GAMBAR ANAK SHUIB SEPAHTU DAN SITI SARAH

Gambar: Shuib Sepahtu Kini Bapa, Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak pertama pasangan ini di’sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.


Dipetik dari laman hiburan Murai, Uwais Alqarni Shahmira, selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampang Puteri selepas Siti Sarah dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8 malam Sabtu lalu.

Shuib yang menyaksikan sendiri isterinya itu bertarung dengan kesakitan sebelum melahirkan sehinggalah selamat melahirkan Uwais, mengakui terbit rasa insaf dan bangga.

Shuib Sepahtu atau nama sebenar Shahmira Mohamed & Siti Sarah Raisuddin berkahwin sekitar Februari 2011 yang lalu dan mengumumkan kandungan hampir dua bulan sekitar April 2011.

Tahniah buat pasangan Siti Sarah & Shuib Sepahtu.



No comments: