Khairul Fahmi Jadi Duta Brylcreem
Khairul Fahmi Jadi Duta Brylcreem : Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dipilih untuk menjadi wajah kepada produk penjagaan rambut, Brylcreem.
Selepas menjadi duta kepada beberapa jenama produk terkenal, penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, sekali lagi dipilih untuk menjadi wajah kepada produk penjagaan rambut, Brylcreem.
Pemilihan Apex sebagai duta produk ini dilihat begitu bertepatan dengan personalitinya yang sentiasa berkeyakinan di dalam dan di luar padang selain memiliki semangat dan keazaman untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.
Tahniah diucapkan kepada Apex di atas pemilihan ini sekaligus meletakkan dirinya sebaris dengan personaliti sukan terkenal lain seperti Kevin Pietersen dan David Beckham yang turut mewakili jenama ini.
Share Artikel Ini :



0 komen: