Page: https://www.facebook.com/blogbulanpurnama
e-mail: ahmadsafwancool@gmail.com

AWI RAFAEL BUANG TATU CARA PERUBATAN ISLAM

Penyanyi Awi Rafael,26, sedang dalam proses menjalani rawatan membuang tatu yang dilukis pada tubuhnya melalui kaedah perubatan Islam.


Awi berkata, proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambarnya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini.

"Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam.

"Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaru kumpulan Jinbara di sini, Khamis.

"Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden.

"Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut," ujarnya.
Share this post :
Share Artikel Ini :

1 comment: