SITI NURHALIZA KOMEN KONTROVERSI KEMENANGAN AARON AZIZ

Jika semalam kecoh dengan isu yang dibangkitkan oleh Zed Zaidi dalam kaun Twitternya dan dijawab pula oleh Aaron Aziz, kini Datuk Siti Nurhaliza pula memberi komen tentang kontroversi kemenangan Aaron Aziz itu.


Dalam laporan Sinar Harian hari ini, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011, kelmarin.

Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu adalah tidak wajar.

“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan.

"Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.

“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugera Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat konvensyen Persada Johor di sini, hari ini.

UPDATE: Zed Zaidi Perjelas Isu Tak Puas Hati [KLIK SINI]
3 Komentar untuk " SITI NURHALIZA KOMEN KONTROVERSI KEMENANGAN AARON AZIZ "

saya sebagai peminat,setuju dgn dato siti.zz,anda perlu belajar lagi untuk mematangkan diri anda.bersaing untuk industri global ini.

Assalamualaikum,

Mmmmm seksinya siti pakai baju tu ;)

dulu siti pernah buat perkara yg. sama pd Tg. Zawiyah beliau amat professional dlm. menghadapi kemelut ini.