Pelajar Boleh Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah
Pelajar Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Pada Sesi Tahun Depan. Pelajar sekolah di seluruh negara - mungkin dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, pada sesi persekolahan tahun depan (2013).
Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.
DATUK DR WEE KA SIONG / TIMBALAN MENTERI PELAJARAN:
"Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak".
Inisiatif itu mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah.
Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya.
Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen.
Hukuman bagi murid yang melanggar displin peraturan baru itu ditetapkan perlu menjalani aktiviti bersifat pendidikan termasuk khidmat masyarakat.
Sumber: www.tv3.com.my
Share Artikel Ini :

8 komen:
jgn bagi guna phone kat dalam kelas
nnti menjadi2 plak mereka, leka tak mo belajar
x rasa gmbira pun dgar brita ni.. Wlaupun aq seorang plajar..
gila .. nanti pelajar lagi malas maaa
Tindakan yang kurang tepat...proses pembelajaran dlm kelas turut terjejas.Pelajar dalam kategori belum cukup matang sepenuhnya dalam isu ini.
tindakan yang sangat tidak tepat...makin melalaikan pelajar..
Aku tak tau la kementerian dah discuss dgn semua pihak ke belum. kalau byk keburukan baik tangguh dulu.
Klau ikotkan byk buruk dpd baiknya budak2 bwk hp g skolah. Kalo dipikirkan dr segi keselamatan, boleh la. Kalau nak bg bwk hp, bg yg 3310 tu. Just utk buat call, terima call dan message. Hadkan hp yg boleh buat mcm2. Kang len plak jdnya.
klau ckgu x bg gna time bljar, but kasi time sblum masuk klas,rehat dan pulang skolah je,, sy rsa.. tak msalah ? so, 2 prkra blh didapati d ctu..
1.proses p&p tak terganggu
2.kalau ada kecemasan,senang nak hubungi keluarga kta dkat ruma..
sbb,phone skola kdang ada yg rosak. klau nk pnjam ngan ckgu,malu lah plak...
Post a Comment