Cerita Tentang Arwah Rusli Ishak Yang Meninggal Dalam Keadaan Sujud

Siak meninggal: Surau rumah kedua arwah. BANGI – “Saya terkilan tidak dapat berbual panjang dengan arwah. Insiden itu berlaku sekelip mata saja,” luah Mariani Zulkipky, balu kepada Siak Surau Al-Mujahidin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi, di sini, yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud kelmarin.


Mariani, 57, menyifatkan kematian suaminya, Rusli Ishak, 61 umpama mimpi yang berlaku serta-merta.

“Kami reda dengan pemergian arwah, cuma kesal tidak dapat bercakap dengan arwah sebelum dia pergi. Kalau ada salah silap saya pada suami, saya minta ampun pada ALLAH.

“Selama 36 tahun saya hidup bersama arwah, tapi kini saya hanya boleh peluk baju dan kopiah arwah yang ditinggalkan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana mengambil anak perempuannya di Setia Alam, Shah Alam pulang bercuti raya ke rumah mereka.

“Sebelum keluar rumah pada waktu pagi, arwah hanya tanya ‘kenapa kakak balik?’ dan kami tidak berbual panjang. Kebetulan, semalam (kelmarin) jalan sudah mula sesak ketika saya ambil anak. Selepas itu, saya mempunyai urusan lain di tempat lain.

“Selepas Zuhur kira-kira jam 2 petang, anak saya di rumah menelefon memaklumkan suami saya strok. Masa itu saya tidak tahu suami sudah meninggal dunia,” katanya.


Mariani yang juga Imam Pengurusan Jenazah Muslimat di surau berkenaan berkata, arwah suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Cuma dalam tiga hari ini, dia banyak diam dan tidak bercakap dengan kawan-kawannya. Namun, saya bersyukur sebab saat-saat akhir arwah di situ (bersujud kepada ALLAH) ketikan bersolat sunat selepas tunaikan solat Zuhur.

“Surau itu memang rumah kedua arwah dan dia juga yang selalu membersihkan surau. Solatnya juga tidak pernah lewat dan tidak pernah meninggalkan waktu berjemaah.

Sebab itu, kami tidak bawa balik arwah ke  rumah, sebaliknya segala urusan (pengurusan jenazah) diselesaikan di surau,” katanya. - Sinar Harian


Sedikit cerita tentang arwah Roslan Ishak

Alhamdulillah…Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi. Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah ttg kehidupan yg telah dikemudi selama ini. Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yg dpt dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) utk tatapan bersama.

Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu. Beliau bersama-sama bekerja utk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.

Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yg diikutinya.
Oleh kerana itu beliau:

1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau menaiki.motor dengan berpayung.

2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dlm hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tempat beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.

3. Menyampaikan apa yg didengar ketika kuliah kepada ank2 dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.

4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.

5. Kata beliau lagi jgn sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda shj yg kita bawa bila mati – “ayah x ada harta nak infaq, ini lah saja…. ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau…. (amal soleh & insya Allah anak2 beliau yg soleh).

6. Kurang melayan kehendak dunia – tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nnt solat jamaah beliau (surau) macamana pula…

Itu lah antara amalan beliau yg Istiqamah kerana Allah. Beliau x bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dgn beramal soleh.

Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (x berapa ingat) yg meninggal dlm keadaan sujud. Kata beliau, orang biasa mcm kita x boleh dapat ke mcm tu, maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT.

Rakan beliau yg pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham.
Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian utk dimandikan dan seperti tidur.

Melihat kpd kak Mar yg sederhana dan lembut orgnya, yg sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.

Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu…rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar x banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tp beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT. Al fatihah…

Semoga kita yg hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta…

sumber: facebook

1 comment:

  1. Mulianya cara arwah pergi.. Sehingga menjadi bualan ramai. Ya Allah kau matikan lah kami dalam keadaan yang sempurna & jangan kau aibkan jenazah kami Ya Allah. Takziah kepada keluarga Arwah & Al fatihah.. moga roh beliau berada di tempat teristimewa di sana

    ReplyDelete