Gambar Anak Perempuan Farah AF
Farah AF Selamat Lahirkan Bayi Perempuan. Penyanyi dan pengacara wanita, Farah Diana yang lahir dari rancangan nyanyian realiti, Akademi Fantasia telah pun selamat melahirkan anak sulungnya.
Farah telah pun memberikan khabar gembira menerima bayi perempuan sulungnya di laman Twitternya pada 17 jam yang lalu.
Penyanyi yang bersuara lantang itu juga turut melahirkan rasa syukur kerana berjaya menempuhi detik ketika proses melahirkan.
“Alhamdulillah. Welcome to the world princess. Farah ok dan baby juga sihat,” tulis Farah di Twitternya.
Farah yang dimasukkan ke hospital hari semalam turut berharap agar peminat-peminatnya mendoakan keadaan dirinya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan selamat.
Share Artikel Ini :



1 komen:
Alhamdulillah,tahniah Farah n suami.
Post a Comment