BIENDA BERI NAMA ANAK LAVIENDA NAMIRAZ

Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli,27, selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Lavienda Namiraz pada 26 Februari lalu melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.


Kata penyanyi lagu Penantian ini, walaupun hasratnya untuk melahirkan bayi seberat 2.95 kilogram itu secara normal tidak kesampaian dia bersyukur dan gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

"Saya memang teringin untuk bersalin secara normal tetapi demi keselamatan bayi saya reda dan bersyukur walaupun terpaksa menjalani pembedahan.

"Apa yang penting, keadaan bayi sihat dan selamat," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Berkongsi pengalamannya ketika melahirkan anak sulung itu, Bienda berkata dia terpaksa menjalani pembedahan demi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk kerana leher bayinya terbelit tali pusat.


"Kalau diikutkan saya dijangka bersalin pada 10 Mac depan. Apabila saya dan suami buat pemeriksaan pada Sabtu lepas, belum ada kontraksi yang membolehkan saya bersalin.

"Apabila pulang ke rumah, saya mula alami kesakitan yang berpanjangan selama 12 jam sehingga memaksa kami ke hospital semula pada Ahad.

"Apabila diperiksa, bayi saya berada dalam keadaan terlentang dan lehernya sudah dibelit tali pusat. Atas dasar keselamatan, saya teruskan juga bersalin secara pembedahan," katanya.

Bienda berkata, bayi tersebut baru sahaja pulang ke rumah pada Rabu kerana terpaksa ditahan selama empat kerana alahan kulit.

"Anak saya baru sahaja pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hospital kerana kulitnya kemerahan dan kuning sedikit selepas dilahirkan.

"Bagaimanapun, ia sudah pulih dan kami sekeluarga cukup teruja dengan kehadiran orang baru ini," katanya.

Bienda berkahwin dengan penerbit program di Primeworks Studios, Kamarul Zariman Abd Rahman pada 8 Oktober 2010.

sumber: mStar

1 comment:

  1. Salam sahabat blogger,
    just nak mohon jasa baik tuan linkkan blog saya kerana blog saya sudah bertukar link dari bagindareformasi kepada erapasca
    link baru [www.erapasca.com]
    mohon update yer..
    terima kasih kita teruskan perjuangan PAS ganti UMNO!!

    ReplyDelete