Tema Hari Kemerdekaan 2013 Logo Merdeka

Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tahun 2013 adalah "Malaysia Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.


Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini iaitu :

i) Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos 2013 di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

ii) Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya. Acara yang bermula pada jam 5.00 petang itu dimeriahkan dengan Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya.

iii) Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 pula diadakan pada 31 Ogos 2013 melibatkan persembahan Pasukan Keselamatan Negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Turut diadakan pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM. Acara ini melibatkan empat segmen iaitu Rukunegara, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteran Bersama dan MalaysiaKu Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu dengan penyertaan lebih kurang 4,000 orang termasuk acara formasi di padang.

Logo Hari Kemerdekaan ke 56

Rasional Logo Hari Kemerdekaan ke 56 Tahun 2013

Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.

4 Komentar untuk " Tema Hari Kemerdekaan 2013 Logo Merdeka "

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 56 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali ke 56 kepada semua rakyat Malaysia.

Pembetulan: Selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke50 kpd warga sabah dan yg ke56 kpd warga malaya.Persekutuan malaysia yg baru ditubuhkan pd 16sept1963 sehingga kini tidak pernah dijajah dan tidak pernah merdeka sama sekali. tq

apa yg anda paham ttg hari kemerdekaan malaya dan hari penubuhan malaysia?
https://fbcdn-photos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/1175207_574739295901489_829312347_n.jpg