RIZAL AF5 BERTUNANG DENGAN MARIA
Teka-teki mengenai percintaan bintang Akademi Fantasia ke 5 (AF5), Rizal Ayub, 25, dengan wanita senegeri dengannya iaitu Sarawak terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan telah bertunang pada 26 Mac lalu.
Rizal dan Maria bakal mendirikan rumah tangga pada 26 Januari 2013
Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub berkata, dia tiada niat untuk merahsiakan pertunangannya dengan Eksekutif di syarikat penerbangan Firefly bernama Maria Mohd Harun itu sebaliknya enggan terlalu menghebohkan cerita berkenaan.
"Saya tak mahu kecoh-kecoh kerana ini baru majlis pertunangan. Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengikat kami dengan tali pertunangan selepas empat tahun bercinta.
Maria (tengah) adalah cinta sejati Rizal
"Insya-Allah, semoga sepanjang pertunangan ini, saya mohon perlindungan daripada Allah untuk jauhkan kami daripada dugaan dan perkara yang tidak diingini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Rizal dan Maria, 30, bertunang dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dalam satu majlis tertutup di kediaman pihak perempuan di Kuching, Sarawak.
Majlis pertunangan Rizal dan Maria diadakan secara sederhana pada Mac lalu
Pada majlis tersebut, keluarga Rizal telah memberikan sebentuk cincin serta sejumlah wang tunai sebagai tanda bertunang. Majlis pernikahan pula dijadualkan pada 26 Januari 2013.
Kedua-dua pasangan itu pula merancang mengadakan majlis persandingan pada 27 Januari 2013 di Dewan Pustaka Negeri Kuching, Sarawak. -mStar
Share Artikel Ini :



0 komen:
Post a Comment