Cara Membuat Durian Crepe Sedap

Macam mana cara untuk buat Durian Crepe? Untuk kali ini, kami akan kongsikan kepada anda resepi cara membuat Durian Crepe. Hampir seluruh rakyat Malaysia gemar memakan durian. So, anda bolehlah mencuba resepi ini. Maklumlah sekarang ni musim Durian, jadi mesti ramai yang nak tahu bagaimana cara untuk menyajikan Durian Crepe yang paling lazat tu sebab harga pun murah.


Cara Membuat Durian Crepe

Bahan-Bahan Membuat Durian Crepe

  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus

CARA MEMBUATNYA :



Dalam bekas, campurkan tepung gandum dengan tepung ubi ( di ayak kedua-duanya terlebih dahulu ) , masukkan sekali gula halus atau gula kastor


Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.


Kacau sebati dgn menggunakan whisker


Selepas itu, masukkan pula telur yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu. Telor tu just kacau-kacau gitu je tau, bukan pukul sampai kembang. Lepas masukkan telor tu sila kacau sebati.


Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi


Masukkan pula air.. kacau lagi.


Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau


Masukkan lak pewarna


Adunan yang dah sebati


Last step, sila tapiskan adunan tersebut.

Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 - 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg korang buat la.

JOM BELAJAR CARA MASAK CREPE :


Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang.


Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan. Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat


Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak.


Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan macam gambar di atas .


Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.

BAHAN INTI :


Resepi asal menggunakan 150 ml fresh cream..

Tapi di sebabkan fresh cream aku takde, makanya aku gantikan whipping krim mcm dlm gmbr di atas.. whipping krim ni dah manis tau, so takyah nak tambah gula bagai.


Putar whipping krim/fresh cream sampai kental.

CARA MENGGULUNG CREPE :


Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian.


Lapiskan semula dgn krim.. takyah banyak-banyak sangat.


Pastu tarik kulit kiri dan kanan dgn berhati-hati.


Pastu tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.. paham kan..?? Jangan tekan-tekan inti tu


Kemudian terbalikkan.. dan ni hasilnya.


Ohye.. selain durian, korang boleh jugak gantikan dgn cempedak atau mangga.

Tutorial membuat durian crepe dan resepi durian crepe ini diambil daripada blog mylovelyfamily-ana.blogspot.com.

1 Komentar untuk " Cara Membuat Durian Crepe Sedap "

Durian cream is delicious