ZED ZAIDI KRITIK KEMENANGAN AARON AZIZ?

Zed Zaidi vs Aaron Aziz kontroversi ABPBH 2011. Ibarat pepatah rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi. Itulah yang dapat digambarkan keadaan meskipun Anugerah Bintang Popular 2011 yang telah melabuhkan tirainya.


Kemenangan Aaaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular pula timbul kontroversi apabila Zed Zaidi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Seniman telah membuat satu kenyataan di dalam akaun Twitter miliknya.

Walaupun baginya kenyataan di Twitter tersebut bersifat umum,tetapi peminat atau sesiapa sahaja boleh terkesan kepada siapa ianya ditujukan.

Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura. Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.


Aaron Aziz di dalam mstar Online hari ini mengulas mengenai perkara ini. Katanya, Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).


"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.

"Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Rasanya isu ini adalah salah faham dan usahlah diperbesar-besarkan. Tidak salah jika Aaaron Aziz menang. Memang dia dah popular. Lagipun sememangnya keputusan dibuat mengikut undian daripada pembaca Berita Harian sendiri. Kepopularitian Aaron Aziz tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak.

UPDATE: Zed Zaidi Perjelas Isu Tak Puas Hati [KLIK SINI]

2 comments:

  1. dah nama nyer bintang popular... bergantung pada pilihan ramai ler... mesti tak pernah gi mengundi pilihanraya tu... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. orang pilih sebab POPULAR dan lakonan BEST .. kalau dah berlakon tak best .. u orang HOLLYWOOD pun orang tak undi punya la.. hehehe

    ReplyDelete