Tonton Slot Akasia Teduhan Kasih Full Episode, Episode 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 (Akhir).


Drama Teduhan Kasih akan mengisi Slot Akasia TV3 mulai 15 Mei 2013 menggantikan drama Sedetik Cinta yang bakal berakhir. Drama bersiri 28 episod arahan Jamal Khan ini dibintangi Adi Putra, Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Shah Iskandar, Liza Abdullah, Talha Harith, dan ramai lagi. Teduhan Kasih merupakan drama adaptasi novel nukilan Sarah Marissa.





Teduhan Kasih Episode 28


Teduhan Kasih Episode 27


Teduhan Kasih Episode 26


Teduhan Kasih Episode 25


Teduhan Kasih Episode 24


Teduhan Kasih Episode 23


Teduhan Kasih Episode 22


Teduhan Kasih Episode 21


Teduhan Kasih Episode 20


Teduhan Kasih Episode 19


Teduhan Kasih Episode 18


Teduhan Kasih Episode 17


Teduhan Kasih Episode 16


Teduhan Kasih Episode 15


Teduhan Kasih Episode 14


Teduhan Kasih Episode 13


Teduhan Kasih Episode 12


Teduhan Kasih Episode 11


Teduhan Kasih Episode 10


Teduhan Kasih Episode 9


Teduhan Kasih Episode 8


Teduhan Kasih Episode 7


Teduhan Kasih Episode 6


Teduhan Kasih Episode 5


Teduhan Kasih Episode 4


Teduhan Kasih Episode 3


Teduhan Kasih Episode 2


Teduhan Kasih Episode 1


Gambar Terkini Anak Erra Fazira - Engku Aleesya | Engku Aleesya anak kepada penyanyi dan pengacara Erra Fazira kini telah pun mencapai umur 4 tahun. Terbaru menerusi laman Instagram Erra, beliau telah memuatnaik beberapa gambar terbaru Engku Aleesya yang kini dilihat semakin suka berfesyen. Wah, kalah ibu dia nanti ni. Heh!





Redza Syah Irfhan, Anak Irma Hasmie Kini Sudah 3 Bulan. Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik anak Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer sudah pun mencecah usia 3 bulan. Makin lama makin comel dan bulat kami tengok si Redza Syah Irfhan nie. Geram sangat!!!


Memang jelas terserlah kebahagiaan mereka bertiga. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memastikan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sama-samalah kita doakan agar Redza Syah Irfhan membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah. kami yakin dan pasti apabila dewasa kelak, Irfhan akan sekacak ayahnya. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.








Memey Suhaiza, Abby Abadi Dan Norman Hakim Sekeluarga Bercuti Bersama. Hujung bulan Mei lalu, Memey Suhaiza dan Abby Abadi difahamkan telah bercuti bersama sekitar negeri Perak dan Pulau Pinang. Jika dilihat melalui laman Instagram Memey, nampaknya selebriti ini bukan sekadar bercuti berdua, malah mereka turut ditemani oleh anak-anak dan Norman Hakim.


Dalam kesemua foto yang dikongsikan oleh aktres anggun ini, kami tertarik dengan sekeping gambar yang menunjukkan Norman Hakim sedang berdiri diantara Memey dan Abby Abadi berserta perkataan berbunyi, Pada Syurga Di Wajahmu.

Foto tersebut seolah-olah mempunyai maknanya yang tersendiri, sehingga ada peminat menyuarakan hasrat untuk melihat Abby Abadi dan Norman Hakim bersatu kembali seperti sebuah keluarga. Lagi 13 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
















Live Streaming Johor Darul Takzim (JDT) VS lawan Kelantan 29 Jun 2013 - Siaran langsung final Piala FA Johor Darul Takzim lwn Kelantan. Kehangatan bahang pertandingan perlawanan akhir Piala FA kian dirasai apabila media sosial menjadi medan perang psikologi penyokong kedua-dua pasukan menjelang aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu jam 8.45 malam. Dalam pada itu, perlawanan akhir di antara Kelantan vs Johor DT turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv oleh stesen penyiaran RTM TV2 dan Astro Arena saluran 801.


