Irma Hasmie Ulas Isu Status Suami
Isu mengenai status suami kepada pelakon Irma Hasmie, Redza Syah bahawa dia kononnya adalah seorang duda telah menimbulkan kontroversi di kalangan peminat seni hiburan tanah air. Namun, ia sedikit pun tidak mengecewakan hati pasangan yang baru saja bernikah pada 29 Jun lalu ini.
Malah, Irma Hasmie yang kini telah kembali aktif berlakon semula selepas berbulan madu di Australia telah bersedia menjawab persoalan tersebut menerusi kiriman SMS yang dihantar kepada salah seorang krew murai.com.my.
"Baiklah, isu status suami saya tidak menjadi masalah apa-apa pada saya dan keluarga saya. Cuma kami tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang boleh membawa kepada keburukan.Biarlah kita mengajak orang untuk berbuat baik, Insya-Allah, kita akan mendapat pahala, begitu juga jika sebaliknya," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Irma Hasmie yang sedang menjalani penggambaran Destinasi Cinta bersama Air Asia di Semarang, Indonesia untuk Astro berpendapat bahawa berdiam diri adalah tindakan wajar yang perlu dilakukannya.
"Kalau kita buat perkara keburukan dan ramai orang terlibat nanti, takut kita kena tanggung dosa semua orang.Maka sebaiknya kita bersabar dan diam saja. Seperkara lagi, sebuah perkahwinan itu sendiri adalah sunnah besar Rasullullah SAW.
"Seeloknya marilah kita sama-sama berdoa untuk semua yang mendirikan rumah tangga, mudah-mudahan Allah akan memberkati dan menghimpunkan semuanya dalam kebaikan," ujarnya.
sumber: Portal Murai
Share Artikel Ini :



berdiam dan mendoakan kebaikan adalah sifat yang amat baik bagi kesemua insan dan ianya adalah tuntutan ajaran islam.sesiapa jua adalah berhak keatas kehidupan peribadi mereka sendiri.selain daripada keluarga mereka orang luar tidaklah perlu mengambil terlebih tahu kerana kalaulah orang luar tidak dapat membantu janganlah membuat air yang jernih menjadi keroh.setiap solat kita telah berikrar hidupku matiku kerana allah swt.berdiam serta bersangka baik dan mendoakan yang baik baik adalah budipekerti yang mulia disisi allah swt.
ReplyDelete