Siti Saleha Remove 1000 Kawan Facebook
Gara-gara digosipkan dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney, pelakon jelita, Siti Saleha mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat tapisan terhadap rakan-rakan Facebooknya. Jelas Siti, dia terpaksa menyingkirkan kira-kira 1000 orang rakan Facebook yang kurang dikenalinya kerana tidak mahu ada pihak sekali lagi menyalahgunakan gambar peribadinya.
kredit - budiey.com
“Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu saya muatnaik di laman Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali,” ulas Siti Saleha berterus-terang.
Dalam masa yang sama, adik kepada Sam Bunkface ini sekali lagi menegaskan ketika ini dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Ini kerana dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga punya pendirian untuk tidak terlalu terbuka tentang perihal peribadi.
Share Artikel Ini :

0 komen:
Post a Comment