Penyerang Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha berazam untuk menghadiahkan trofi Piala FA kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sempena hari keputeraan baginda esok.

Lebih manis, apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menjanjikan dua kenderaan mewah, SUV Audi Q7 buat dua pemain terbaik Johor DT jika berjaya menjulang trofi Piala FA malam ini.


Prestasi terumbang ambing juara trebel musim lalu, Kelantan di awal musim dikaitkan dengan kesilapan memilih pemain import apabila Keita Mandjou gagal memberikan impak seperti yang diharapkan sehingga merencatkan perancangan untuk musim 2013.

Bagaimanapun, langkah segera yang diambil pihak pengurusan Kelantan untuk mencari pengganti pemain yang berasal dari Guinea itu merupakan langkah terpuji sehinggalah nama Dickson Nwakaeme dari Nigeria mula meniti di bibir puluhan ribu penyokong The Red Warriors.


Jaringannya di Kuala Terengganu ketika Kelantan menewaskan Terengganu pada saingan separuh akhir Piala FA untuk membawa pasukannya sekali lagi beraksi di pentas final menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) adalah detik penting untuk dikenang para peminat The Red Warriors.

Pra rancangan di RTM Tv2 bermula jam 8.40 malam manakala Astro Arena pada 8.00 mlm sebelum sepak mula. Selain itu, untuk menonton di internet, klik pada tajuk capaian url dibawah:

Live Streaming Kelantan vs Johor DT Final Piala FA 2013

Yana Samsudin Nafi Dirinya Sudah Bertunang Dengan Anak Tokoh Korporat – Pelakon dan pengarah muda berbakat besar, Yana Samsudin menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya sudahpun bertunang dengan anak tokoh korporat.


Dakwaan tersebut timbul apabila baru-baru ini aktress tersebut telah hadir ke majlis anjuran sebuah syarikat korporat di Shah Alam dan beliau telah hadir bersama seorang jejaka berkulit putih.

Yana dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan lelaki tersebut yang merupakan anak kepada seorang tokoh korporat dan bakal berkahwin pada hujung tahun ini.

Menurut pelakon ini, setakat ini masih belum ada sesiapa yang datang berjumpa dengan keluarga untuk merisik diri beliau.


“Belum ada sesiapa pun datang merisik atau menghantar tanda pada keluarga saya. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana cerita itu timbul,” jelasnya.

Mengulas mengenai lelaki yang hadir bersamanya ke majlis tersebut, beliau mengatakan dia dan jejaka tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan istiewa seperti yang di gosipkan.

Tambahnya, jika benar beliau akan bertunang dan berkahwin pasti dia akan menghebahkan perkara tersebut kepada media.

Jimmy Perkenalkan Isteri Baru Di Twitter? Dua hari lalu, ada laporan menyebut pelakon dan pengacara Jimmy Shanley akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjawab desas-desus mengenai dia telah berkahwin dengan seorang janda kaya. Dan petang semalam, Jimmy telah memuat naik sekeping foto bersama seorang wanita bertudung dan kanak-kanak perempuan dipercayai anak Jimmy, Zahrah Rania, 2.


Melalui gambar yang dikongsikan di Twitter itu juga, Jimmy seperti sudah berani atau mungkin telah bersedia untuk berkongsi mengenai kisah perkahwinannya dengan semua orang terutama sekali peminatnya.

Namun sehingga kini masih belum dapat dipastikan siapakah gerangan wanita berkenaan.


Jika benar itu adalah isteri baru Jimmy, sama-samalah kita doakan kebahagiaan untuk perkahwinannya kali ini. – Malaysian Digest

Betul ke Qi Razali dan Nelydia Senrose Hadiri Kursus Kahwin? Tiada ribut tiada angin, tiba-tiba beberapa individu prihatin memaklumkan pasangan kekasih, Qi Razali dan Nelydia Senrose, sudah pun mengikuti kursus kahwin minggu lalu. Semuanya gara-gara gambar si jejaka memakai songkok manakala si gadis bertudung penuh bertebaran di media sosial. 


