Panggung Wayang Terbelah Tayang Filem Innocence of Muslim?

Panggung Wayang Terbelah Dua Ketika Menayangkan Filem ‘Innocence of Muslim’? Sejak semalam, tersebar sekeping gambar mendakwa kononnya sebuah pawagam di Amerika Syarikat telah terbelah dua ketika sedang menayangkan filem anti-Islam, “Innocence of Muslims”. Gambar ini tersebar di laman-laman sosial facebook dan twitter. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.


Berita yang disebarkan ini sebenarnya adalah berita palsu. Lepas disearch dekat google sikit. Rupa-rupanya bangunan tersebut bukanlah dilanda gempa bumi baru-baru ini lepas tayangkan filem ‘Innocence of Muslim’ tapi adalah dari gempa bumi yang berlaku di Chile pada tahun 2010 lalu dengan magnitud pada skala 8.8. Boleh rujuk di SINI.


Fakta tambahan tentang gempa bumi tersebut: gempa bumi yang berlaku di Chile pada 27 Februari 2010 tersebut sangat kuat sehingga memberi amaran tsunami kepada 53 negara. Ianya juga dianggarkan sangat kuat sehinggakan telah memendekkan masa pada hari tersebut sebanyak 1.26 microseconds dan memesongkan gerakan paksi bumi sebanyak 8 cm. Laporan juga menganggarkan seramai 521 orang yang maut.

Ya, memang tak dinafikan filem ‘Innocence of Muslim’ yang menghina Nabi Muhammad SAW itu memang sangat terlampau dan perlu dikutuk, tapi bukan ini caranya dengan mengada-ngadakan cerita palsu. Ini lebih menampakkan kelemahan umat Islam yang mudah sangat percaya dengan khabar-khabar angin dan menjadi bahan gelak ketawa pada agama lain. Harap korang tolong sebarkan artikel ini, agar sebaran berita palsu ini dihentikan.

No comments: