Gambar Pra-Perkahwinan Beego, Linda Hashim

Beego dan Linda Hashim kongsi gambar pra perkahwinan. Hanya tinggal sebulan lagi, pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim, akan melangkah ke gerbang perkahwinan. Ternyata keduanya teruja dengan perkara itu dan bersedia untuk berkongsi berita gembira bersama peminat mereka melalui beberapa keping gambar pra perkahwinan.


Menerusi portal online, Beego meluahkan perasaannya dan kini bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua.

"Saya berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.“Sebagai lelaki saya mahu menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga keharmonian rumah tangga,” ujar Beego.

Pasangan itu bakal bernikah pada 6 Jun ini dan majlis resepsi perkahwinan mereka akan berlangsung dua hari kemudian di ibu kota.










1 comment:

  1. waaaaaaaa.. linda nak kawen dh? dgn beego? huu.. anak sedara kakak kat ofis teman dulu ni.. nk kawen dh dia yea..

    ReplyDelete