(Video) Meteor Tahi Bintang Jatuh Di Rusia

Meteor atau Tahi bintang jatuh di Rusia, 500 cedera. Sebutir meteor yang memasuki ruang udara, menghujani kawasan Ural Mountains di Rusia, awal pagi Jumaat mengakibatkan beberapa letupan kuat. Lebih 500 orang yang berada di kawasan sekitar dilaporkan tercedera. Beberapa serpihan meteor berkenaan dikatakan jatuh di kawasan terpencil dekat wilayah Chelyabinsk.


Menurut jurucakap Menteri Dalam Negeri Rusia, Vadim Kolesnikov, beratus orang dilapor mendapatkan bantuan perubatan, kebanyakannya berpunca daripada kecederaan akibat terkena serpihan kaca kesan daripada letupan berkenaan.

Tambah Kolesnikov, bumbung sebuah kilang zink sebesar 600 meter persegi, turut runtuh. Di ruang udara bandar Ural di Chelyabinsk, kelihatan kepulan asap kesan jatuhan meteor.

Bagaimanapun, terdapat percanggahan dalam beberapa laporan, apabila ada wakil kementerian yang mendakwa insiden melibatkan jatuhan sebutir meteor. Manakala, satu lagi laporan menyebut ia adalah pancuran meteor. – Reuters

(Video) Meteor Tahi Bintang Jatuh Di Rusia





No comments: