Sharifah Aleya Bertudung Sejak 1 Ramadhan
Sharifah Aleya Bertudung : Pelakon dan pengacara, Sharifah Aleya akui sudah mula bertudung pada tanggal 1 Ramadhan lalu.
Alhamdulillah. Semakin hari semakin ramai selebriti wanita yang berhijrah untuk memakai tudung sepenuhnya. Tambah manis apabila penghijrahan itu dilakukan di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Tahniah diucapkan kepada Sharifah Aleya yang sudah mula mengenakan hijab sejak 1 Ramadhan lalu.
Namun begitu, Sharifah Aleya tidak mahu menjelaskan mengapa dan sebab apa dia mahu tampil dengan imej terbarunya. Malah, dia menganggap ianya sangat peribadi untuk dikongsi.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya.
"Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan," katanya ketika dihubungi murai.com.my
Menurut Sharifah Aleya, tiada apa yang perlu diulas kerana apa yang dilakukan itu adalah datang dari dirinya sendiri.
Selain mahu membuka satu lambaran yang baru, ramadan ini juga merupakan ramadan pertama Aleya tanpa suami serta bergelar ibu tunggal kepada kepada 2 orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang masing-masing berusia 3 tahun.
Share Artikel Ini :


0 komen:
Post a Comment