NABILA HUDA DAN JOHAN TENGOK WAYANG BERSAMA

Amboi bukan main rapat lagi hubungan antara pelakon Johan As’ari dengan Nabila Huda sekarang ini. Sejak membintangi drama bersiri ‘Pelangi Kasih’ di TV3, pasangan ini sering tampil di mana-mana majlis bersama-sama.


Sebentar tadi, ketika GUA baru sahaja selesai menghadiri tayangan media filem terbaru arahan Pierre Andre, ‘Chantek’, di Cineleisure, e@Curve, GUA terlihat kelibat pasangan ini sedang berjalan memasuki dewan panggung.

Johan agak terkejut ketika GUA menyapanya dan hanya mampu tersenyum malu. Seperti jawapan mereka sebelum ini, Johan mengakui mereka hanya berkawan rapat saja. Johan juga sempat memberitahu kepada GUA yang mereka berdua ingin menonton filem 'Bujang Terlajak'.

Wow, 'so sweet'. Apa-apapun, terima kasih kepada Johan dan Nabila sebab sporting untuk memberikan pose istimewa kepada GUA walaupun kedua-duanya agak terburu-buru untuk memasuki panggung.

sumber: gua.com.my
1 Komentar untuk " NABILA HUDA DAN JOHAN TENGOK WAYANG BERSAMA "

nie tektik nak lariskan pelangi kasih je pun..