JULIANA EVANS RISAU ZIZAN SAKIT
“Pada mulanya saya tak tahu Zizan sakit sehinggalah diberitahu sendiri oleh pengurus Zizan mengenai keadaannya itu,” ujar pelakon cantik, Juliana Evans apabila diajukan sama ada beliau tahu mengenai berita Zizan dimasukkan ke hospital April lalu akibat Acute Myocitis (Fatigue) atau keradangan otot.
“Saya rasa risau sangat waktu itu sebab kali terakhir saya dengar, dia kerja keras sangat. Saya marah dia sebab dia selalu tak cukup rehat. Saya risau kerana perkara ini boleh memudaratkan dirinya sendiri,” kata Jue sambil dicelah oleh Zizan.
“Saya sorok bukannya apa, sebab saya tak nak orang risau. Namun, Alhamdulillah, keadaan saya dah bertambah baik sekarang. Saya ikut nasihat doktor dengan menjaga tidur saya dan saya sentiasa mencari ruang untuk berehat.”
Pasangan yang digosipkan bercinta ini dilihat begitu mesra ketika ditemui pada majlis tayangan media ‘Mael Lambong’, baru-baru ini. Walaupun kedua-keduanya mengakui hanya berkawan baik, namun ramai rakan wartawan yang perasan mengenai cincin sama yang dipakai oleh kedua-dua pelakon tersebut.
Diusik mengenai cincin tersebut, Zizan terus bangun kerana malu jika cincin tersebut dilihat oleh semua. Amboi Zizan, malu-malu kucing pula.
sumber: Portal Gua
Share Artikel Ini :



really like tengok diorg berdua ni...kn bgus diorg br2 ni cple..msti sweet sgt...gud luck utk Zizan n Jue ya...moga trus sukses..!!
ReplyDelete