Gambar Baskin Robbins Diserbu Peminat Aiskrim
Ais krim Baskin-Robbins percuma : Baskin Robbins Diserbu Peminat Aiskrim.
Seperti yang dijangkakan, pemberian aiskrim Baskin Robbins secara percuma semalam telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa.
Mana tidaknya, rakyat Malaysia yang dahagakan kelazatan aiskrim terkemuka tersebut sanggup beratur panjang dari jam 6 petang walaupun pemberian aiskrim percuma itu bermula pada jam 8 malam.
Rata-rata di antara mereka sanggup menunggu dan beratur panjang untuk mendapatkan aiskrim percuma.
Program itu merupakan satu usaha Baskin Robbins yang menyokong inisiatif ‘Impian Emas’ Media Prima Bhd dalam misi menggapai pingat emas pertama negara.
Mengikut perancangan sebelum ini, pemberian aiskrim percuma itu akan diberi sekiranya atlet Malaysia berjaya meraih pingat emas.
Namun, sebagai ganjaran kepada sikap patriotik dan semangat kesukanan rakyat Malaysia terhadap industri sukan negara, pemberian aiskrim percuma tersebut diteruskan. Malah, ia juga sebagai tanda penghargaan sekaligus meraikan jaguh sukan negara.
Berikut beberapa gambar yang menunjukkan ‘kegilaan’ rakyat Malaysia yang menyerbu premis tersebut.
Berikut beberapa gambar yang menunjukkan ‘kegilaan’ rakyat Malaysia yang menyerbu premis tersebut.
Petugas kedai aiskrim Baskin Robbins, Siti Wardah Mohd Fathi, 16, menunjukkan pelbagai perisa aiskrim yang diberi percuma kepada orang ramai
kredit: mynewshub.my
Share Artikel Ini :







3 komen:
fuh... panjang betul linenya... tak sanggup!! tapi marketing strategy yang bagus... :D
Kiasu gak yg meramaikan.
Kiasu gak yg meramaikan.
Post a Comment