Gambar Perkahwinan Diraja Anak Sultan Brunei

Berikut kami kongsikan gambar sekitar majlis perkahwinan Diraja anak Sultan Brunei. Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dinikahkan dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien semalam. Dengan satu lafaz sahaja Pengiran Haji Muhammad Ruzaini kini sah menjadi suami kepada Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah di dalam masjlis akad nikah yang dilangsungkan selepas Zohor semalam.


Pada waktu malamnya pula, majlis resepsi diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Segi Begawan yang dihadiri 1700 orang tetamu termasuklah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri.

Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ialah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah dan bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan sementara Pengiran Haji Muhammad Ruzaini pula ialah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri. Semoga mereka dipanjangkan jodoh. Berikut beberapa gambar perkahwinan diraja kedua pasangan ini.







1 comment:

  1. nice blog checkout mine on

    http://www.togetherfornature.blogspot.com

    feel free to leave a comment

    ReplyDelete