KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA KDS1M
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang berobjektif membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini mengurangkan kos sara hidup, dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin.
KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut hadir pada majlis itu berkata kad diskaun itu akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti.
"Bila sesi pengajian bermula kita mula edarkan kepada pelajar tahun akhir dahulu, diikuti pelajar-pelajar lain. Kita harap (pelajar) menggunakannya dengan bijak," katanya.
Katanya siswa hanya perlu menunjukkan KDS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun yang ditawarkan oleh syarikat yang menyertai program itu.
Beliau berkata kerajaan juga bercadang memperluaskan kad diskaun itu kepada pelajar asing di negara ini.
Maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh didapati di www.1pengguna.com. - BERNAMA
Share Artikel Ini :

1 komen:
salam..sekadar pandangan...sy blh dikatakan wajib utk baca blog bbp ni tapi disbbkan ada nye share,like yang kat tepi entry ni.sy mls nk bce entry ini sebab ia mengganggu pandangan terhdp tulisan entry kamu.=)
Post a Comment