ZIZAN JUARA SUPER SPONTAN
Super Spontan berlangsung sebentar tadi dengan kemenangan berpihak kepada Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara.
Kemenangan tersebut membolehkan Zizan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.
Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi.
Tempat ketiga menjadi milik Tauke yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.
Tiga pemenang saguhati iaitu Suhaimi, Rahim dan Ropie pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.
Share Artikel Ini :

1 komen:
Tahniah Azizan,kemenangan mu memang telah dijangkakan.kami geng2 ustaz Azhar Idrus akan terus menyokong mu,,kepada Johan teruskan anda punya lawak bodo BERSIH mu itu
Post a Comment