Arina Gadis Dipeluk Justin Bieber
Arina Gadis Bertuah Dipeluk Justin Bieber. Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend.
Ditemani pemain gitar, Justin Bieber mula membuat persembahan secara akustik dan dimulakan dengan lagu terbarunya Die In Your Arms sebelum meneruskan mini showcase tersebut dengan lagu One Less Lonely Girl.
Dewan diselang seli dengan jeritan para peminatnya apa bila dia menyanyikan lagu yang membawanya terkenal di mata dunia iaitu Baby. Kemudian dia meneruskan persembahan dengan lagu berjudul Fall yang menurutnya merupakan pertama kali dia membawakanya secara live.
Sebuah lagi lagu daripada album terbaru iaitu Be Alright didendangkan oleh Justin sebelum memperdengarkan single terbarunya iaitu As Long As Love Me.
Usai menyanyikan tujuh buah lagu daripada album terdahulu dan Believe, majlis diteruskan dengan sesi temuramah dimana Justin Bieber membuka peluang kepada peminat untuk bertanyakan soalan kepadanya.
Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang akhbar mengatakan bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi apabila dipilih untuk naik kepentas dan mendapat pelukan daripada idola ternama dunia tersebut.
sumber: Portal Murai
Share Artikel Ini :

8 komen:
Astaghfirullahhalazim......org mcm ni nak dibangga..banggakan ke...????.
kene peluk dikra bertuah ke? hmmm....
apa yg nak dibanggakan sangat.....terang2 dah haram perbuatannya.
Bangsat punye manusie...
da bepelok ngan bkn muhrim...
kapir laknat plak uh...
daripade bangge kn si bibir uh..
lbih baek ngan nabi MUHAMMAD S.A.W.
yek
bertuah???!! ape la nk jadi dgn dunia skang ni...
boleh lak bangga.. kurang ajaran ke ape ni?
Bangga kerana maksiat...?kesian dgn anak ini kerana tidak diajar atau tidak tahu akan hukum Allah
Post a Comment