Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com

Mamat Sepah Minta Maaf Mengamuk Di Twitter

Kecoh untuk 48 jam yang lepas, Mamat Sepah di’kecam hebat dek menjadi punca penyebaran berita palsu kemalangan yang melibat pelakon & juga Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Isu ini menjadi kecoh selepas beberapa individu termasuk wartawan senior menegur perbuatan tidak beretika Mamat Sepah itu di Twitter dan pelawak ini naik angin.


“Saya sudah berkali kali sahkan dengan artis senior tersebut sebelum letakkan gambar tersebut di Twitter saya,” terang Mamat Sepah sebagai pembuka bicara.

“Saya terkejut Hazrey (wartawan) dengan tidak memberi salam menghentam saya dua, tiga kali macam saya tiada maruah dan pada mulanya saya malas untuk melayan”

“Tetapi kemudian saya naik angin selepas ada perkataan yang mengguris hati. Saya ini artis macam manusia lain juga, ada perasaan. Janganlah jadi batu api di media sosial”

Mamat Sepah menambah yang beliau merasa pelik apabila tuan badan sendiri tidak mempunyai masalah dengan beliau namun ada individu yang bertindak lebih dalam hal ini.

“Saya dengan ini memohon maaf dengan ikhlas kepada semua rakan rakan Twitter saya atas apa yang saya lakukan – kecuali kepada Hazrey dan rakan seperjuangan beliau,” ujar Mamat Sepah.

Anda boleh lihat semua tulisan beliau di Twitter di’bawah:




kredit: rotikaya.com
Share this post :
Share Artikel Ini :

1 komen:

Anonymous said...

Mintak maaf pun boleh pilih-pilih ye. Nampak benar sakit hati tu. Tak baik, sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula Mamat Sepah, mcm tinggi darjat daripada Nabi aje. Udah le tu...