Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2013 - Keputusan

Keputusan Johan Penuh Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-55 1434 Hijrah/2013. Berikut merupakan keputusan penuh Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-55 untuk tahun 2013 bersamaan dengan 1434 Hijriah. Berlangsung sejak beberapa hari yang lalu, maka tibalah ke malam kemuncak pada malam ini, iaitu Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2013. 


Daripada 74 orang peserta mewakili 44 buah negara maka, inilah dia keputusan para hakim yang terdiri daripada tokoh-tokoh ulama dari Malaysia, Maghribi, Mesir, Jordan, Brunei, Arab Saudi, Lubnan, Qatar, Indonesia dan Thailand yang  menjadi penilai bacaan ayat-ayat suci Al-Quran untuk tahun ini. Tahniah kepada semuanya.

Qari`

Johan: 93.26% (Indonesia) Dasrizal Marah Nainin
Naib Johan: 92.38% (Iran) Muhamad Mashmol
Ketiga: 89.55% (Malaysia) Anuar Hasin
Keempat: 89.19% (Bangladesh) Najmul Hasan
Kelima: 87.63% (Lubnan) Yusof Marwan
Keenam: 86.91% (Moroco) Mohamae Al-Arabi
Ketujuh: 86.71% (Belgium) Boughlab Ibrahim
Kelapan- 86.17% (Thailand) Muhammad Haji Musa

Qariah`

Johan: 91.27% (Morocco) Hajar Boussaq
Naib Johan: 88.08% (Malaysia) Hanimzah Jalaludin
Ketiga: 87.67% (Thailand) Natipa Manasiya
Keempat: 86.46% (Brunei) Dayang Hajah Maidah
Kelima: 85.88% (Mesir) Sumaiyah Ali Abdel Aziz
Keenam: 85.56% (Indonesia) Faridah Daud
Ketujuh: 76.75% (Singapura) Nur Adilah Mohamed Rihat
Kelapan: 76.55% (Maldives) Suhana Mariyam

Tahniah juga kepada wakil Qari dan Qariah negara yang berjaya mengungguli tempat ketiga bagi Qari dan Naib Johan bagi Qariah. Sama-samalah kita memanfaatkan ketibaan bulan mulia, Ramadan Al- Mubaraq dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

No comments: