(19 Gambar) Legoland Malaysia Theme Park

Sangat awesome! Itu yang kami dapat katakan apabila melihat gambar Legoland Malaysia Di Iskandar Malaysia, Nusajaya, Johor ini. 


Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping Lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif akan menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia (Legoland Malaysia Theme Park).

Taman Tema Legoland Malaysia adalah pusat tarikan Medini Lifestyle, hub gaya hidup dan hiburan di Medini Iskandar Malaysia yang turut termasuk pusat membeli-belah, pembangunan komersil dan bangunan pejabat.

Ia adalah taman tema Legoland pertama di Asia dan yang keenam di seluruh dunia. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai permainan dan aktiviti yang disediakan anda boleh lawati laman web rasmi Legoland Malaysia.

Legoland Malaysia dibuka secara rasmi pada 15 September 2012.



















0 Komentar untuk " (19 Gambar) Legoland Malaysia Theme Park "