Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com

Sah Abby Abadi Kini Sertai Pas

Akhirnya Sah Abby Sertai PAS: Setelah pelbagai kontroversi timbul, Abby Abadi akhirnya sah sertai PAS menjadi ahli seumur hidup PAS.


Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan mengisytihar masuk  PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.


Abby juga telah membuat pengesahan mengenai perkara itu melalui akaun Twitter miliknya.

“Penyertaan saya adalah kerana menghargai & menghormati TG Nik Aziz/TG Hj Abd Hadi Awang/semua jemaah yang berjuang untuk agama ALLAH,” katanya melalui akaun berkenaan.

Abby menyerahkan borang untuk menjadi ahli seumur hidup PAS.


Share this post :
Share Artikel Ini :

0 komen: