Gambar Terkini Keadaan Azean Irdawaty

Berikut kami paparkan gambar terkini Azean Irdawaty. Walaupun terpaksa melalui penderitaan akibat penyakit Lymphedema, pelakon Azean Irdawaty masih lagi menjaga kulit wajahnya untuk kelihatan sentiasa berseri. Azean atau nama sebenarnya Azean Irdawaty Yusoff, 62, berkata, dia tidak pernah mengabaikan penampilan walaupun mukanya kelihatan agak berisi dengan menyapu krim wajah serta badan setiap hari.

Azean Irdawaty

"Bukanlah satu halangan kalau kita sakit untuk menjaga penampilan diri. Saya masih lagi mengamalkan menyapu krim pada kulit wajah dan seluruh badan agar tidak kelihatan kusam," katanya.

Tambah pelakon itu, memandangkan rambutnya hampir botak, dia turut meletakkan serum di kulit kepalanya untuk mendapatkan rambut yang baru.

"Alhamdulillah, rambut saya tumbuh. Jadi saya fikir tiada alasan sebenarnya jika kita mahu lebih sihat walaupun keadaan penyakit yang dilalui sudah berada pada tahap kritikal.

"Saya juga percaya, memiliki semangat yang positif serta didampingi suami dan anak-anak yang sentiasa menjaga makan minum kita sekali gus dapat membuatkan wajah lebih ceria," katanya.

keadaan Azean Irdawaty





terbaru Azean Irdawaty

Kami doakan semoga keadaan Azean Irdawaty agar kembali sihat dan stabil seperti sediakala. Aminn

kredit gambar: izyan.com

No comments: