Ayu Raudhah Sahkan Kini Bertudung
Jika minggu lalu kita dikhabarkan dengan berita Nurul Syuhada Nurul Ain yang kini sudah sah kembali bertudung, hari ini ada khabar gembira datang dari Ayu Raudhah.
Media Hiburan online hari ini melaporkan yang pelakon drama Gemersik Kalbu ini sudah pun mengesahkan yang beliau kini telah pun bertudung sepenuhnya.
Ketika dihubungi, Ayu memberitahu dia sudah lama berhajat untuk bertudung, namun hatinya baru terbuka apabila pulang dari mengerjakan umrah, awal Ogos lalu.
"Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini," ujar Ayu.
Share Artikel Ini :

0 komen:
Post a Comment