Melihat usia gadis yang baru menjengah 19, ditambah kerjaya seni yang baru hendak bertatih, mana mungkin dia menamatkan zaman dara seawal itu. Namun memikirkan Qi atau nama sebenar Qushairi Razali, 33, tampak serius terhadap hubungan mereka, ia memberi pelbagai kemungkinan. 

Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin,” Nelydia Senrose, Pelakon

Enggan berteka-teki, pertanyaan dilayangkan terus kepada si empunya diri. Seakan dapat meneka kemusykilan, sambil tertawa kecil dengan pantas bintang Setia Hujung Nyawa itu menafikan gambar berkenaan dirakamkan bersempena kehadiran ke kursus pernikahan.


“Memang ramai menganggap kami sudah selamat menjalani kursus perkahwinan. Sebenarnya kami sama-sama diundang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3. Demi menghormati bulan mulia itu, kami diminta tampil sopan. 

“Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin,” katanya yang mengakui tidak akan merahsiakan perkara baik.

Ditanya penerimaan Qi berhubung perkara itu, kongsi Nelydia, sebagai lelaki matang dan lebih dulu berkecimpung dalam industri seni, Qi cukup tenang malah memintanya jangan cepat melatah.

Terdahulu, pemilik nama Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen itu memaklumkan, perhubungan mereka masih pada tahap mengenali hati budi, sekali gus menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Tuhan.

Keputusan Dan Juara Bintang Mencari Bintang. Selepas hampir 3 bulan berentap di gelanggang BMB, Konsert Akhir BMB yang disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati Shah Alam pada jam 9.00 – 11.30 malam bakal menyaksikan persaingan sengit antara Bocik (Afdlin Shauki), Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Titan (Sabri Yunus) dalam usaha merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.


Pada malam ini, kita menyaksikan 4 finalis yang akan berentap di pentas akhir Bintang Mencari Bintang. Antara peserta Bintang Mencari Bintang yang layak ke pentas akhir adalah Achey, Titan, Tapaw dan Bocik. Malam ini, Bocik, Achey, Tapaw dan Titan dikehendaki membuat 2 persembahan iaitu secara solo dan bergandingan dengan sifu masing-masing yang merangkumi 3 minit sketsa komedi dan 2 minit nyanyian.


Juara Bintang Mencari Bintang akan menerima hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 manakala naib juara RM100,000 dan tempat ketiga menerima RM50,000.

Keputusan Penuh Konsert Akhir Bintang Mencari Bintang adalah seperti dibawah.

JUARA BINTANG MENCARI BINTANG: Achey
TEMPAT KEDUA: Bocik
TEMPAT KETIGA: Titan
TEMPAT KEEMPAT: Tapaw

Keputusan penuh akan diupdate selepas tamat persembahan.

Gambar Kahwin Pierre Andre Dan Nurhidayah. Pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre atau nama sebenar Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28, sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah atau lebih mesra dipanggil Yaya, 26, dengan sekali lafaz di Masji Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang, siang tadi.


Perkenalan yang disulam selama dua tahun bermula hanya sebagai rakan biasa di laman sosial telah menyatukan dua hati dan kini mereka sah bergelar suami isteri.

Dinikahkan oleh ybhg. Ustaz Zuhdi tepat jam 2.00 petang tadi telah disaksikan sendiri oleh ayah pihak perempuan, En Hashim.

Majlis yang dijalankan serba sederhana ini turut dihadiri lebih kurang 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, sahabat handai, beberapa rakan artis dan juga rakan-rakan media yang turut sama memeriahkan majlis.


Pihak perempuan menerima 7 dulang berbalas 9 dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, satu set barangan kemas jenama Habib Jewel, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi.

Mas kahwin yang diterima berjumla RM 300 manakala wang hantaran yang diterima pihak perempuan adalah sebanyak RM 20,000.

Tahniah kepada kedua-dua mempelai dan semoga dengan ikatan ini, Pierre dan juga isteri akan kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Gambar Kahwin Pierre Andre Dan Nurhidayah 23 Jun 2013
















sumber: rotikaya.com