Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com

(Gambar) Penyanyi Alyah Cedera Terkena Spotlight

Alyah, yang terkenal dengan lagu Kisah Hati, dinasihatkan oleh doktor agar mengurangkan aktiviti berat susulan insiden sebuah lampu sorot (spotlight) jatuh terkena bahagian belakang badannya ketika menghadiri satu majlis di Sri Pentas.

ALYAH yang masih lemah menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di Petaling Jaya, Selangor semalam.
Pengurus kepada Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-desus kononnya penyanyi itu bakal lumpuh akibat ditimpa lampu tumpu kelmarin.

Syuib Ismail berkata, ini kerana ujian X-ray ke atas penyanyi itu semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini mendapati tulang belakang penyanyi berusia 31 tahun itu tidak cedera.

"Jadual nyanyian Alyah juga tidak terganggu kerana doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi," katanya kepada Kosmo! Ahad di hospital berkenaan semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, Shuib menjelaskan, “satu lampu spotlight jenis berdiri telah dilanggar seseorang dan secara tidak sengaja ia terjatuh ke badan Alyah," katanya.

“Bagaimanapun, saya mewakili Alyah tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana kita tidak menduga perkara sebegini boleh berlaku, dan ini merupakan satu kemalangan kecil dan benda dah nak jadi," katanya lagi.

Share this post :
Share Artikel Ini :

0 komen: