GAMBAR PERKAHWINAN ELLA DAN AZHAR
Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ella Dan Azhar. Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.
Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Ella dan Azhar kelihatan sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.
Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Kredit gambar: rotikaya.com
Share Artikel Ini :












5 komen:
ella nie even umur dah 46thn,tp xnmpk tua pown..:)
sama2 kita doakn rumahtangga yg dibina kekal bahagia hingga ke syurga.insyaAllah
Selamat pengantin baru Ella
Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke penghujung usia....
Yep, Ella nampak lebih muda. Tapi jgn lupa semua pempuan yg belum pernah putus urat bersalin memang awet mudo. Moga Ella lebih berbahagia dan di berkati hidupnya. Amin.
Selamat pengantin baru ella dan suami semoga bahagia sehingga
ke akhir hayat. Amin.
memang ler nampak muda. kulit xpernah lg kembang/ renggang sebab pregnant, time bersalin satu hal - nak pulihkan urat2 yg kena troubleshooting tu bukan dlm sehari malah bertahun, kena jaga makan dan pelagai. kekerapan hubungan kelamin main peranan juga yer.
so is normal kalau ella looks young tambahan lak dia slim. rupa dah ada. tp suara dia is THE BEST. satu dalam sejuta wo....
Post a Comment