Seorang lagi bintang Akademi Fantasia yang terkenal dengan tagline Konnichiwa iaitu Akma telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.


Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang dimiliki jejaka tersebut.

Pasangan ini akan melangsung pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 di Dewan Belia Antarabangsa Cheras dan pada tengaharinya akan berlangsung majlis persandingan bagi keluarga pihak perempuan. Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .

Rombongan pihak lelaki pada petang ini membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju melayu.





Kedua belah pihak masih belum menetapkan wang hantaran manakala mas kahwin pula mengikut tetapan oleh Majlis Agama Islam Selangor iaitu RM300.

Pasangan ini telah memilih untuk menyarungkan busana rona merah jambu hasil daripada rekaan Boutique Chantek manakala tatarias oleh jurusolek terkenal, Famee Abdullah Radzi. Perancang perkahwinan ini juga telah mempersiapkan keseluruhan majlis pada petang itu daripada pelamin indah hingga ke hidangan buat para hadirin yang hadir.

Untuk majlis perkahwinan yang akan datang mereka masih akan menggunakan khidmat Boutique Chantek dan Ari Wedding Couture.

Ditanyakan perancangan untuk berbulan madu, Akma menjawab dia teringin mahu ke Bali kerana belum berkesempatan untuk bercuti ke pulau indah tersebut.


sumber: murai.com.my

Datuk Siti Nurhaliza telah memuat naik gambarnya tanpa make-up di laman twitter miliknya. Katenya gambar tersebut di ambil ketika sebelum membuat facial. Kalau anda rasa Siti Nurhaliza cun tanpa make-up, klik share. #LOL



Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada Jumaat, malam.


Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.


Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.

Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.


Scha dan Awal tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung manakala Awal segak berbaju Melayu dari rona sedondon iaitu putih rekaan Saiful Baharim

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Siaran langsung majlis pernikahan tersebut yang sepatutunya dijadulakan pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria tidak dapat dilaksanakan kerana masalah teknikal.


sumber: mStar online
Tahniah diucapkan kepada pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya apabila isterinya, Nurul Anati telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat tiga kilogram pada jam 10.50 malam, 30 April lalu.




Menurut Ahmad Fedtri yang berkongsi berita gembira ini di laman facebook miliknya, bayi yang diberi nama Indah Sutera Jannah Bt Ahmad Fedtri itu dilahirkan secara normal di Hospital Pusrawi, Kota Damansara.

Sebelum ini, Nurul Anati pernah mengalami keguguran ketika hamil anak pertama. Pasangan ini telah disatukan pada tanggal 28 Mei 2011.
Pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, di sini.


Kematian pelawak berusia 41 tahun itu disahkan sendiri oleh isterinya yang berada di sini ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Presiden Seniman, Harun Salim Bachik ketika dihubungi mStar Online mengesahkan berita tersebut.
GLAM Lelaki edisi Mei/Jun 2012 yang kini sudah pun berada di’pasaran menampilkan Nora Danish sebagai figura pilihan mereka untuk di’letakkan dalam ruangan Wanita Idaman.





Nora Danish tidak ketinggalan memberikan nama tiga lelaki yang menjadi pilihan beliau. Mahu tahu lebih lanjut apa bicara terbaru Nora Danish, dapatkan naskah GLAM Lelaki di’pasaran sekarang. Gambar dari rotikaya.com
Pasangan kontroversi, Norwati Sadali atau Watie Elite dan suaminya, Zulkifli Daud (Joey) akhirnya mendedahkan tarikh pernikahan sebenar mereka selepas hampir lima bulan berteka-teki dengan pihak media.


Watie, 35, berkata, dia dan Joey telah selamat bernikah pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini dengan berwalikan adiknya iaitu Mohd Nor Azni Sadali.

"Ada banyak sebab mengapa kami enggan mendedahkan mengenai pernikahan kami kepada pihak media pada masa itu walaupun sebenarnya ingin berterus terang.

"Bagaimanapun semuanya telah selesai dengan baik dan diharapkan penjelasan ini telah menjernihkan keadaan," ujarnya kepada mStar Online.

Watie dan Joey, 38, ditemui ketika diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.


Turut diraikan adalah rakan baiknya iaitu Azza dan pasangannya iaitu Azlan Zulaily.



PASTI ramai wanita yang kagum dengan kecantikan ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid yang kekal menawan pada usia 47 tahun.


Walaupun semakin meningkat usia, Sheila mengakui tidak akan sesekali mengambil suntikan botoks untuk kelihatan cantik. Sebagai wanita, Sheila ingin memberi kesedaran kepada kaum sejenisnya agar menghargai kecantikan dan tidak mengubah kurniaan Tuhan. 

Sikap sebeginilah yang erlu dicontohi wanita di luar sana agar tidak taksub dengan kecantikan sehingga sanggupmelakukan kaedah yang memudaratkan. 
Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot.


Menurut pengurusnya, Marina Juki, ketika kejadian, Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh, Perak bagi menjayakan siaran langsung program Melodi bersempena Karnival Jom Heboh di negeri tersebut.

"Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali.

"Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami 'Acute Myositis' atau lebih dikenali dengan keradangan otot.

"Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil," ujarnya. -mstar 
Di saat Jejai dan Fasha disatukan, di saat itu jugalah pelakon jelita Nora Danish berangkat menunaikan ibadah umrah. Bagaimanapun, Nora menafikan dia ke sana kerana membawa diri.


“Nora bukan membawa diri, keputusan mengerjakan umrah kali ini dirancang sejak Februari lalu dan tiada kaitan langsung dengan majlis pernikahan mereka.

“Saya akui memang tidak menerima sebarang kad jemputan daripada mereka. Mungkin mereka tahu tarikh perkahwinan mereka sama dengan tarikh Nora berangkat menunaikan umrah dan secara jujurnya saya tidak rasa terkilan atau berkecil hati mengenainya,” jelasnya.

Apabila ditanya mengenai persiapannya untuk menunaikan ibadah umrah, Nora mengatakan kali ini dia lebih teliti kerana telah mempunyai pengalaman pertama melaksanakan umrah tahun lalu.

“Saya akan berada di sana selama 13 hari dan mengharapkan semuanya dapat dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sehingga semuanya selesai.

“Sepanjang mengerjakan umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai,” katanya.







Nampak manis dan sopan Nora Danish bertudung kan? Sejuk mata melihat beliau begini, semoga Nora Danish istiqamah sentiasa dalam beribadah, lagi-lagi selepas menunaikan umrah. Doakan Nora Danish terus memakai tudung.
Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh berasa kecewa kerana bidang nyanyian yang paling diminatinya itu kurang menyerlahkan bakat beliau berbanding karier lakonannya.

Marsha berkata, sejak keluar daripada program realiti yang disertainya iaitu Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), banyak tawaran berlakon yang diterimanya berbanding karier nyanyian.

"Sebenarnya saya sudah putus asa dan seperti tiada harapan lagi untuk saya meneruskan karier di bidang nyanyian walaupun pada mulanya muzik adalah keutamaan.

"Pada tahun lalu, album pertama saya yang berjudul “Yang Pertama” kurang mendapat sambutan. Dan memandangkan saya sering menerima tawaran berlakon, saya ambil peluang itu sebagai mengisi masa kosong," katanya.

Tambah Marsha yang baru sahaja selesai berlakon filem Dr. K Kahwin Lima terbitan KRU Studios, buat masa ini dia akan meneruskan karier lakonannya dan akan menyanyi berdasarkan tawaran yang diberi oleh penerbit drama atau filem untuk membawakan lagu runut bunyi (OST). -mstar Online
Sebuah kereta peronda milik pihak polis telah diterbalikkan oleh sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0 petang semalam.


Kejadian berlaku kira-kira jam empat petang. Kereta pegawai penyiasat polis itu dikatakan sedang melalui laluan berhadapan kompleks membeli belah SOGO. Peserta demonstrasi dikatakan membaling objek dan terkena anggota polis yang memandu kereta ini. Ia menyebabkan kereta ini terbabas.

Kumpulan peserta demonstrasi yang melihat kejadian kemudian mengerumuni kenderaan ini. Mereka seterusnya memecah dan menendang kereta ini sebelum menterbalikkannya. Difahamkan tindakan tersebut berlaku selepas didakwa melanggar penyokong Bersih 3.0 di situ. Kejadian tersebut telah menjadi isu, siapakah yang bersalah? Pemandu kereta ke atau penyokong bersih?








Sama-samalah kita tengok video dibawah dan anda nilailah sendiri.

Video di Berita Utama TV3


Video Kejadian Sebenar Perhimpunan Bersih 3.0
Difahamkan gambar Diana Danielle bertudung di bawah ini adalah untuk lakonannya di dalam satu telemovie yang bertajuk Sentuhan Isabella di RTM1. Comel Diana Danielle bertudung kan!





Kredit gambar kepada Forum Cari. Untuk menonton telemovie Sentuhan Isabella ini, anda boleh melayari dengan klik link di SINI
Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah, 25, sekali lagi dipalit kontroversi apabila aksinya dicium mesra jejaka heboh di laman blog dan portal hiburan. Sebelum ini kisah pergaduhannya dengan bekas bintang Akademi Fantasia Musim 6 (AF6), Lutfyah Sheikh Omar atau Lufya, 26, mendapat liputan media.


Menurut pelakon yang melakar nama melalui watak utama dalam siri TV ‘Anak Pontianak’ yang mesra dengan nama Anjou itu, dia memang mempunyai ramai kenalan lelaki yang rapat namun foto yang tersebar itu bukan teman lelaki mahu pun bakal suaminya.

Sebaliknya, lelaki yang dilihat menciumnya dalam keadaan yang agak panas itu adalah abang tirinya.

“Saya bukanlah bodoh untuk menunjuk-nunjuk foto saya bermesra dengan teman lelaki. Sebolehnya saya merahsiakan dan menyembunyikan foto terbabit bagi menjaga imej sebagai artis dan saya masih boleh berfikir perkara baik atau buruk.

“Saya ada lapan adik-beradik tiri, lima lelaki dan tiga perempuan. Kami memang rapat antara satu sama lain. Gambar yang diambil pada tahun lalu itu bagi saya tidak ada masalah kerana ia hubungan sesama adik-beradik,” katanya yang dihubungi di sini, semalam. - myMetro