GAMBAR ROMANTIK AWAL ASHAARI DAN SCHA AL-YAHYA DALAM MAJALAH EH!

Romantika Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Buat pertama kalinya, pembaca setia majalah fesyen dan gaya hidup, EH! dapat menatap dua individu yang sudah lama dilamun cinta sebagai penghias muka depan isu Februari 2012.


Lihat sajalah lagak, Scha Al-Yahya dan Awal Ashari memberikan pose yang terbaik buat para pembaca dan juga peminat mereka.

Penolong Editor Kecantikan dan Gaya Hidup Majalah EH!, Khairul Abidin yang juga sebagai penyelaras penggambaran itu berkata, gandingan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari adalah pertama kali buat majalah berkenaan.

"Jikalau sebelum ini Awal sedikit keberatan jika dia mahu digandingkan dengan pasangannya itu, namun tawaran daripada EH! Kali ini diterimanya dengan alasan munasabah.


"Awal memberi privilege kepada kami untuk menjadikan dia penghias sampul hadapan kerana menurutnya Majalah EH! telah membuka jalan untuknya sebelum dia terjun ke dunia penuh glamor ini.

"Jadi sebagai mengenang jasa, Awal tidak punya halangan untuk beraksi bersama Scha sebagai cover bagi isu Februari 2012." katanya mengenai bagaimana Majalah EH! berjaya memujuk Awal untuk bergandingan bersama Scha.

" Ia juga bersempena dengan Februari yang menjadi bulan cinta dalam kalendar EH! kerana kami mahukan kelainan disamping cerita cinta yang sentiasa diperkatakan mengenai pasangan sensasi ini.

"Khabarnya mereka bakal melansungkan hari bahagia mereka pada tahun ini juga dan ini cukup sesuai dengan konsep kami dan ia seharusnya dikongsi bersama pembaca setia EH!," katanya kepada portal murai.com.my.


Muka hadapan yang berilhamkan mood romantik itu dihidupkan lagi dengan pencahayaan dan juga rona latar belakang yang menarik.

Kedua mereka menyarungkan himpunan koleksi resort daripada label mewah Gucci untuk sampul hadapan manakala persalinan lain terdiri daripada koleksi Hugo Boss, Farah Khan dan Bottega Veneta.

Julung kali digandingkan, pasti banyak yang mahu mereka kongsi bersama peminat. Tidak lupa juga tips kecantikan buat mereka yang mahukan kulit lebih anjal dan lembar fesyen yang mengetengahkan bakat baru dunia fesyen tempatan.

Dapatkan informasi terkini dalam isu Februari Majalah EH! yang sudahpun berada di pasaran.





sumber: murai.com.my
3 Komentar untuk " GAMBAR ROMANTIK AWAL ASHAARI DAN SCHA AL-YAHYA DALAM MAJALAH EH! "