah diri.


Beliau berkata walaupun pihaknya sudah menjatuhkan risalah tapi mereka masihenggan menyerah diri.

"Setakat ini tiga anggota kumpulan penceroboh itu ditahan ketika cuba keluar dari kawasan kawalan di kampung Tanduo. Dua daripada mereka ditahan semalam dan seorang lagi ditahan pagi ini," katanya.

Beliau berkata tiga lelaki itu adalah anggota kumpulan berkenaan yang pertama ditahan oleh pasukan keselamatan selepas mereka menceroboh kampung itu yang kini masuk hari ke-20.

Hamza turut mengulangi ingatannya kepada orang ramai khususnya penduduk negeri ini supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin tanpa pengesahan daripada sumber rasmi. -BERNAMA

Dua Lagi Polis Maut Diserang Hendap Di Semporna

Dua Polis Maut Diserang Hendap Di Semporna. Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang Sabtu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang.


Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi Ahad.

Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.


Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. BERNAMA

UPDATE dari Utusan Online:

Lima anggota polis maut serangan di Semporna

KUALA LUMPUR 3 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam satu kejadian tembakan di Semporna, Sabah malam tadi.

Difahamkan, dua penceroboh turut maut dalam serangan itu. - UTUSAN

Dua Anggota Polis Ditembak Di Pulau Simunul Semporna

Dua Anggota Polis Ditembak Kumpulan Bersenjata di Pulau Simunul - Pesuruhjaya Polis Sabah. LAHAD DATU: Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam insiden tembakan yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Pulau Simunul pada pukul 7 petang Sabtu.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau berkenaan untuk mencari beberapa individu ekoran laporan yang kumpulan berkenaan memiliki senjata api.


“Anggota polis memasuki kampung itu dan sedang berjalan di atas papan titi gantung apabila mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera.

"Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," katanya," kata Hamzah.

Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan.

Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.

(12 Gambar) Ketibaan Jenazah Insp Zulkifli Mamat & Kpl Sabarudin Daud

Gambar Sekitar Ketibaan Jenazah Insp Zulkifli Mamat & Kpl Sabarudin Daud. Dari tanah kita datang, dari tanah juga kita kembali. Takziah diucapkan kepada kedua-dua anggota keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46. Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo tiba di ibu negara, sekitar tengah hari tadi.


Berikut merupakan di antara foto-foto yang sempat dirakamkan oleh jurufoto Mynewshub.my semasa jenazah tiba di tanah air. Al-Fatihah.












Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu 1 Mac 2013

Berita terkini Pencerobohan Lahad Datu 1 Mac 2013. Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini.


Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita bahawa bilangan yang cedera di kalangan kumpulan Sulu tidak diketahui, lapor Star Online.

Dalam sidang akhbar petang ini, Hamza berkata pertempuran itu bermula pada jam 9.59 pagi ini selepas lima anggota PGA elit bergerak untuk memperkuatkan lagi kepungan di sekitar kampung Tanduo di mana kumpulan kira-kira 180 Sulu termasuk 30 lelaki bersenjata yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram berkubu sejak 9 Februari lalu.

Hamza berkata, pasukan polis bertembung dengan beberapa penceroboh yang melepaskan tembakan, dan memaksa mereka membalas tembakan.

Katanya, pihak polis menemui beberapa senjata milik kumpulan Sulu tersebut.


Sementara itu di Pekan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan dua anggota polis terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam kejadian tersebut.

Katanya, kumpulan bersenjata itu melepaskan tembakan ke atas pasukan keselamatan Malaysia.

Perdana menteri berkata, beliau amat sedih dengan kejadian itu kerana apa yang mahu dielakkan - iaitu pertumpahan darah - telah juga berlaku.

Katanya, beliau telah diberi mandat penuh kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pangkatan Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu.

Bernama sebelum ini melaporkan dua komando polis terbunuh dalam serangan mortar oleh kumpulan tersebut manakala dua lagi cedera.

Dua komando yang terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud.

Manakala seorang daripada tiga cedera itu dalam keadaan kritikal, dan mereka sedang dirawat di hospital.

Mereka adalah dari VAT69, unit komando elit polis yang ditugaskan membanteras komunis, dan kemudiannya ditugaskan untuk gerakan anti-keganasan dan menjalankan operasi khas.


Sementara itu, seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

Akhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.


Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.

Sementara itu, Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan "memalukan" mereka dan kesultanan Sulu.

"Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini," Azzimudie dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.

"Mereka boleh meneruskan rundingan secara aman...," tambahnya.

Manakala Sultan Sulu Jamalul Kiram memberitahu Radio dzMM bahawa dia tidak akan memerintahkan pengikutnya untuk menyerah diri walaupun berlaku kejadian berbalas tembak, tetapi menegaskan pintu rundingan masih terbuka.

Menurut ANC Dateline Filipina, jurucakap Sultan Sulu Jamalul Kiram - Abraham Idjirani - kesultanan itu tidak akan membalas dendam terhadap kematian pengikutnya, dan menegaskan kumpulan itu mahu ia diselesaikan secara aman.

Idjirani berkata mereka akan membawa perkara itu ke perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan mungkin meminta Pertubuhan Persidangan Islam untuk campurtangan.

The Philippine Inquirer pula memetik Jamalul Kiram menafikan laporan bahawa adiknya, Azzimudie telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

Idjirani berkata, keluarga diraja itu masih dapat bercakap dengan Azzimudie, yang disebut sebagai Raja Muda.

"Kita bercakap dengan beliau. Beliau tidak cedera dan masih mengetuai perjuangan itu, " katanya.

Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP.