GAMBAR REBECCA NUR ISLAM MENGANDUNG 5 BULAN
Selepas mengalami kekeguguran pada kali pertama kehamilannya, pelakon Rebecca Nur Islam, 25, kini hamil sekali lagi.
Sengaja merahsiakan berita gembira tersebut di peringkat awal kehamilannya, Rebecca berkata baru kini dia bersedia untuk muncul dan memberitahu mengenai kandungannya yang sudah pun mencecah lima bulan.
"Alhamdulilah, saya rasa bersyukur sangat kerana Tuhan memberikan saya rezeki untuk hamil sekian kalinya.
"Perasaan gembira itu sukar untuk digambarkan dan kali ini saya banyak berdoa semoga kandungan saya ini selamat sentiasa.
"Saya sengaja merahsiakan kandungan ini walaupun ramai pihak bertanyakan kepada saya.
"Tetapi baru kini saya berani untuk bercerita kerana tak mahu terlalu teruja seperti kandungan saya sebelum ini yang akhirnya tidak menjadi," jelasnya kepada murai.com.my selepas sidang media drama bersiri slot Akasia berjudul Dejavu di Kinabalu di Preview Lounge, Cathay Cineleisure, e@Curve, semalam.
Share Artikel Ini :
.jpg)
0 komen:
Post a Comment